MENARIK: JOM BACA

/
15 Comments
Bacalah yang mana rasa berkenan di mata dan di hati. Klik jika perlu


BUNUH EMPAT JUTA NYAMUK SEBULAN
Seorang wanita Taiwan mencatat rekod dunia selepas membunuh sekurang-kurangnya empat juta ekor nyamuk dalam tempoh sebulan.

Kalau kita kat Malaysia, belum tentu empat juta, sekor pun susah nak bunuh. Kalau dapat bunuh sekor, lebih-lebih lagi kalau nyamuk yang duk bertenggek tengah syok hisap darah. Kalau mati berdarah kat badan pun tak apa, berasa puas hati. Malangnya kalau bunuh tapi tak mati, nyamuk tu plak siap terbang buat aksi lagi depan mata, mula la nak sumpah macam-macam. Dek kerna nyamuk sekor, riuh-rendah satu rumah.



ALIFF AZIZ "DIPENJARA 2 TAHUN"
"Cuma, saya nampak ada kelainan dalam diri termasuk berat badan mula naik. Selain itu, saya dapat menjaga paras kesihatan kerana sering jalankan pelbagai tugas mencabar dan mengajar diri jadi orang lebih berdisiplin dalam hidup serta kerjaya," tutur Aliff

Laa, dipenjara 2 tahun ka die ni? Kesian. Patut lama tak dengar nyanyi sekarang. Sayang sayang sayang. Apa kes? Penjara apa bagus sangat nih. Sampai berat badan boleh naik dan kesihatan meningkat. Nak tau, baca sendiri.

Aku dulu tak berpeluang pun masuk penjara. Semangat dah ada, peluang dah dapat, tapi masa dan waktu tidak mengizinkan.



DIKEJUT PENCURI BOGEL
Bukan hanya wang yang dikebas tetapi seorang pencuri turut mengejutkan seorang remaja perempuan daripada tidur supaya melihatnya dalam keadaan berbogel

Pencuri zaman sekarang memang hebat. Mencuri saja tak macho, siap berbogel plak tuh. High-class punya pencuri nih. Orang nak tangkap pun malu, terpaksa tutup mata. Mudah la depa nak lari dan boloskan diri.



CARA BARU JEJAK DNA BABI
AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini.

Kecanggihan teknologi telah menyediakan satu lagi kemudahan dan memberi satu penyelesaian khususnya dalam isu halal/haram mengenai makanan/minuman kita seharian.Tahniah kepada pihak yang telah menjayakan projek ini. Kadang-kadang, logo halal sahaja tidak cukup. Lebih-lebih lagi logo halal yang ada sekarang pelbagai jenis, pastinya boleh mengelirukan kita sebagai pengguna.



ANTARA KEJURUTERAAN DAN PENULISAN
"Dalam masa setahun saya berjaya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 hanya melalui iklan-iklan yang dipamerkan di blog di samping pelbagai hadiah menarik daripada pihak pengiklan.

Blogging? Dapat duit? Mustahil? Tapi itulah kenyataan dan kebenaran hari ini. Bilalah agaknya kita akan menjadi seperti mereka yang telah berjaya dalam bidang ini. Semoga suatu hari kita pun sama daapt mengikut jejak langkah mereka, malah lebih berjaya.



KUASA WALI : PENENTU SAH/BATAL SESUATU PERKAHWINAN
Bakal pengantin perempuan perlu siasat waris ikut susunan sebelum akad nikah

Kepada saudari di luar sana sekalian terutama yang nak kahwin ataupun sedang dalam perancangan untuk kahwin, pastikan anda telah arif dalam isu ini. Kepada saudara pun sama, mana tahu bakal isteri anda atau pasangan anda nanti mempunyai masalah yang sama. Sama-sama kita kongsikan apa yang kita baca kepada rakan/saudara-mara terdekat yang menghadapi situasi/masalah seperti ini. Selamat membaca!


You may also like

15 comments:

  1. wah! mcm2 cerita ade! ko dpt mner?

    ReplyDelete
  2. hohoho
    ingat aliff aziz betul2 dipenjara
    hahahaha

    P/S : Anda Semua Dah Daftar Sebagai Pengundi?

    ReplyDelete
  3. adeh. ingtkan page suratkhabar tadi.
    hahaha.
    ;P

    ReplyDelete
  4. NICK IRFAN:
    Baca paper online je bro
    kongsi yg mana menarik perhatian dan orang perlu tau

    ReplyDelete
  5. hans:
    first time ak baca pun tertipu gak
    siyes, org surat khabar ni memang pro buat headline yg menarik perhatian utk baca

    ReplyDelete
  6. SZ:
    xde keje kan ari ni kat office, so baca paper online la
    tu buat entri nih, nak jadi penulis akhbar tak layak,haha

    ReplyDelete
  7. Bab nyamuk tu x boleh tahan...Gila..dah sampoai berat 1.5kg..

    ReplyDelete
  8. bidang bioteknologi negara makin maju. Alat2 seperti HaFYS patut diperbanyakkan. logo halal pon boleh diragui. syabas kpda pihak yg terlibat.

    ReplyDelete
  9. PEJUANG KESENIAN EXTREME:
    hah, yg tu memang susah sikit nak pikir logik
    sejuta pun jenuh nak bunuh

    ReplyDelete
  10. amirah:
    makin maju, tapi kurang bercambah
    harap lepas ni blh la implement ke sektor makanan dan industri

    pasal logo halal pun, masih banyak keraguan
    moga kita sbg pengguna sentiasa prihatin dan peka dgn isu halal haram ini

    ReplyDelete
  11. Faris:
    al-muhandisu sedap lagi
    lebih sarat, lebih padat dan berinformatif

    http://www.almuhandisu.com/

    ReplyDelete
  12. biasalah
    itu namanya tarikan
    contoh paling senang macam nih lah...

    ada 2 tajuk berita :-

    1) anjing gigit kanak2

    2) kanak2 gigit anjing

    kalau ko..ko prefer pada tajuk berita mana?

    kalau aku, aku lebih tertarik pada no 2 tu...

    P/S : Kadang - Kadang Perlu Ada Pertimbangan Dalam Merencana Percaturan Hidup

    ReplyDelete
  13. hans:
    haha, stuju2
    apapun kena kreatif cari tarikan
    tp isi yg nk disampaikan tetap no 1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...