KELANTAN KE PENTAS FINAL TM PIALA MALAYSIA

Rentitan dari perlawanan KELANTAN dan KEDAH di peringkat SEPARUH AKHIR PERTAMA di mana KELANTAN hanya mampu seri 0-0 di tempat lawan, tampaknya tugas dan tanggungjawab skuad THE RED WORRIOR makin berat apabila perlu menggalas tanggungjawab besar menentang KEDAH habis-habisan di SEPARUH AKHIR KE-DUA di tempat sendiri di hadapan puluhan ribu peminat setia KELANTAN. Sudah pasti kemenangan diimpikan oleh segenap lapisan masyarakat penyokong setia terutama aku sendiri selaku anak jati KELANTAN.


Berkat kesungguhan, kecekalan dan semangat wajar para pemain KELANTAN, akhirnya gawang pihak lawan berjaya dibolosi pada minit ke-78. Sekaligus, gol hasil sepakan penjuru itu memeriahkan lagi suasana stadium dengan tempik sorak para peminat. Apa yang lebih penting dan bermakna, KEDAH berjaya ditewaskan untuk terus mara ke pentas final PIALA MALAYSIA 2010! Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad KELANTAN.Selamat Maju Jaya di pentas final menentang pasukan NEGERI SEMBILAN.


Berikut rakaman gol kemenangan pasukan KELANTAN melawan KEDAH di tempat sendiri. Satu kemenangan yang paling bermakna di tempat sendiri lebih-lebih lagi di hadapan puluhan ribu peminat setia THE RED WORRIORS sakaligus melayakkan diri ke PENTAS AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2010!



KEPUTUSAN PENUH SEPARUH AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2010


KELANTAN : 1

KEDAH : 0


SEPARUH AKHIR 1 : KELANTAN 0 | 0 KEDAH
SEPARUH AKHIR 2 : KELANTAN 1 | 0 KEDAH

SEPARUH AKHIR 1 : JOHOR FC 1 | 0 NEGERI SEMBILAN
SEPARUH AKHIR 2 : JOHOR FC 0 | 2NEGERI SEMBILAN


Bola itu bulat, bila-bila masa boleh terjah ke gawang pihak lawan.
Waspada itu wajar, agar peluang yang ada dimanfaatkan.
Kalah menang itu adat, menyemarakkan lagi semangat kesukanan.
Semangat itu tegar, agar tidak lentur kepada pihak lawan!
-penaberkala-


Semoga kejayaan mengiringi pasukan KELANTAN di pentas akhir PIALA MALAYSIA menentang NEGERI SEMBILAN.

"GOMO QLATE GOMO"


KELANTAN




VS


NEGERI SEMBILAN







MILIK SIAPAKAH PIALA MALAYSIA 2010?

KELANTAN ATAUPUN NEGERI SEMBILAN?

PASUKAN MANAKAH MENJADI PILIHAN ANDA?


TM PIALA MALAYSIA 2010


Sama-sama nantikan siaran langsung (kalau ada) KELANTAN melawan NEGERI SEMBILAN di pentas akhir PIALA MALAYSIA 2010.

footnote : sedikit frust tak boleh tengok siaran langsung di TV, ASTRO tak ada maaa. Nak tweet-tweet kat twitter pun tak boleh malam ni. Okla, at least dapat gak tengok JOHOR FC melawan NEGERI SEMBILAN tadi. Tahniah buat skuad NEGERI SEMBILAN di atas kemenangan 2:0 pada malam tadi dengan kemengan agregat NEGERI SEMBILAN 2 : 1 JOHOR FC.


HARAPAN : Tiada insiden buruk seperti tahun lalu pada perlawanan akhir nanti. Semoga tiada lagi balingan mercun/bunga api, tindakan membakar kerusi dan segala tindak-tanduk yang memalukan diri. Wa respek sama lu peminat setia dan peminat fanatik KELANTAN. Yes, you all are the RED WORRIORS. But, please don't do shit.Never play with rubbish. Ok? We as KELANTANESE belive in you! Prove it to others, this time we are not shit.rubbish but the CHAMPION. Jang oh jang, korang pun jangan cari pasal. Semoga rekod perlawanan akhir tahun ini bersih dari sebarang kontrovosi dan spekulasi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA, jangan KERANA SUKAN BADAN BINASA, ingatlah setiap perbuatan yang melanggari peraturan pasti ada BALASANNYA. Maka, beringatlah SEBELUM KENA, kalau SUDAH KENA memang dah TAK GUNA. Mahukah anda sekali lagi menderma RM1 seorang macam dulu semata-mata untuk membayar DENDA?


Anda Bijak, Jauhi Zina Kontroversi!

ALL THE BEST for KELANTAN
Lets move forward THE RED WORRIORS
Plan well, Do well


Tiba-tiba tersemangat plop doh,haha. Harap-harap menang la nanti final.

Post a Comment

16 Comments

  1. yeahh..gomo kelate gomo..
    heheh..
    jom tgok final kat stdium..

    .::shidi::.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kelantan dan Negeri 9 beradu tenaga lagi..mmg dah dijangkakan..:)

    ReplyDelete
  3. harap2 x de la lagi cm kes2 dlu ye..

    kalah menang adat pertandingan...

    jgn nk emo2 sgt... rilek2 sudaa... ;)

    ReplyDelete
  4. laaa...ada match bola ka.patutla smlm ramai bebenor sek2 qlate kuar rumah lepak kedai makan...kecoh kedai dgn penyokong kedah n klate...

    p/s:penang xdak ka?..haria penang haria...haha

    ReplyDelete
  5. Shidi Shah:
    yeah, gomo qlate gomo
    gomo bola jangan duk gomo ore,haha
    jauh la bro nk pi

    ReplyDelete
  6. hans:
    sabor2, kedah dh byk kali menang dgn klantan
    kali ni kasik can kat klantan lak menang
    cool!

    ReplyDelete
  7. LiFe KaMi:
    wlaupun saingan sengit dgn kedah, mujur klantan dpt menang
    wlaupun johor fc beri saingan hebat, n9 tetap menang

    match ke-2 utk 2 tahun berturut-turut di final klantan vs n9

    ReplyDelete
  8. ila nabilah:
    pemain xde hal, peminat yg over excited sikit,haha
    xpe2, mintak this year xde kes
    klu tak kesian KAFA kena byr denda

    ReplyDelete
  9. amirah:
    ha la, separuh akhir kot
    seb bek klantan menang, weeee

    penang lama xdgr dlm arena bola sepak
    pi mana smua?

    ReplyDelete
  10. Wan Pai:
    tu lah, klu xde plan lain nk ikut gak
    x rajin lg tgk live kat stadium klantan lawan

    ReplyDelete
  11. darkbatman:
    yeah
    harap-harap piala msia milik klantan taun ni

    ReplyDelete
  12. cik su kat sini tak de tv..tak leh tengok...huhu..cian kan..Kelantan masuk final siap ade cuti peristiwa lagi..syok gla

    ReplyDelete
  13. Cik Su:
    haha, tu tanda sokongan padu
    mintak lah menang nnt final, konpem dpt plak cuti peristiwa
    kena tebus kekalahan di tgn n9 taun lepas, tp dgn aman
    peace no war!

    ReplyDelete