17 PERIHAL DIRI : KENAL DIRI SENDIRI

/
12 Comments
Awal-awal blogging dulu, TAG adalah salah satu aktiviti rutin untuk blogger-blogger saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Tapi kini, kesempitan waktu dan kesuntukan masa menyebabkan banyak tag tertangguh dan award tertunda. Tapi pada masa yang sama, intai-intai masa untuk cuba menjawab setiap persoalan. Ketandusan idea untuk mengarang, kemalasan untuk membuat rencana/artikel, adalah masa terbaik untuk menjawab TAG.


TAG - Biasanya mengajukan beberapa soalan untuk dijawab. Bukan soalan IQ, bukan soalan berasaskan kurikulum pendidikan. Tetapi soalan yang lebih bercorak kepada kehidupan seharian. Kadang-kadang, soalan yang diajukan menguji minda bawah sedar. Rupanya, masih ada soalan yang masih tidak terjawab dalam diri. Kadang-kadang, soalan yang diajukan boleh membantu kita mengenal diri sendiri. Walaupun merapu dan meraban, kadang-kadang membawa kita untuk berfikir sejenak tentang kehidupan.


Woit, bangun-bangun. Pekehel serious ni? TAG je pun. Sebab mood skang smua orang tengah serious kot. Masih terfikir kisah TORON TO VS UTUS ON, entri tersekat di dalam draft lebih 24 jam. Peram dulu kasik masak.


Back to topic, mujurlah TAG kali ni senang sikit, bubuh minyak, tumis bawang, boleh la goreng sikit-sikit,haha. Soalan aras sederhana
: 17 persoalan dirungkai untuk mengenali diri sendiri. Lama jugak fikir, lampi sikit jumpa soalan dan tanda tanya ? ni sebab dah lama rupanya tak jumpa test/exam paper. Time untuk menjawab tag:


"TAG from Cik Su"

1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
-Handphone
dari NOKIA 3315 (dimakan ombak pantai) - NOKIA 3310 (pinjaman sementara) - CHINA MOBILE TV (rosak terbakar) - MOTOROLA (beralih tangan) - NOKIA 6610i (dulu, kini masih bertahan almost 7years) - SONY ERRICSSON W508

Next tukar handphone kalau ada orang nak kasi. Betul ke ada orang nak bagi free iPhone?

kad  kahwin
Kad Kahwin


2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
-Topi koboi di Batu Feringhi

3) Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
-Tempat : Rumah pengantin perempuan
-Tema : Simple but meaningful

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Belum

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-Kalau sudah rasmi, pasti ingin kekal sampai ke jinjang pelamin. Kalau sudah jadi, sudah pasti ingin bersama sampai ke mati

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
-Rujuk perkara 4

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
- Bukan beli tapi pinjam untuk baca dari housemate : Tentang Cinta karya Pahrol Mohd Juoi

8) Apakah nama penuh korang?

di awal kemunculan blog VISIBLE VOICE
nama penulis dipilih adalah PENABERKALA
bukan untuk sembunyikan identiti diri
tetapi untuk mencipta nama sendiri
di alam maya dikenali PENABERKALA
di alam nyata akulah seperti nama yang diberi
Mohd Khairul Anuar Bin Mah Hassan

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
- Dulu, dua-dua pun mesra, tapi dengan mak lebih rapat
- Kini, satu-satunya yang ada adalah mak. Kemesraan semakin erat

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
- Rujuk perkara 4, 5 dan 6

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- Sudah pasti, sudah lama basuh sendiri, kata kena berdikari
kat rumah bagi sister-sister gak yg basuh lagi,haha

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
- Makkah, insyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
- Peluk, LOL

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang. -
-seorang blogger yang komited dan dedikasi dengan blognya
-orang Pulau Pinang
-mungkin masih belajar sebab dengar crite hostelnya baru diserang segerombolan beruk

15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
  • laptop
  • handphone
  • gambar.foto
  • sijil-sijil penghargaan
  • koleksi keychain dan medal

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
-28 April -McDonald Gopeng

18) 5 orang blogger yang korang nak tag
-Tunggu seruan hangit di CHATBOX




You may also like

12 comments:

  1. oo tak basuh baju ye..hehe
    byk kumpul medal, selalu msuk pertandingan ke..:)

    ReplyDelete
  2. tah handphone 2 mmg btol.. xde hpone cam hilang bini.ahahaa

    ReplyDelete
  3. aku slalu lepak bayu senja sebelah parkroyal tu.

    ReplyDelete
  4. Encik PB, soalannye susah sangatt =.= hehe. thanks for tagging, anyway :D

    ReplyDelete
  5. seruan hangit di chatbox sudah sampai. heh!

    tunggu la ye. adeh lei..

    ReplyDelete
  6. LiFe KaMi:
    basuh guna mesin sudey
    medal ada la sikit2 join sukan time skolah dulu-dulu

    ReplyDelete
  7. darkbatman:
    haha, takde tv xpe lg..xde handpone mmg terkial-kial la

    ReplyDelete
  8. green:
    bayu senja, parkroyal area mana bro?

    ReplyDelete
  9. norashikin rahmat:
    welkem..slamat menjawab

    ReplyDelete
  10. SZ:
    yeah, apa lg?
    kasik goreng la soalan2 tuh

    ReplyDelete
  11. akan dijawab nanti ya.thnx tagging me

    ReplyDelete
  12. amirah:
    orite, welkom
    slamat menjawab dgn jayanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...