PIALA MALAYSIA 2010 : TAHNIAH JUARA BARU KELANTAN

Walaupun tidak berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil, tapi aku puas dapat menonton di seat VIP. Seat VIP tanpa sebarang kesesakan, gangguan, tepik sorak, balingan botol dan mercun. Lebih selesa bila makanan dan minuman di depan mata. Di bawah putaran kipas nombor 5, berchannelkan RTM TV1, siaran langsung akhir Piala Malaysia aku tonton bersama housemate, Faris (Kelantan) dan tetamu kehormat, Hazwan (Terengganu). Faiz (Negeri Sembilan) memencilkan diri di dalam bilik. Tapi bukan takut dipukul, dipijak mahupun digulai kawah, tetapi sebab dia tak minat tengok bola,hahahaha.

JUARA BARU PIALA MALAYSIA
PIALA MALAYSIA 2010 : Milik KELANTAN

Akhirnya segala persoalan kini terjawab dalam tempoh 90 minit perlawanan yang dilangsungkan di depan ribuan peminat setia kedua-dua pasukan yang berentap iaitu KELANTAN dan NEGERI SEMBILAN.Keputusan amat menggembirakan hati aku, kerana berpihak kepada pasukan KELANTAN, negeri tanah tumpah darahku.


KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 2 : NEGERI SEMBILAN 1

Aku masih lagi tak sempat nak tengok bola di stadium secara langsung. Bila agaknya peluang itu akan mancul. Nak tengok juga bagaimana aksi membaling mercun dan botol ke tepi-tepi padang dilakukan. Apa nak jadi dengan SEGELINTIR penyokong yang terlalu FANATIK, pemain sudah hebat, gol telah dijaringkan, tapi masih ada yang berbuat benda yang tidak sepatutnya. Tapi, masih boleh puji la, malam ni sekurang-kurangnya tiada kerusi di stadium dibakar. Nasib baik KELANTAN menang, kalau tak mungkin apa pulak yang akan terjadi.


Piala Malaysia tahun ni agak berbeza. First time aku sokong then menang,haha. Tapi, kenangan yang aku dapat malam ni agak berbeza dengan orang lain. Sambil aku tonton, sambil aku update status di twitter. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu member-member yang tiada TV untuk tahu update terkini perlwanan akhir. Terima kasih kepada Asif dan Anem yang ternyata follow apa jua yang aku tweetkan dari awal hingga ke akhir perlawanan.


SIARAN LANGSUNG DI TWITTER

Disertakan di sini hasil kicauan aku di twitter sepanjang perlawanan berlangsung. Mata menonton TV, tangan meraba-raba kekunci laptop untuk terus update apa yang berlaku. Best juga macam ni, first time aku buat benda yang betul-betul berhasil. Nasib baik menang, berbaloi jugak. Kalau kalah, hampa dah aku. Dah la aku sudah penat untuk frust. Mujur, tahun ni dah berakhir frust aku selama ini,hak3.


Tweet yang dapat aku sampaikan update saat-saat genting semasa perlawanan dicatatkan di sini sebagai tanda kenang-kenangan sekaligus tinggalkan sejarah Piala Malaysia 2010 apabila KELANTAN dinobatkan buat pertama kalinya selaku juara PIALA MALAYSIA.


AMARAN: SILA BACA DARI BAWAH KE ATAS UNTUK AKSI YANG LEBIH DRAMATIK

berakhirnyan episod PIALA MALAYSIA 2010. Nantikan ulasan lanjut
@ resam manusia, lihat titik hitam pada lembaran yg putih. sedikit pada kita, banyak bagi mereka. misperception!
@ biasalah, dalam setandan pisang konpem ada hok buruk. lumrah alam :) ado peningkatan dah, takdop bakar kerusi,haha
@ hahaha, patut sejibik pun sama,haha.np.sape suruh translate?
KELANTAN cuti peristiwa sempena kemenangan THE RED WORRIORS
PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2010 : PIYA
44 minutes ago Favorite Reply Delete
Cawan Putih
by penaberkala
gomo kelate gomo, kelantan 2 - N9 1. ^___^ credits to penaberkala (:
FULL TIME : KELANTAN 2 - NEGERI SEMBILAN 1
YEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH. Akhirnya kelantan menang
oh, tidak. terhalang oleh pihak lawan
cepat la abis wehhhhhhhhhhh
lontsran ke dalam oleh kelatan
90 minit berakhir, masa kecederaan. menunggu pengadil, subkidin bercumbu degan wisel je, ngeh2
terkena bucu, sayang seribu kali sayang
88:35 lagi tendangan penjuru dari kelantan
@ HAHA, mengom penyokong kelantan yg baling botol. ngok
serangan n9 terbaik ke kotak penalti, OFFSIDE
akmal rizal cuba mencari gol
melepasi sedikit palang gol
kad kuning utk pemain n9., akmal rizal ditarik, tendangan percuma
82 : akmal rizal dibawa masuk, daudsu keluar
serangan kelantan, terpeleot sedikit di kotak penalti.
n9 menyerang, sekali lg keeper kelantan berjasa
offside- kelantan. cuba lagi utk menyerangm jgn mengalah
tangkapan hebat oleh keeper klantan
74:30 serangan n9 ke gawang sedikit tersasar
daudsu diusung ke luar
daud su cramp, tak cukup garam ko? terima kasih daud su atas kerja keras anda
minit ke 70, kelantan masih mengatur gerakan
tendangan sudut kepada kelantan, mencari gol ke-3
terkilan degan sikap penonton kelantan. sek mung nok nate apo lagi..pemain sedap doh, gol bui doh. bobe la lepar botol ngan bedil nyo..ngok
piya menjaringkan gol ke-2 : jeirtan dari rumah 5-7-17 mendiamkan org2 rumah atas. maaf ye jiran2
64:30 kelantan menjaringkan gol ke-2
aksi lipat oleh pemain kelantan tersasar sedikit oleh indra
62 serangan bahaya dari n9, gunalan sekali lagi gagal merembat kencang ke gawang. keeper kelantan beraksi hebat
jeritan dari rumah atas tadi, akhirnyab berjaya aku balas. rupanya ada penyokong n9 di rumah tingkat atas flat mutiara perdana
turning tidak berjya di depan gawang. kemeriahan makin jelas kedenganran di stadium bukit jalil
kelantan terus menyerang
PERTUKARAN PEMAIN N9
kepala botak H0 sungguh berbisa! N9 1 : KELANTAN 1
56:50 hairudin omar menjaringkan gol utk kelantan
56:11 peluang keemasan kelantan tidak berjaya dimanfaatkan. betul2 di gawang gol. frust tertonggeng, arghhhh
54:43 sepakan percuma utk kelantan
aidil dibawa keluar kerana kecederaan. n9 kehilangan tunggak utama
dari jauh, tendangan n9 ke gawang gol tersasar
51:47 tendangan ke gawang n9 melepasi palang gol. gawagn gol n9 semakin panas
khairudin omar tertonggeng jatuh, sepakan percuma
n9 counter attact, berjaya dipatahkan, kemabki ke kaki n9
kelantan meyerang bertubi-tubi
48:3 indra muka tertekan
pemain masuk padang utk separuh masa ke-2
penguasaan bola kel 45 ; n9 55
separuh masa pertama berakhir, N9 1 : KELANTAN 0
lagi sepakan penjuru utk kelantan. adakah peluang terakhir sebelum wisel ditiup
indra tendangan sarat tepat kepada keeper
45 minit berlalu, masa tambahan
45 tendangan ke gawang n9 berjaya ditangkap oleh keeper n9
serangan kelantan masih lagi belum berakhir
berserabut fdi gawang n9, lagi sepakan penjuru utk kelantan
44:20 sepakan penjuru sekali lagi dan lagi dan lagi utk kelantan..kamon la weh, balas gol tuh
43:15 hairudin omar, kepala botak menanduk tetapi masih gagal.
43 daud su jatuh tertonggeng, sepakan percuma utk kelantan
42:12 hantaran sedikit ke dalam, terlepas dari kaki indra
kelantan menyerang
n9 dapat jaringkan gol ke 2, tapi batal. pengadil sembat bercumbu dgn wisel dulu sebelum gol dijaringkan
Aidil N9 dicabul dan dikasari, sepakan percuma utk n9
REFEREE : Subkidin
shukur rebah ke bumi sambil kenyit2 mata, sakit kot. nasib baik subkidin ada tolong tarik
n9 main macam lipas kudung, salute. kelantan? warming-up mungkin
37:7 tendangan sudut sekali lagi utk kelantan
farhan malas nak kejar bola, letih kot. tak apa2, cuba lagi
34:20 rembetan lambat di depan pintu gol, terkena betis deefender
33;30 gonalan membuat tendangan perlahan ke gawang, tepat ke dada keeper, nasib baik selamat
32:45 main tarik2 baju, syukur dihadiahkan kad kuning. tahniah
sathia bermuka bengis, jangan kecewa, be cool
30:20 tendangan jauh ke gawang gol tersasar, serangan n9 lebih pantas dan menyengat
serangan berselang-seli, n9 menyerang
25:11 sepakan percuma utk kelantan
24:55 serangan balas dari n9
24.35 indra hantar ke tengah
srangan dari kelantan gagal
hantaran kelantan kurang kemas
20:30 sepakan penjuru oleh kelantan
kelantan menyerang
tepat ke dada penjaga gol
19:25 sepakan percuma utk n9 oleh aidil
n9 menyerang lagi
counter attack n9 gagal
n9 1 : kelantan 0
17:00 sepakan penjuru kelantan yg punya
15:15 serangan kelantan dipatahkan dengan mudah
13:45 cubaan kedua penalti mengesahkan 1:0, kelantan ketinggalan
12:50 gol pertama untuk n9 dibatalkan
12:15 penalti untuk negeri sembilan
11:20 fitri melepaskan rembetan ke langit
10.30 sepakan penjuru kepada kelantan, masihkah ada harapan?
serangan kilat n9 merbahaya
9.25 n9 mengatur gerakan lagi
6.50 percubaan ge gawang kelantan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, hampir bolos
5.45 tendangan ke pintu gol oleh n9 terkandas
4.18 indra alami kecederaan
subkidin tampak bergaya
2.23 serangan dari n9
serangan pertama dari kelantan
sepak mula bermula
pemain mengambil posisi
NEGARAKU berkumandang
SIARAN LANGSUNG BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA hanya di RTM, TV1
Lintas langsung dari stadium bukit jalil : Kemeriahan sorakan peminat Negeri Sembilan dan Kelantan ternyata hebat. Kurang 1jam, sepak mula
Ingat, baca dari bawah ke atas! Inilah yang sebenarnya berlaku sepanjang perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Maaf di atas segala kekasaran bahasa, penyalahgunaan kata sepanjang tweet-tweet. Berbaloi-baloi aku tweet-tweet. Menang juga akhirnya. Penantian selama ini akhirnya berkahir dengan kejuaraan. Maka dengan ini aku umumkan maka berakhirlah zaman untuk aku FRUST,haha. Sebab selama aku tengok bola, tak pernah menang. Tahun ni ajaib sikit, nice one!


ULASAN
  1. Bangga dengan sokongan padu peminat untuk kedua-dua pasukan kerana berjaya menghabiskan jualan tiket walaupun harganya dinaikkan dan sekaligus memenuhi stadium untuk sama-sama menggegarkan kemeriahan pentas akhir Piala Malaysia 2010.
  2. Bangga degang perkembangan terkini bola sepak tanah air, kembali maju setelah merudum sementara waktu dahulu. Semoga prestasi bola sepak tanah air semakin meningkat dengan kualiti permainan yang lebih cekap dan konsisten.
  3. Terkilan dengan segelintir peminat KELANTAN yang masih melakukan perbuatan sia-sia iaitu dengan membaling botol dan mercun ketika perlawanan berlangsung. Walaupun kawe ore qlate, tapi kawe tak stuju dengan tangan-tangan demo hok gatal pekong botol/mercun. Tapi kawe bersyukur kerana masih ramai penyokong yang rasional di Stadium Bukit Jalil tadi, insiden buruk seperti tahun lepas tidak berulang lagi (bakar kerusi). Semoga ada perubahan positif di masa akan datang, insyaAllah.
  4. Hargai bakat pemain bola sepak Malaysia. Contohnya Aidil yang nyata menjadi ayam tambatan Negeri Saembilan. Ternyata, ketiadaannya dalam melangsungkan misi akhir, sedikit sebanyak meranapkan barisan teguh Negeri Sembilan. Selain itu, Hairudin Omar, degan bakat kepala botaknya yang berbisa yang masih lagi mampu menjaringkan gol di pentas final buat kesekian kalinya. Tidak dilupakan kepada pemain-pemain berbakat yang lain seperti Daudsu, Piya, Akmal Rizal Raqli, Indra, Shukur, dan lain-lain.
  5. Sambutan Piala Malaysia yang agak meriah, masih bernafas industri sukan bola sepak tanah air.

Dengan kemengan KELANTAN selaku JUARA PIALA MALAYSIA 2010, maka dengan rasminya Ahad, 31 Oktober 2010 diumumkan cuti peristiwa untuk seluruh rakyat di KELANTAN. Selamat bercuti!



footnote: jaringan pertama, terdengar tempik sorak yang bergempita di tingkat atas flat blok 5. Kami hanya mampu terdiam, aku hanya mampu menyatakan keresahan di twitter. Harapan sedikit merudum. Mujurlah separuh masa ke-dua, KELANTAN kembali bangkit. Jaringan penyamaan membolehkan kami balas jeritan/sorakan dari tingkat atas tadi. Tapi, bila ada satu lagi jaringan, memang peluang tidak dilepaskan untuk terus bersorak. Herm, tersdiam terus orang-orang rumah atas. Itulah keunikan bola sepak, masing-masing mempunyai semangat bersorak yang berbeza. Walaupun Negeri Sembilan kalah, tapi aku tidak memandang rendah kerana yang penting kualiti bola sepak Malaysia kembali meningkat naik.


MENARIK
Klik untuk bacaan lanjut:
  1. Video jaringan gol perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 : Kelantan vs Negeri Sembilan : credit to Hazwan
  2. Pertama kali ramalanku tepat dan jitu meneka keputusan perlawanan bola sepak : refer blog Kembara Minda 7

Post a Comment

18 Comments

  1. ada nama aku
    pitam
    -.-'
    xpo2. kelate mene. sek kito mene!

    ReplyDelete
  2. AqilahSuhaimi:
    sebab mu ada di tempat kejadian (twitter) td,hahaha
    bereh, kito meney
    tp kito meme cuti doh esok, aiyak

    ReplyDelete
  3. tahniah buat kelantan..
    saya bangga lahir di kelantan..
    heheh

    .::Prince aeros::.

    ReplyDelete
  4. Shidi Shah:
    owh,anak kelantan gak rupanya
    beyeh, sedap sep kito
    yg penting mutu permainan dan gol terbaik dipertontonkan kepada semua

    ReplyDelete
  5. haha..bleh keje dengan tv3 dah nie pena..haha...siaran langsung dari blog la nie..tak bleh balh ar..hahah

    ReplyDelete
  6. Cik Su:
    ini namanya memanfaatkan teknologi yg ada,haha
    klu ada kerja kosong kat tv3 roger la, nk try gak ni

    ReplyDelete
  7. uih..laporan lgkap.wartawan xleh cari mknla pasni.hahaha.
    btl ka org kata lau game klate mesti ada bnda buruk jadi yg disebabkan oleh penyokongnya?hhhuhu.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. amirah:
    haha, ni wartawan picisan je
    herm, kemungkinan betul, tgk keadaan dan persekitaran
    masa match dgn kedah hari tu, separuh akhir ok je takde masalah

    ReplyDelete
  10. Hazwan Arif:
    semangat boh
    puah hati, gol pulak lawa
    2 gol lawa menidakkan terus 1 gol hasil penalti
    yg penting, Hairudin Omar lagend bola sepak Malaysia, 3 kali dh menang pingat/piala Malaysia

    ReplyDelete
  11. den sokong nogori..argh kcewa...hehe..tahniah kelantan..tp apa yang jelas,titik kebangkitan kelantan,adalah di saat aidil injured..stuju x??aidil main da smart gle..dia kuar,abes,trus bolos..

    sedih tgk penonton..kehadiran memg dipuji,tapi attitude masih kurg a..mujur menang..klu x,allahuallam..hahha..tp klu perasan kt skrin tv tu,kwsan hadapan fan kelantan n n9,bebeza sgt,..tmpt fan klantan,penuh botol,mercun g(even da gol pn still ada org bling2..lol),tp tmpt n9 nmpk bersih sgt...

    mohon penaberkala membuat post khas tuk fan kelantan tuk season depan..hahha..mst dpt liputan luas nya...

    Hairuddin terbaik..gol cantik..n rangkul piala malaysia 2tahun berturut2,juga menjaringkan gol dlm 2final berturut..

    tahniah Kelantan..Tahniah juga pada Man U.Menang 2-0 ngan spurs..hahaha

    ReplyDelete
  12. Amin Baek:
    haha, takpe n9 dh menang taun lepas. point pertama ko ak setuju, lepas aidil kua n9 jadi kelam kabut. jelas tunggak utama n9 adalah aidil

    yup, ak pun agak kecewa. kalau kalah tak tau apa yg akan jadi..menang pun masih ada botol/mercun..attitude yg perlu diubah utk masa akan dtg oleh pihak KAFA/masyarakat kelantan

    pasal entri khas, klu ada lagi taun depan boleh la aku buat,hahaha..blogger picisan mcm ak tak kan dpt liputan meluasnya, tiada efek pun klu tegur. tp utk kesederan sesetangah pihak boleh la

    HAI O,LAGENDA BOLA SEPAK TANAH AIR di alaf baru, 3 kali merangkul piala malaysia dlm team yg berbeza

    tahniah MU, tahniah KELANTAN
    semoga sukan bola sepak Malaysia kembali gah seperti EPL

    ReplyDelete
  13. Syukur kelate menang.

    Lama dah saya tunggu detik terindah kemenagan kelantan. Apa pun cukup dikesali dgn segelintir penyokong fanatik yg baling botol kat tepi padang. W/pun dah menang n pemain bermain dg nbaik tapi masih ade penyokong yg bodoh.

    Apa pun kemenangan kelantan amat membanggakan saya selaku anak kelantan.

    ReplyDelete
  14. shameel Iskandar:
    alhamdulillah, penantian 89 taun berakhir sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan tahun lalu

    sgt setuju, adanya segelintir peminat yg membuat masalah menimbulkan persepsi buruk kepada kesemua rakyat/penyokong kelantan. isu ini dimainkan sbg sentimen kenegerian. semoga dpt menemui jalan penyelesaian terbaik utk permasalahan ini

    amat membanggakan dgn mutu persembahan semalam
    jaringan gol yg nyata tidak mengecewakan, amat menarik

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete