MUDBALL THROWING

/
14 Comments
Masih ingatkah kalian tentang EM MUDBALL MAKING? Bagi sesiapa yang belum tahu, rasa nak tahu ataupun belum berkesempatan untuk membaca entri lepas, bolehlah klik dan berkunjung ke entri EM MUDBALL MAKING!


Semoga apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua. Ternyata, masih ramai yang belum tahu apa itu EM MUDBALL dan mencari-cari apa itu Effective Microorganism (EM) di enjin carian GOOGLE mahupun YAHOO lalu menerjah masuk ke sini. Semoga kehadiran entri yang lepas telah dapat membantu dan memecahkan kebuntuan kalian yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang MUDBALL.


carian di GOOGLE dan YAHOO menerjah masuk ke VISIBLE VOICE

Sepatutnya, semalam 30 Oktober 2010 adalah hari untuk MUDBALL THROWING ke MOX RIVER bagi AMD Team. Tapi tarikh itu diperawalkan, seminggu lebih awal yakni 23 Oktober 2010. Maka, semalam tanggal 30 Oktober 2010, genap 1 minggu MUDBALL yang dibaling tempoh hari telah pun berada di dalam lumpur MOX RIVER. Apakah kesannya? Apakah perubahannya? Hah, yang ni aku sendiri pun tak tahu, tak sempat nak pi jenguk lagi.


E-mail daripada organizer kepada warga AMD'ers

Sepatutnya, cerita MUDBALL THROWING ni dicoret semalam, sempena genap seminggu. Tetapi kesibukan yang melanda selaku WARTAWAN tak bertauliah dalam membuat coverage sempena PIALA MALAYSIA 2010 AKHIR telah mengakibatkan entri ini ter"kick" ke belakang. Hasilnya tidak mengecewakan bilamana entri semalam agak berbaloi dan membantu para penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan update terkini. Sekaligus, traffic blog VISIBLE VOICE mencanak naik ke aras yang tidak disangkakan (lebih100 je, tak sampai ribu-riban macam blogger otai). Tapi puas hati lah, lebih-lebih lagi sempena Buffered Earning pertama kini berlangsung di sidebar : NESTLE. Untuk maklumat lanjut tentang NESTLE, boleh klik di papan iklan di sebelah :) Kutipan BE pertama pun dah lepas nak beli NASI LEMAK sebungkus.

PIALA MALAYSIA 2010 melabuhkan tirai

Tutup cerita PIALA MALAYSIA dan BUFFERED EARNING, kita buka cerita baru. Cerita yang sudah masak diperam selama seminggu, harap-harap masih "valid" dan tidak berkulat. Sedikit-sebanyak perkogsian pengalaman dalam acara membaling MUDBALL ataupun MUDBALL THROWING buat tatapan semua.

Pengalaman menaiki bas kilang beramai-ramai beruniform hijau dan bertopi coklat muda

Pendaftaran bermula seawal jam 900 pagi. Volunteers diberi satu topi setiap seorang tanda cenderahati. Perjalanan dari AMD ke MOX RIVER berhampiran bulatan BAYAN BARU menaiki 2 buah bas kilang yang disediakan oleh organizer. Meriah juga rupanya naik bas ramai-ramai, pakai uniform sama. Macam budak sekolah pun ada rasanya,haha.

Persediaan untuk MUDBALL THROWING

Persediaan sebelum acara MUDBALL THROWING mengambil tempat. Mudball diangkut ke tebing MOX RIVER untuk dibaling. Peserta mengambil gambar kenang-kenangan beramai-ramai.

TEMA : MEXICAN WAVE MUDBALL THROWING STYLE
Macam mana agak-agaknya? Excited juga nak tahu dan tengok. Tunggu dan saksikan!

Volunters yang bersiap sedia untuk upacara membaling MUDBALL ke dalam MOX RIVER

Memulakan MUDBALL THROWING

Bersiap sedia di tebing MOX RIVER sepanjang lebih kurang 200 meter (AMD area) sebelum acara balingan dan rejaman diteruskan. Semangat volunteers membaling Mudball ke MOX RIVER sekaligus melupakan tema yang telah ditetapkan. MEXICAN WAVE entah ke mana, rejaman BEBAS dipertontonkan.

MUDBALL : Setelah 3 minggu menjalani proses pengeringan (drying)

Ini dia Mudball yang dihasilkan tempoh hari, sebanyak 10 000 biji. Setelah dikeringkan selama 3 minggu, kini giliran untuk dibaling ke dalam sungai diteruskan. Masa untuk buat lebih kurang 3 jam, tetapi masa untuk baling ke semua 10 000 Mudball tidak sampai 30 minit. Menarik dan menyeronokkan!

Kesunggahan dalam aksi membaling GAYA BEBAS, MEXICAN WAVE STYLE MUDBALLTHROWING entah ke mana

Pelbagai aksi AMD'ers dalam usaha membaling Mudball ke dasar MOX RIVER. Ada yang terkangkang, ada yang tertonggeng, ada yang ternganga. Macam-macam ragam ada, yang penting happening.


Bergambar tanda kenang-kenangan

Selesai upacara MUDBALL THROWING gaya BEBAS, masing-masing mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik manis tanda kenang-kenangan. Majlis berakhir kira-kira pukul 1030 pagi. Perjalanan pulang ke AMD menaiki bas sebagai pengakhiran dan penutup kepada acara MUDBALL THROWING sempena EHS WEEK 2010.

AMD : Strengthening Communities Worlwide
Perjalanan kami berlapan, AMD'ers tidak berakhir di situ sahaja. Selepas selesai MUDBALL THROWING, kami teruskan dengan FAMILY OUTING.

Apakah dia FAMILY OUTING?
Siapakah mereka berlapan?
Ke manakah arah tuju kami?
Segalanya akan bersambung di lain masa dan ketika, stay tune!

Thanks for reading :)


footnote: mesti korang penat kan scroll down utk baca artikel-artikel di sini. Malas baca, tengok gambar cukup lah,hak3. Harap maaf, frankly to say I don't know how to write shorter! Every single thing for me is precious. Aku menulis bukan untuk hari ini, aku menulis untuk masa depan. Semakin hari, semakin sayang AMD! Fiwit... Hanya berbaki 3 bulan aku di sini. Mungkin entri sebegini boleh bertindak selaku buah tangan untukku, dibawa pulang pada bulan Januari 2011 kelak.




You may also like

14 comments:

  1. Amd processr laptop cik su..AMD masih setia berkhidmat..haha..len kali kena wat liputan lagi cam kelmarin..leh nek lagi traffik..haha

    ReplyDelete
  2. bagus aktiviti mudbal ni, air sungai kita bole menjadi bersih dan tidak tecemar , rasanya aktiviti sebegini harus ditingkatkan lagi melalui sekolah atau kolej2..:)

    ReplyDelete
  3. salam penaberkala,sis ade gak tnye hasben pasal mudball ni..dia kata ade dgr...tp maybe USM Nibong Tebal ni tak buat kot..wallahua'lam..bukan bidang dia gamaknye..

    ReplyDelete
  4. 10,000 habis dibaling dlm 30 menet? wow :)

    ReplyDelete
  5. baling cm2 jer mudball? ak ingat baling lam longkang.hee

    ReplyDelete
  6. Setiap longkang yang tercemar di kawasan Free Industrial Zone Bayan Lepas terutama MOX River menjadi anak angkat kepada kilang-kilang di sekitar..syabas AMD atas usaha membersihkan alam sekitar

    ReplyDelete
  7. Cik Su:
    owh, guna amd ka? diri sendiri pun guna intel,haha

    yup, nampak gaya camtu la, kena buat lg next time..tp bkn tujuan asal nk traffik pun,kebetulan je tuh

    ReplyDelete
  8. LiFe KaMi:
    erm, mcm tu lah objektif program ni
    tp belum meluas lg di Malaysia
    di Penang ni agak terkenal dgn river adoption
    sbb tu ado program mudball

    ReplyDelete
  9. Ummi Hanie:
    wsalam kak
    owh, maybe tak ramai yg tau
    sy dtg penang ni baru tau pasal benda nih, lecturer tak pernah pun crita sblm ni
    masih baru kot

    ReplyDelete
  10. .millalara.:
    baling kejap je, ramai-ramai plak tuh
    lbh kurang 140 orang smuanya

    ReplyDelete
  11. darkbatman:
    macam tu la, mcm baling batu dlm sungai je,haha
    first time gak tengok ni, not bad la

    ReplyDelete
  12. hans:
    baguslah, at least lps ni dh tau
    saja-saja kongsi maklumat dan pengalaman

    ReplyDelete
  13. Alif Pauzi:
    tu pasal, smoga lbh byk kompeni yg join next event

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...