CABUTAN BERTUAH || LUCKY DRAW

/
20 Comments
2 Oktober 2010 berlalu begitu sahaja. Penuh makna bila hujung minggu masih bertandang ke office untuk event Mudball Making sempena AMD Volunteer Month 2010. Selesai satu event, masih lagi tinggal 2 event untuk aku join bagi bulan October:
  1. Blood donation - 12 October 2010
  2. Mudball Throwing - 30 October 2010

Apa itu Mudball?
EM mud balls contain a consortium of “good” microbes and are known for being able to stop algae growth, break down sludge, suppress pathogens and control ammonia levels in drains and streams.EM technology is widely used to purify water and sewage, and improve recycled water.

So, Mudball ni gunanya untuk membersihkan sungai/parit yang kotor daripada ancaman sisa toksik dan bakteria. Mudball yang telah dibuat akan dikeringkan dan dibaling ke dalam MOX River di kawasan perindustrian Bayan Lepas pada hujung bulan nanti, 30 October 2010.

Bagaimana nak buat Mudball?
Frankly to say, ni first time aku dengar nama Mudball dan tahu cara-cara nak buat. Semalam, lepas GOOGLE and searching around, baru aku tahu fungsi sebenar Mudball. Tapi, semua info Mudball dan kaedah membuatnya akan aku kongsi untuk next entri. Back to the topic, CABUTAN BERTUAH aka LUCKY DRAW?


Sebenarnya, cabutan yang bertuah ataupun pemenangnya yang bertuah?
Bagi aku, pemenang kena bertuah. Cabutan itu tidak pernah bertuah, kerana ia dilakukan secara rambang. Cabutan bertuah mungkin bermaksud cabutan yang dilakukan dan berjaya membuatkan seseorang menjadi bertuah sehingga mendapat hadiah yang ditawarkan. Mungkin?


Kebetulan, untuk acara Mudball Making semalam, selepas registration, kami diberikan sehelai T-shirt AMD free berwarna hijau, sekeping kupon untuk lunch dan sekeping kad untuk cabutan bertuah. No bertuah aku untuk hari ini adalah 57. Sempat lagi snap sebagai tanda kenang-kenangan. Menang ke tidak untuk lucky draw nanti, tak tahulah.


Sepanjang aku hidup 21 tahun ni, aku muak dan alah dengan perkataan CABUTAN BERTUAH atau LUCKY DRAW. Bukan apa, sebab aku tak pernah dapat sepanjang aku hidup di muka bumi ni. Tapi, kadang-kadang berangan juga nak dapat sekali, nak tahu macam mana perasaan orang yang pernah dapat dalam benda-benda macam ni.


Untuk Mudball Making semalam, hadiah untuk lucky draw yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. T-shirt putih - I LOVE AMD
  2. Cap AMD
  3. 3rd place prize dalam bungkusan
  4. 2nd place prize dalam bungkusan
  5. Grand priza - Digital Album (bernilai lebih RM500)

Dalam upacara Mudball Making, cabutan demi cabutan dibuat. Seorang demi seorang yang bertuah sudah dapat hadiah masing-masing. Ada yang dapat t-shirt, ada yang dapat topi. Lebih kurang 10 pemenang sudah diumumkan, tapi satu pun tak sangkut pada aku. Tak apalah, at least dalam group aku sudah ada sorang yang dapat, wakil group pun jadilah. Beliau bukan nama sebenar, sudah mendapat cap AMD untuk lucky draw. Dalam hati bermonolog, bertuahnya nasib orang. Uish, aku bila lagi,hak3.


Sesi kuiz pun ada. Macam-macam soalan ada. Penyanyi mana yang menyanyikan lagu yang didendangkan dan macam-macam lagi. Ada yang berjaya jawab dengan betul, dapatlah tshirt ataupun topi. Tahniah buat Afiq dan Kak Ain yang berjaya membolot hadiah yang ditawarkan. Ada juga yang berlari kencang nak jawab soalan, tapi salah jawapannya. Tak apa, hidup mesti berani mencuba. Cuba lagi lain kali,haha.



Selesai membuat lebih kurang 10 000 Mudballs, kami diberi lunch percuma. Not bad la menu yang diberi. Nasi berserta lauk-pauk yang menyelerakan - udang, ayam, kacang, sayur kubis, jeli buah dan buah tembikai/tembikai susu. Pergh, lapar-lapar, diberi makanan yang best, memang ngam lah. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Dalam duk asyik makan, ada juga bersembang pasal lucky draw. Aku dan Afiq masing-masing cakap tak pernah dapat lucky draw selama hidup nih. Tiba-tiba, satu jari telunjuk menghala ke arah aku dan Afiq seraya berkata, "Hari ni, aku pasti ko dapat dan ko dapat". Kami buat dek je, memang tahu itu hanyalah satu gurauan semata-mata.


Selesai lunch, upacara lucky draw diteruskan untuk 3 lagi pemenang. Sedang asyik aku berborak, sayup-sayup kedengaran satu nama sedang dipanggil. Aku dengar MOHD KHAIRUL .... (samar-samar). Aku buat dek je, ingat aku je yang perasan dan berhalusinasi. Tapi ramai rakan semeja yang mengiyakan sahutan itu. Aku bangun dengan teragak-agak dan meluru ke depan. Dengan perasaan shy-shy cat, aku berjalan penuh tertib. Teragak-agak takut nama yang dipanggilkan bukan berBINkan MAH HASSAN. Kang malu free dapat. Sampai je kat depan tuh, baru konpem memang nama aku yang dipanggil. HAHAHAHAHAHA. Mau gelak guling-guling aku depan tuh. First time kot dapat benda alah ni dalam lucky draw sepanjang 21 tahun hidup. Alhamdulillah! Walaupun 3rd prize, tapi aku sudah cukup gembira, buleh senyum sampai ke telinga.


2nd place dapat kat seorang staf Cina kat depan meja kitorang. Dia dapat mouse. Kini giliran first prize. Tiba-tiba terdengar nama Afiq dipanggil. Kami semeja terus bangkit dari tempat duduk dan menjeguk ke depan. Rupanya, memang Afiq yang menang grand prize : Digital Album yang bernilai lebih RM500. Perghhh, durian runtuh nampak gayanya. First time dapat cabutan bertuah, terus dapat grand prize.


MULUT MASIN + TUAH = LUCKY DRAW
Persoalan yang masih menari-nari di fikiran aku sehingga sekarang adalah ADAKAH AKU BERTUAH? ataupan ADAKAH MULUT MEMBER AKU YANG MASIN? ataupun KEDUA-DUANYA?

Apa yang aku dapat simpulkan di sini, TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU. Memang mulut member aku, Hazwan tuh masin. Memang aku agak bertuah semalam. Apapun, semua itu KEBETULAN dan SURATAN.


Pengalaman paling unik aku dapat. Sebelum ni, kalau join apa-apa event yang ada lucky draw, sorang wakil yang dapat pun dah kira bertuah dan gembira. Tapi semalam sejarah baru telah tercipta, bila kami bertiga yang duk semeja masing-masing berjaya membolot hadiah LUCKY DRAW yang ditawarkan. THANKS TO AMD!


Muka girang kami bertiga memenangi lucky draw for the first time. Kami baru berjinak-jinak dalam arena LUCKY DRWA,hak3. Yang kepala tersorot di sebalik Afiq tuh, bawa-bawa bersabar ye. Walaupun tak menang lucky draw semalam, mungkin your turn next time,haha.


Apa yang aku dapat?
Aku telah mendapat sebuah PENDRIVE KINGSTON 2GB berwarna BIRU. Oklah barang FREE. Elok sangat la tuh bagi pendrive kat aku, nanti bolehlah aku simpan semua gambar-gambar selama 8 bulan duk penang ni, report-report internship, weekly report dan log book. Memang paham jiwa,haha.


Tiba-tiba mula merasakan diri ini bertuah


notes: gambar cilok dari album fb kak jannah. Thank you! haha


You may also like

20 comments:

  1. mudball?baru tau dan sangat2 menarik, lau berjaya maka bersihla segala daki2 parit kat penang ..hehe...mau letak dalam sungai pinang tgok berkesan x..huhu

    tergelak aku bc psl lucky draw neh.aku pon xpenahnya dapat lucky draw.sungguh.huhuagak2 bila la nk dapat...? btw tahniah ya =)

    ReplyDelete
  2. aku jugak terselit muka faiz kt situ..baru prasan..hak2

    ReplyDelete
  3. seronok baca entry ni! ada ala2 sambutan merdeka@pfk bulan lepas bila mana ramai kami2 para trainees dpt hadiah cabutan bertuah besar2 (refer blog entry :D)

    plg best...satu row seat tu..rasanya more than half dpt lucky draw...dari sekecik2 mangkuk tingkat, speaker, hand-mixer sampai la sebesar-besar hot water dispenser + set periuk.

    ReplyDelete
  4. salam.
    Sampai bla LI kt AMD.
    Tahniah gu demo mmg bertuah PENDRIVE KINGSTON 2GB ttp anugerah.

    ReplyDelete
  5. xpela..rezeki..bukan semua org bertuahkan..hehe

    ReplyDelete
  6. wah! ko dpt pndirve! best tu! aku sampai skrg nk beli pendrive xdpt2 lagi.. eh! tahniah bro!!!

    ReplyDelete
  7. aku dah 2 tahun berjinak2 di kem. sambut raya la kononnya... tp du2 thn, aku p je... no cabutan bertuah dah abis... usah ke nak dpt hadiah. no pun dapat... memeng xbertuah la... next year, aku n family nak p lepas maghrib lg. agak2 org mula2 yg datang. hakhakhak!

    ReplyDelete
  8. amirah:
    keberkesanan sama ada efektif atau tak belum pasti,sbb ni first time tahu pasal mudball.nnt nak share gak camne mudball dibuat

    thanks
    btw, rezeki ada di mana-mana
    tak tau bila je dapat
    haha, nk tergelak gak dpt arituh

    ReplyDelete
  9. Hazwan Arif:
    ada gak sipi-sipi
    kasik can sikit,haha

    ReplyDelete
  10. along rufaidah:
    siyesly best first time ada event kat tmpt intern,klu kat kampus jemu kot tiap2 minggu ada event

    tp, kat pfk meriah lg la
    hadiah pun gempak je baca
    part satu row seat dpt cabutan tuh mmg hairan, bg duit kopi ke ape?hak3

    ReplyDelete
  11. shameel Iskandar:
    wsalam
    smpai 14 januari 2011
    trimo kasih boh, pertamo kali raso tuoh
    dpt pendrive pun jadilah,syukur doh raso

    ReplyDelete
  12. ~AmyLiana8886~:
    betul tuh,daripada 120org yg dtg, bukan mudah nk dpt kan
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. NICK IRFAN:
    trima kasih bro
    rezeki je tuh, tak pernah dpt cabutan
    tiba-tiba dapat

    ReplyDelete
  14. Anonymous:
    haha, moga-moga ada rezeki dan tuah la utk taun depan
    biasanya klu org yg tak pernah dpt, klu dpt nnt konpem hadiah lumayan

    ReplyDelete
  15. x yah nk harap lucky draw, dik... dh mmg bertuah dek penangan contest PC tuh....ehehehe... akak pon slalu complain x dpt LD neh... tp, dh tua2 neh, dok terpk, 'LD' yg paling besh adalah diberi peluang oleh Rabbul Jalil utk hidup d muka bumi ini..lalu, akak 'belajar' bersyukur.... (bkn n3 contest eks?...eheheh)...alhamdulillahhh!!!

    ReplyDelete
  16. akuzle:
    trima kasih kak atas peringatan
    tu lah, bila tak pernah dapat, then dapat
    alhamdulillah la

    pasal kontes puisi tuh tak sangka plak,hak3
    syukur la, murah rezeki semenjak dua menjak ni

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Wow... memang bertuah lah bro.. tahniah.. admin menganjurkan cabutan bertuah kepada pengguna rangkaian redONE jika berminat boleh sertai....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...