"Terima Kasih abang posmen"

"Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca harap balas"


Masihkah kau ingat di mana terbitnya kata-kata ini?

Masihku ingat, kata-kata inilah yang selalu terpampang di sampul-sampul surat sewaktu era 90-an.

Ya, satu kenangan yang cukup manis untuk dikenang, kerana sekarang tiada lagi.
Hanya SMS, FACEBOOK, TWITTER, EMEL, MYSPACE, FRIENDSTER, FORMSPRING, BLOG dan anak-beranaknya mengambil tempat kini.

Tahun ini dalam sejarah, bilamana buat julung kalinya setelah hampir beberapa tahun lamanya tidak berkunjung ke Pejabat Pos untuk mengutus surat/ kad ucapan, maka berpeluanglah untuk berkunjung pada tahun ini.


Destinasi kali ini adalah ke Pejabat Pos Bayan Baru. Tujuan utama adalah untuk renew rodtax motosikal dan insurans. Bak kata pepatah melayu, "sambil menyelam minum air". Bak kata pepatah omputeh, "kill two birds by a stone". Bak kata pepatah cina dan india, tak tahulah tak sempat nak belajar lagi buat masa ini. Maka, adalah tujuan sampingan bertandang ke Pejabat Pos iaitu untuk....

Inilah dia, tujuan sampingan itu. Tibalah masanya untuk menghantar KAD RAYA yang telah dijanjikan tempoh hari kepada yang sudi mahu menerimanya pada tahun ini. Kiriman kad ucapan ini sempena KEMPEN KAD RAYA yang telah diadakan setelah sekian lama tidak melakukan tradisi menghantar KAD RAYA.


Maka, 11 penerima bertuah telah pun dipilih. Nampaknya, posmen akan bekerja untuk menghantar kad-kad raya pada tahun ini ke beberapa lokasi yang berbeza iaitu ke lokasi berikut:
  • KEDAH
  • PULAU PINANG
  • SELANGOR
  • TERENGGANU
  • KELANTAN
  • JOHOR
  • SABAH

Sorry la ye, janji nak umumkan senarai penerima pada 1 September 2010. Dek kerana kesibukan melanda, blog tidak ter'update' dan senarai tidak ter'publish'. Kat sini, ada senarai penerima bertuah pada tahun ini. Terima kasih di atas kesudian kalian membuat slogan dan drop komen di entri sebelum ini. Semoga, KAD RAYA tahun ini dapatlah menjadi tanda penghargaan buat kalian.


Berikut merupakan 11 penerima bertuah:

AMIRAH
orang penang yang dengar kata sudah sampai ke kampung halaman. Selamat bercuti dan selamat membuat persiapan hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta.

PAPABEAR

dedikasi khas kad raya buat adik Pasha bersama papa dan mamanya. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagian buat kalian sekeluarga.

LIFE KAMI
Dengar kata akan beraya di perantauan pada tahun ini. Semoga kalian tabah menghadapinya, jangan sedih-sedih di hari lebaran nanti. Semoga kad ucapan dapat membuat kalian berdua mengukir sekuntum senyuman menjelang Syawal nanti.

HAZWAN ARIF
Walaupun dapat balik kampung lewat, harap bersabar. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta sebelum pagi Aidilfitri. Walaupun cuti pendek, 4 hari sahaja, marilah kita berusaha memohon cuti untuk lebih panjang. Semoga berjaya melanjutkan cuti menjadi seminggu.

HANS
Harap-harap, dapatlah hang terima kad raya cheq kasi yang tak seberapa ni. Sekadar tanda penbghargaan buat hang yang selalu jenguk blog ni sejak November 2009 sehinggalah hari ini. Terima kasih daun keladi, kalau free datang lagi. Selamat bercuti di kampung halaman di samping keluarga tersayang.

UMMI HANIE
Selamat berangkat ke Singapura. Semoga hari lebaran tahun ini penuh makna, pulang beraya menaiki kapal terbang bersama suami tercinta dan anak-anak. Semoga kak hanie sekeluarga selamat pergi dan balik. Harap-harap, sempatlah kad raya sampai sebelum kalian berangkat ke seberang laut.

WHITEDAISY
Buat kawan lama, semoga kehadiran sekeping kad ucapan pengganti diri dapat meriahkan lagi Aidilfitri tahun ini. Ilmu masakan sudah penuh di dada, harap-harap dapatlah merasa hidangan istimewa dari Chef Yana di hari lebaran nanti.

IKHWAN
Nun jauh di sana kad raya akan terbang ke Sabah. Semoga selamat sampai ke tangan saudara. Salam Aidilfitri dari warga semenanjung!

MISS LYA
Johor pun ada jugak seorang wakil. Semoga Kad Raya kali ini dapat menyerikan lagi Aidilfitri kali ini. Salam Aidilfitri in advance buat Miss Lya sekeluarga

NICK IRFAN
Nick, seorang yang suka bercerita tentang kisah-kisah teladan yang penuh pengajaran. Rupanya orang Penang. Dapat kad raya yang kurang elok mata memandang pun, harap terimanya dengan hati terbuka. Salam kenal dan teruskan ber'blogging' dengan menghidangkan lebih banyak kisah yang menarik selepas ini.

FARHAN ALI
Puncak Alam, lokasi sementara. Ingat lelaki bila tengok nama, rupanya member lama, classmate time upper form dolu-dolu. Buat saudari Wan Nur Farhanim Radziah yang sememangnya nama yang agak 'pendek', selamat pulang ke kampung. Raya jemput datang rumah. Selamat menunggu kad raya dari orang pulau.


Eh la, rupanya 12 keping kad yang dihantar hari tu. Ni penerima ke-12:

ROBIN
Muzakkir Aziz, orang Alor Star. Sahabat yang sedang menjalani latihan industri di tempat yang sama. Walaupun jumpa hari-hari, posmen jugak kena buat kerja. Salam aidilfitri buat anda sekeluarga


Kenapa dia? Ni la kerja bila free sewaktu di office. Belek blackberry di celah rak buku. Rupanya duk skodeng blog aku. Tenkiu la weh kadang-kadang hang jadi silent reader. Kadang-kadang dipaksa baca bila ada entri yang berkaitan.


TIPS : POS LAJU

Sempena Raya, mesti ramai ibu bapa yang berhajat nak pos barang atau bekalan kepada anak-anak di perantauan. Apa yang berjaya dipelajari di Pejabat Pos tempoh hari adalah berkaitan dengan bungkusan untuk hantaran Pos Laju.

Untuk membolehkan kotak LULUS untuk dihantar melalui Pos Laju, kita sebagai pengguna ada dua pilihan iaitu:
  1. Menggunakan kotak tanpa tulisan diluarnya sebagai bungkusan untuk dipos atau
  2. Membalut kotak bungkusan yang mempunyai tulisan dengan menggunakan kertas minyak
Akibat tidak mematuhi syarat itulah, ada seorang makcik tuh terpaksa bawa balik 3 kotak besar pulang ke rumah untuk dibalut. Kesian, tapi apakan daya itulah prosedurnya sejak zaman berzaman.


Akhir kalam, TERIMA KASIH POS MALAYSIA. Walaupun persaingan hebat dengan media elektronik, tetapi POS MALAYSIA tetap menjadi pilihan utama pengguna dan masih unggul sehingga hari ini.


Pelbagai urusan masih dapat dilaksanakan di Pejabat Pos, bukan sekadar menghantar surat semata-mata termasuklah:
  1. Jualan setem
  2. Pos surat / pos ekspress / pos laju
  3. Pembayaran bil
  4. Insurans
  5. Cukai jalan (roadtax)
  6. Pembaharuan lesen (renew lesen)
  7. Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Dah melalut dah aku, nak cerita pasal pos kad raya je. Takpelah, sekadar memberi maklumat. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang baca dan akan Google nanti. Rujukan lanjut, bolehlah layari website berkaitan ataupun POS MALAYSIA.