BUKIT JAMBUL

/
12 Comments
Ronda-ronda Kota Mutiara
3 Oktober 2010

Dulu
Batu Feringhi

Kemudian
Pulau Jerejak

Kini
Bukit Jambul



Seperti biasa, cuti hujung minggu dimanfaatkan untuk Ronda-ronda Kota Mutiara. Cerita kali ini berkaitan Bukit Jambul. Bukan pasal Bukit Jambul Kompleks, tapi pasal Jungle Tracking di Bukit Jambul. Kalau sebut Bukit Jambul, memang orang akan ingat Bukit Jambul Kompleks.

Bukit Jambul Kompleks adalah sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang. Mempunyai pawagam, pusat bowling serta kedai beraneka pilihan termasuk barang elektronik, komputer, pakaian dan kelengkapan harian. Tidak menghampakan, Bukit Jambul Kompleks dilengkapi dengan pelbagai restoran fast food terkenal seperti KFC, McDonalds, Kenny Rogers dan sebagainya. Pendek kata Bukit Jambul setaraf dengan Queensbay Mall cuma infrastrukturnya kurang bergaya dan agak lama dimamah usia.




Bukit Jambul Kompleks

Apa kaitan Bukit Jambul Kompleks dengan Jungle Tracking? Logik ke nak jungle tracking kat sini? Kalau tracking kat sini, bukan peluh yang keluar, sebaliknya kertas-kertas yang melayang kelaur. Habis hijau, merah, pastu biru. Pendek kata, boleh nipis la dompet yang sedia nipis. Tapi, harap kalian sedia maklum bahawa kompleks ini merupakan tumpuan utama warga asing seperti Indonesia dan Nepal sebagai port lepak mereka terutama di hujung minggu.


Tolak ke tepi cerita pasal Bukit Jambul Kompleks, back to the topic, Jungle Tracking di Bukit Jambul. Pertama kali dimaklumkan oleh Faiz bahawa Bukit Jambul mempunyai satu kawasan untuk Jungle Tracking. Perancangan dibuat untuk cuba menakluk puncak Bukit Jambul, sekadar ingin bersuka-ria dan bersenam di hujung minggu. At least, lemak-lemak di badan selama seminggu yang dikumpul dapat dibakar dengan cepat.


JUNGLE TRACKING : BUKIT JAMBUL


OPTION 1 : Laluan berbukit, denai-denai berliku dipenuhi akar-akar kayu

Inilah dia permulaan yang penuh bertenaga. Laluan di Bukit Jambul agak mencabar. Pendaki diberi 2 pilihan iaitu (1) untuk memanjat tangga yang disediakan untuk sampai ke puncak/turun dari puncak ataupun (2) melalui beberapa track yang telah disediakan iaitu jalan penuh liku, berbukit-bukau dan penuh onak dan duri kerana akar kayu yang berserabut, perghhhh.

Ahli rombongan di separuh perjalanan : Kak Jannah, Kak Ummu, Kak Ayu dan Faiz

Setelah separuh perjalanan, pendakian akan terbantut dek kerna keletihan dan sesak nafas. Itu dia, Komander Faiz yang menunggu konco-konco yang sudah kepenatan dan termengah-mengah. Selepas separuh perjalanan, rehat sebentar untuk minum air,menghela nafas panjang dan menghirup udara segar. Perjalanan mendaki bukit agak mencabar terutama bila pendakian pertama. Ini kerana kita tidak tahu ke mana destinasi kita yang sebenar untuk dituju, iaititu puncak sama ada jauh atau dekat. Masih baru dengan jalan yang dilalui membuat kita merasakan perjalanan yang dilalui agak jauh, walhal jaraknya adalah dekat.


Setelah hampir 20 minit berusaha mendaki, akhirnya puncak Bukit Jambul berjaya ditawan. Jarak perjalanan yang agak singkat tetapi agak memenatkan. Mungkin kerana laluan yang agak sukar dan licin (tanah ditimpa hujan). Lalaun berbatu dan berakar perlukan konstentrasi yang tinggi agar tidak tergolek jatuh, terpeleot di mana-mana ataupun tersungkur mencium bumi. Watch your step!

Sedikit-sebanyak perkongsian apa yang kami jumpa di puncak Bukit Jambul. Pelik tapi benar. Nak tahu? Teruskan menonton sesi pendedahan edisi special Bukit Jambul.

Gimnasium di puncak Bukit Jambul

Tidak disangka, di puncak bukit terdapat sebuah gimnasium untuk pelawat bersenam dan membina otot. Kelengkapan untuk peminat-peminat/ahli bina badan. Peralatan yang disediakan kebanyakannya berasaskan besi. Walaupun peralatan agak lama berbanding peralatan di Gymnasium lain, tetapi cukup sekadar untuk bersenam selepas berjaya mendaki puncak Bukit Jambul.

Warung kopi

Lagi satu keunikan di puncak Bukit Jambul adalah dengan adanya kedai kopi. Tampak seperti warung kopi di pekan-pekan. Perbezaannya di sini sistem layanan sendiri dan paling penting kopi yang diminum adalah percuma. Tapi, kebanyakan pelawat adalah cha ya na alif, maka kami pun segan nak minum dan agak was-was.

Taman Rekreasi

Selain gimnasium dan warung kopi, satu lagi kemudaha untuk pelawat yang sukakan aktiviti senaman adalah taman rekreasi. Taman ini dilengkapi dengan pelbagai alat senaman. lebih kurang 10 stesen disediakan.

Aktiviti terakhir yang boleh dilakukan di puncak bukit bagi yang penat memanjat bukit dan perlukan udara segar adalah melihat pemandangan indah sekitar Pulau Pinang. Dari puncak bukit, kita boleh lihat beberapa tempat/lokasi di sekitar Pulau Pinang. Jelas dan ketara, pulau ini adalah sebuah pulau yang kecil tetapi padat dengan pembangunan seperti bangunan dan jalan raya.

Antara pemandangan indah yang sempat dirakam di puncak Bukit Jambul sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti pernah menjejakkan kaki di puncak Bukit Jambul.


Kepadatan senibina,rangkaian jalan raya dan jambatan Pulau Pinang


Georgetown dari jauh

Pulau Jerejak dari jauh

Pulau Pinang, pulau mutiara

OPTION 2: laluan bertangga

Jungle tracking: mendaki bukit tidak lengkap tanpa menuruni bukit setelah berehat di puncak. Laluan untuk menuruni bukit adalah berbeza daripada laluan mendaki. Kali ini, kami memilih laluan bertangga untuk turun. Beratus-ratus anak tangga kami turuni dengan hati-hati agar tiada yang terjatuh/ terpeleot. Dalam hati-hati langkah disusun pun, masih ada yang gedebuk jatuh. Kesiannnn. Kenangan di Bukit Jambul, jatuh tangga adalah paling terbaik. Nasib baik tidak terus tergolek jatuh ke bawah. Lebih menarik, orang yang gedebuk jatuh tu adalah aku sendiri. LOOSER! haha


Interested? Just click this link for more story about Bukit Jambul:
footnote : updated from Universiti Teknologi PETRONOS. Currently attend the CONVOFAIR 2010 from 15-17 OKTOBER 2010


You may also like

12 comments:

  1. wow bestnyer
    penaberkala duk + study kat mana eyh
    eeee ajak g mndaki pun tyme da balik :p wat pe seyhh

    ReplyDelete
  2. rindu la plak cek kat penang nie..haih...teringat la tempat jatuh lagi di kenang

    ReplyDelete
  3. me suya:
    skang duk kat penang tgh praktikal
    study kat perak

    takpe, pi tracking next time
    ajak member2 suya

    ReplyDelete
  4. Cik Su:
    sape yg tak igt kat kampong halaman
    apepun, penang agak best
    cuma agak sesak sikit

    ReplyDelete
  5. cantik gak penang ni.xpenah tgok.

    ReplyDelete
  6. pegi intern. tapi kenapa asik jln2 je nih -jeles-

    ReplyDelete
  7. amirah:
    aih, anak penang jati pun tak pernah tengok? ish3
    rugi-rugi, byk kot tempat yg menarik untuk dilawati

    ReplyDelete
  8. farhanimradziah:
    intern weekdays je, mon-fri
    weekend tak de keje, apa lagi
    melencong la, knl tmpt2 orang

    ReplyDelete
  9. farhanimradziah:
    aih, ckp ada program kat teluk kumbar? bila?

    ReplyDelete
  10. ade tuh.
    tp s tarik diri dari management sbb gurls sikit sgt. so tataula bakal join dop ni.

    ReplyDelete
  11. farhanimradziah:
    ooo, igt nk dtg
    klu dtg roger aishah dan asma, dia pun duk sini gak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...