TABIAT KERJA

/
18 Comments
TABIAT KERJA


Rajin Bekerja, Rajin Bercakap
BAGUS’

Rajin Bekerja, Malas Bercakap
‘kena BULI’

Malas Bekerja, Rajin Bercakap
‘Main WAYANG’

Malas Bekerja, Malas Bercakap
‘Tak GUNA’

Malas Bekerja, Suka Mengadu
‘NYAMUK’

Malas Bekerja, Suka Ponteng
‘Baik BERHENTI’

Malas Bekerja, Suka Menyibuk
‘Baik MATI’



Ringkas, tepat dan padat mesej yang cuba disampaikan. Pertama kali ternampak kata-kata yang bernas dan logik untuk diterima akal pada 20 Oktober 2010. Nak tau di mana? Hanya terpampang di dinding belakang kaunter pembayaran di Restoran Idaman, Bayan Baru, Pulau Pinang.


Lantas aku snap dengan menggunakan kamera 3.2MP untuk disimpan di dalam memori telefon sebagai rujukan sekarang dan masa depan. Tabiat mana yang kita suka, tabiat mana yang kita nak jadi, semua terletak di tangan kita. Anda pilih, BAHAGIA atau SENGSARA!


Bagi yang sudah bekerja, sah-sah dah jumpa macam-macam orang kan? Macam-macam tabiat manusia ni ada, tapi yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan. Belajarlah daripada orang-orang yang ada di depan mata.


Untuk pelajar universiti pun sama, sebab itu adanya PRAKTIKAL / INTERNSHIP. Mungkin dari sini kita dapat belajar sedikit-sebanyak tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Paling penting tahu how to deal with people and how to do our task. Skang ni baru clear dan betul-betul faham apa itu INTERNSHIP / PRAKTIKAL dalam erti kata sebenar. Macam-macam orang dah jumpa termasuklah yang tuuutttttttttttttttt..Apapun lagi sekali, yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan!


Kalau student, mesti tak sabar nak abis blaja sebab dah rasa macam nak kerja.

Kalau dah kerja plak, mesti terhegeh-hegeh plak rasa nak balik ke kampus untuk terus belajar dan belajar.

Mungkin anda pernah rasa kan? Tapi bukan semua orang macam ni, tapi aku yakin dan percaya kebanyakan orang akan rasa benda yang sama. Memang tak dapat dinafikan, memang lumrah manusia begitu. Aku pun sama, lebih suka mengenangkan benda yang lepas-lepas daripada berfikiran jauh ke hadapan. Hakikatnya, perlu berpuas hati dengan apa yang dilalui di depan mata.


Apa yang dapat dirumuskan di sini setakat ni macam ni la lebih kurang:
  1. Dalam belajar, ilmu itu penting. Tak ada ilmu, tak ada markah, tak ada grade yang cantik-cantik kat slip exam. Attitud tolak tepi asal result buat diri sendiri dan orang lain happy
  2. Dalam kerja, ilmu letak nombor dua tak apa asal ada kesungguhan dan attitud yang baik. Kalau ada ilmu dan attitud elok, itu lebih bagus kot. Satu bonus.
Bestkan kalau dapat seimbangkan kedua-duanya, herm. Masih menimba pengalaman dan cuba belajar sebelum tamatnya INTERNSHIP pada 14 Januari 2011 nanti. Mudah-mudahan, dapatlah sedikit-sebanyak bekalan untuk dibawa ke dunia kerjaya kelak, insyaAllah.


"Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah"


Apa plak kata anda bila berbicara soal TABIAT KERJA?



::Selingan::

Tiba-tiba malam ni rasa plek sikit. Padahal esok weekend kot. Mungkin sebab SMS ni:
"Can you come to work this weekend to support die prep"
SENDER : SV

Tu dia, dapat juga merasa pergi kerja time weekend. Okla, at least dapat pengalaman baru,haha (ayat sedapkan hati). Excited gak sikit-sikit, al-maklumlah for the first time.
Apepun, selamat berweekend kepada semua! Nikmatilah ia sebaik mungkin


HAVE A NICE DAY !



footnote: Hari ni baru register course untuk FINAL YEAR. Tak sabar nk balik kampus sambung belajar jadik budak FINAL YEAR,hehe. Tak sabar nak GRAD, pegang scroll dan lambung-lambung topi. Tak sabar nak kerja dan mempunyai KERJAYA sendiri, duit sendiri, kereta sendiri. Tak sabar nak ............


You may also like

18 comments:

  1. aah. btl la, kita xrasa puas dgn apa yg dilalui melainkan bnda tu suda melepasi kita...baru la nk kenang..nk p zaman tadika la..

    p/s: xsabar nak kawin ka ayat last tu??haha

    ReplyDelete
  2. tu lah gunanya praktikal ni.. bagi pendedahan... supaya kenal ape yang dikatakan "kerja"...

    betul2.. ayat2 kaler merah tu amat "bermakna"..

    ReplyDelete
  3. masa aku praktikal dulu, lepas punch card aku main mortal kombat dari pukul 8 sampai la pukul 5 dan punch card balik.

    yeah, aku tak sabar nak 'bekerja'...

    ReplyDelete
  4. sukeee dgn ayat2 ringkas tuu..:)

    penaberkala,nikmatilah waktu bljr skrg ni...waktu kerja ni nnti byk tensen woo...nnti tringat2 zmn blaja plakk...tensen blaja aje...hehe just my 2 cents ;p

    ReplyDelete
  5. zaman belajar la paling best... :D

    ReplyDelete
  6. hans:
    pedas dan bermakna
    moga menjadi panduan utk kita semua bila dh kerja nnt

    ReplyDelete
  7. amirah:
    haha, imbau kenangan itu tak salah selagi dpt memotivasikan diri
    apa yg penting, berpijak di paksi realiti

    ayat last tuh panjang sgt nk smbg,haha
    tinggal tempat kosong je lah, nnt ada masa baru boleh isi

    ReplyDelete
  8. SM Banjamin:
    betul tuh
    lebih2 lg ajar bagaimana cara nk manage duit - sewa rumah, bil eletrik dan sbgainya
    paling penting ajar cara nk bermasyarakat dan bersosial

    menarik kan ayat merah tuh?
    simple tp bermakna

    ReplyDelete
  9. avid gunner:
    tu dia, terbaik la praktikal ko,haha
    ak slalu gak layahn facebook time2 free

    tu pasal, tak sabar gak nk dapat kerja tetap
    apapun kena habiskan dulu final year

    ReplyDelete
  10. Ummi Hanie:
    thanks for the reminder sis
    insyaAllah, akan manfaatkan setiap masa yg ada tak kira apapun especially during my final year nnt

    kerja byk tensen? herm, semoga in the future dapatlah ditempuhi dgn lapang, amin

    ReplyDelete
  11. Akma:
    tu lah, paling best pun ye
    paling stress pun ye
    yg pahit itu sebenarnya manis bila semunya sudah berlalu

    ReplyDelete
  12. Bagus ah ayat2 kat atas tu. Tak tahu nak letakkan diri saya kat kategori mana.. :p

    ReplyDelete
  13. Mata Hati:
    tu la, tak tau nk nilaikan diri sendiri camne
    apepun, elakkan dari menjadi ketegori ke-2 sampai ke-7
    mungkin kata2 ni lebih kepada peringatan dan bukannya untuk penilaian diri

    ReplyDelete
  14. cik su duk bayan baru tapi tak pernah p lagi kat sana

    ReplyDelete
  15. Cik Su:
    Best ciksu makan kat situ, harga pun ok
    Restoran Idaman bertentangan dengan Restoran Pak Hussin Tomyam
    balik Penang nanti blh la pi try

    ReplyDelete
  16. Ada sesetengah orang 'Rajin datang keje, tpi malas buat kje..'. Attendance full, siap OT lebey2... Macam aku...lalala

    ReplyDelete
  17. DeCrewz:
    haha, takpe camtu
    tp yg datang kerja, tak buat kerja pastu buat onar plak tuh
    ha, yg tu lagi sakit dan tenat

    apepun, sama2 berubah ke arah kebaikan agar tidak memudaratkan diri kelak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...