KEMERIAHAN MUSIM BUAH

MUSIM CUTI

Sudah beberapa hari tidak mencoret di blog. Blog baru sahaja menghabiskan musim cuti. Tuan blog pun sama, baru sahaja menghabiskan musim cuti yang diberi oleh kompeni internship selama 4 hari bermula 5:15petang 4 ogos sehinggalah 8 ogos. Lantas, cuti dimanfaatkan sebaik mungkin dan kali ini bukan ke Batu Feringgi, bukan lagi ke Pulau Jerejak, tetapi pulang ke kampung halaman iaitu ke Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Alhamdulillah dapat cuti, bukan mudah nak dapat cuti lama macam ni, kalau bukan musim cuti-cuti Malaysia tak dapatlah nak merasa.


pemandangan sawah padi menghijau terbentang luas
sejuk mata memandang, sejuk lagi kalau dapat mandi lumpur
di sinilah kampung halaman tempat dilahirkan dan dibesarkan



MUSIM BUAH-BUAHAN

Kebetulan, time bercuti tempoh hari sedang rancak berlangsungnya musim buah-buahan tempatan di kampung halaman. Apa lagi, turut sertalah untuk mencuba segala jenis buah yang ada di depan mata. Perghhhhhh, mantap sungguh musim cuti yang berlangsung sewaktu musim buah. Berbaloi-baloi!

Di kesempatan ini, kepada yang tidak sempat pulang ke kampung halaman untuk merasa buah-buahan, jangan berkecil hati. Tidak lupa kepada semua yang tiada kebun buah, jangan pula berduka-lara . Kepada yang baru saja menanam pokok buah-buahan di halaman rumah dan belum menghasilkan buah pun jangan bermuram durja. Bersabarlah kalian, tak boleh bersabar berkunjunglah ke supermarket-supermarket berdekatan dan gerai-gerai buah berhampiran.

Alang-alang kalian ada kat sini, apa salahnya kalau dijemput untuk menikmati buah-buahan yang tertempek kat sini. Mai, sama-sama kita menikmati sebahagian buah-buahan tempatan yang ada kat Malaysia. Jangat sampai menjilat skrin laptop/komputer sudah la ye :P



DURIAN
duye
Ini dia, gerangan si Raja buah. Isinya kuning keemasan dan pejal sungguh menyelerakan. Makan sebiji, konpem sendawa 100meter boleh bau. Kalau makan dengan pulut, maka jadilah Pulut Durian. Fuh, sodapnya.


RAMBUTAN
mok tey
Ini rambutan kuning, rambutan merah pun ada. Tengok kat luar banyak rambut, tapi isi kat dalam putih melepak dan manis hingga menjilat jari. Kalau buang kulit, buang biji, pastu letak dalam peti ais elok-elok, maka jadilah macam buah laici. Selepas disejukkan beberapa ketika, nikmatilah bersama sanak-saudara dan teman dan taulaun. Terbaikkkk



MANGGIS
setto
Permaisuri buah kali ini ialah manggis, dengan mahkotanya yang unik. Kulitnya yang ungu kegelapan dan kadang-kala merah kemerahan sungguh enak dimakan begitu sahaja. Walaupun sedikit bergetah, tetapi isi di dalamnya putih dan masam-masam manis.



SALAK
salok
Buah yang berduri dan berbisa. Dari pokoknya hinggalah ke buahnya, memang berbahaya. Silap hari bulan boleh terluka dan tercedera. Isinya yang keperang-perangan, kuning-kekuningan dan putih tak putih sangat, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Bergantung kepada nasib pemakannya.



Satu-satunya pokok yang ada betul-betul depan rumah. Buah ni konpius sikit nak bagi nama apa sebab dia banyak adik-beradik. Tak tahu yang mana satu langsat, duku, dokong. Buah rambai je lain sikit sebab buah rambai boleh buat belon.



LANGSAT/DUKU/DOKONG
lasat/duku/dokong
Nama tak penting, yang penting isinya sedap untuk dimakan. Tapi ingat, makan buah jangan plak telan dengan bijik-bijik nanti sembelit tak tentu pasal. Ingat, fungsi buah adalah untuk melawaskan penghadaman, jadi jangan salahgunakan buah-buahan yang ada. Ikutilah langkah dan cara makan dengan betul.


Sekian sahaja laporan mengenai pengalaman kemeriahan musim buah-buahan yang berlangsung lebih kurang 4 hari di kampung halaman. Pengalaman anda pula bagaimana?


Kepada yang berada di Bayan Baru, Pulau Pinang bolehlah berkunjung ke Mutiara Perdana untuk menikmati buah-buahan sementara stok masih ada.Esok lusa dah nak puasa, jom menikmati buah dulu. Kawan-kawan kat Relau, Kampung Jawa, Mutiara Perdana dialu-alukan. Member kat Kulim atau Gurun pun boleh je kalau mampu datang.



yang dekat boleh merasa,
yang jauh hanya mampu menganga
selamat mencuci mata

penaberkala





"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"

Post a Comment

10 Comments

  1. Hazwan Arif:
    jom-jom..esok pose doh

    ReplyDelete
  2. SZ:
    xpe, nk balik msia tak lama dah tu
    sempat lagi nak merasa :)

    ReplyDelete
  3. nakkkkk buah2an tuuu...

    espeselly rambutan,doyan,dukung....:)

    heaven !

    salam ramadhan ye Penaberkala...

    ReplyDelete
  4. teringin nak makan durian tapi kalau bulan puasa nih memang cari nahas lah
    hahaha

    selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur

    P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!

    ReplyDelete
  5. Ummi Hanie:
    tenkiu sis
    buah dah nak abis dah sis, pakat makan rmai2 sebelum start pose arituh
    durian kat penang memang banyak, tepi2 jalan berderet

    ReplyDelete
  6. hans:
    time puasa camni, xtau bila la nak makan durian
    perut kenyang memanjang je lepas berbukak

    ReplyDelete
  7. hahaha...suka entri ni,dhla tgh posa ni..haiya.
    untung tul ada kebun buah,dapat tanam n makan sendiri hasil tanaman kita.
    ayat xleh bla la soh org g supermarket cari buah...huhu

    ReplyDelete
  8. amirah:
    haha, dugaan. sabor2
    musim buah mmg best, lbh2 lg kalau byk tanaman yg berbuah

    ReplyDelete