TRAGEDI TOMYAM : 3 TERUNA KEMPUNAN

/
27 Comments

Pernahkah anda mengalami tragedi?
Mustahil kalau kalian jawab tidak pernah.
Mugkin tragedi yang kita alami tidak serupa, tetapi pastinya tragedi itu adalah sesuatu yang berlaku tanpa kehendak hati.


Apa itu tragedi?
Bukan hanya Tragedi Oktober, malah lebih dari itu.


Orang melayu kata:
TRAGEDI (trag├ędi)
1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa dll yg sedih: persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut;
2. peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan.


For those who cannot understad Malay, this entry is about Tragedy.
Orang putih kata:
TRAGEDY is a noun
(a) serious play, film, novel which ends sadly; Shakespeare's tragedy 'King Lear' is playing at the National Theatre
(b) very unhappy event; tragedy struck the family when the mother was killed in a car crash
(NOTE: plural is tragedies)

Tok pehe lagi ko?
nok mudoh mari kawe translate kot qlate k0 demo:
ore qlate oyak, tragedi tuh bendo hok kito toksey jadi tapi dio jadi. cotoh mudoh gak, srupo eksiden kat jale rayo ko, jatuh bleping atah tangga ko, reboh terak masuk lubey ko. ikut la gapo pong asal tinggal kesey kat kito supo sakit ko, malu ko atau pong sedih. kalu terketut depe ore rmai pong, buleh kato tragedi jugok tuh.

hoh, pehe doh?
kawe bobok kecek qlate plop doh, kih lamo tok make budu kalih


Kalau tak faham lagi apa itu istilah tragedi, marilah kita ikuti kisah di bawah yang di beri judul TRAGEDI TOMYAM : 3 TERUNA KEMPUNAN.


Al-kisah bermula bilamana 3 teruna pinggitan kelaparan di malam hari sekitar 800 malam waktu tempatan pada tanggal 21 Julain 2010. Mereka terdiri daripada pengembara, penskodeng, dan pemberita.

  • Pengembara : tiap-tiap kali hujung minggu, pastinya beliau mengembara ke destinasi tertentu dengan pelbagai urusan
  • Penskodeng : tiap-tiap kali ada masa lapang, pastinya ada tempat menarik dan indah jadi sasaran untuk diskodeng menggunakan lensa berkuasa tinggi
  • Pemberita : tiap-tiap hari takde kerja, ni lah kerja dia. Melaporkan eksiden-eksiden yang berlaku di persekitaran dan dicatat sebagai penglaman serta kenangan

Tempat tinggal Pengembara , Penskodeng dan Pemberita


Oleh kerana kelaparan, mereka terpaksa keluar membeli lauk-pauk untuk santapan malam bersama. Pengembara berasa letih dan tidak turut serta untuk keluar. Tetapi, Pengembara telah ditugaskan untuk memasak nasi. Penskodeng dan Pemberita keluar dalam usaha mencari sesuap juadah untuk dibawa pulang dan dinikmati beramai-ramai.


Pengembaraan bermula, Ara Kafe menjadi sasaran. Lantas, setibanya di lokasi, pesanan ringkas dibuat
  • tom yam ayam untuk 2 orang makan
  • telur mata 2 biji
  • kerabu mangga
Masa berlalu, semua menu yang dipesan sudah siap dimasak. Semuanya menelan belanja RM 16.80. Tanpa berlengah lagi, plastik berisi juadah yang dipesan diterpa dan dibawa keluar dari lokasi. Perjalanan pulang penuh kegembiraan, hanya menunggu saat untuk tiba di kediaman dan menikmati juadah bersama.


Parking kereta di kawasan kediaman mereka agar susah untuk didapati. Setelah berhempas pulas Penskodeng memulas stering dengan bantuan Pemberita merangkap selaku co-pilot, akhirnya mereka berjaya meloloskan NAN (bukan nama sebenar) ke tempat parking yang sewajarnya.


Pemberita membawa plastik berisi lauk-pauk untuk dibawa ke tempat kediaman. Penskodeng pula meluru laju ke hadapan, mungkin terlalu lapar agaknya. Pemberita hanya ikut sekaki berjalan cepat seperti lipas kudung. Tiba-tiba.............


biarlah gambar yang menceritakan apa sebenarnya berlaku pada malam itu.
sebak rasanya untuk mencoret tentang apa yang berlaku saat itu.


Tanpa segan silu dan pantas, Pemberita tunduk membongkok untuk mengambil saki-baki yang tinggal. Seraya berkata, Ya Allah....... (nasib baik tidak keluar benda yang tidak sepatutnya) sambil mengambil semula plastik yang tertinggal. Hatta, Pemberita mula cemas dan mula tersedar rupanya agak ramai umat manusia yang berada di gerai berdekatan sedang asyik menonton sebabak drama tanpa skrip tersebut. Pada masa yang sama, Penskodeng yang mendengar bunyi "plurppppp" yang agak syahdu itu lantas berpaling. Penskodeng menghampiri Pemberita dengan muka penuh kesedihan dan kehampaan ibarat mati bini. Arakian berkata, " Kenapa boleh jatuh?"


Pemberita terkedu seketika, terdiam, terbisu langsung tidak berbicara. Sambil mengeluh panjang, mula berfikir apa yang patut dilakukan. Akhirnya, Pemberita mengambil keputusan untuk menggantikan tomyam yang malang itu dengan apa-apa juadah yang berkuah di gerai berdekatan. Walaupun pada mulanya Penskodeng merasakan tidak perlu, tetapi atas dasar rasa bersalah Pemberita terhadap mereka, niat itu diteruskan dengan tindakan.


Terpaksa menebalkan muka memesan sup ayam untuk 2 orang makan daripada kakak tukang masak. Kebetulan, ada beberapa gadis di meja makan tersipu-sipu senyum kambing kepada Penskodeng dan Pemberita. Kemungkinan mereka geli hati dengan adegan tadi. Hakikatnya, begitu luluh hati pabila tomyam terlepas dari genggaman.


saki-baki yang tinggal dan berjaya diselamatkan


Sekitar di gerai kak Lily

Kakak tukang masak : Hawat, jatuh ka?

Abang banyak cakap : Hang tringat kat awek ke apo?

Pemberita : Tak de rezeki kot. Jatuh tu sebab nak suruh beli kat kedai akak la. Lama dah tak datang makan kat sini. Sebab tu kot.

Kakak tukang masak : Uish, kadang-kadang kena pi gak try tempat-tempat lain

Abang banyak cakap : Longkang tuh memang berhantu sikit. Bukan setakat tomyam dia telan, kadang-kadang budak-budak pun ramai yang jatuh kat kawasan tuh.

Semua : Gelak besar

Penskodeng : Kenapa bang?

Abang banyak cakap : Membongkarkan kisah seram.............



Makan malam tanpa perasaan

Makan malam diteruskan tanpa tomyam yang diidam-idamkan, 3 teruna kempunan.


Nasi putih yang diilhamkan oleh Pengembara



telur mata



kerabu mangga



tomyam setelah ditransformasi menjadi sup ayam



walaupun hanya sedikit yang tinggal, terubat juga kempunan 3 teruna


gerai kak Lily : berhadapan dengan tempat kejadian



tempat kejadian keesokan harinya
ke mana hilangnya tomyam kami?


Maka pada malam itu, dek kerna kempunan akan tomyam mereka telah bertekad untuk qada' balik tomyam untuk 2 orang makan itu kepada tomyam untuk 4 orang makan di lain masa.

Adakah hasrat mereka akan tercapai?
Adakah Pemberita bersalah dalam hal ini?
Adakah tindakan Pemberita itu betul pada dasarnya?



NILAI DAN PENGAJARAN
  • Rezeki
rezeki itu boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja sewaktu kita sedar ataupun tidak. Semuanya adalah keentuannya. Walaupun rezeki sudah berada di tangan, kita tetap masih boleh kehilangannya. Cuma waktu dan tempat yang membezakannya. Maka ucaplah Alhamdulillah setelah rezeki itu kita kecapi.

  • Berlapang dada
Dalam hal sedemikian, tiada guna menyalahkan diri ataupun orang lain. Masing-masing perlu faham keadaan dan benda yang terjadi. Pendekatan paling mudah adalah dengan cara berlapang dada dengan apa yang berlaku. Terima seadanya walaupun ia agak sukar.

  • Pengajaran
Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Pengajaran yang diberi akan mengigatkan kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain masa dan ketika.

TAMAT



You may also like

27 comments:

  1. patot laaarrrr..cian ke demo..

    ReplyDelete
  2. sedihnya...apa la pemberita ni, dok teringat siapa lak ...hehe

    to 3 teruna pinggitan, masakla tomyam...lau kempunan xgadoh p kedai akak lily

    ReplyDelete
  3. aloh la, sian nyo la ko teruna2 sekalian.

    hahaha.

    ReplyDelete
  4. senyum lebar saya sambil gelak2 kecil takut2 rumate kata saya mereng semasa membaca post anda.

    tapi pengajaran yang ditulis tu amat bermakna. Bila kita fikir2 balik hikmahnya, hati akan rasa lebih lega :)

    ReplyDelete
  5. hahhaa
    ingatkan makan nasi kosong jer
    rupa2nya macam2 ada

    Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

    ReplyDelete
  6. Wan Pai:
    sian ko housemate lg, kempunan mereka
    kawe xdop gapo
    malu dapat, frust pun dapat

    ReplyDelete
  7. amirah:
    pemberita tengah melagho kot
    nak masak takut tomyam jadi gulai plak,haha

    ReplyDelete
  8. SZ:
    kesian molek
    menangis tak berlagu, tp dalam hati la

    ReplyDelete
  9. norashikin rahmat:
    jgn gelak sorang-sorang, bahaya

    semoga lepas ni pegang plastik pun erat-erat
    bawa dalam baldi ke biar selamat

    ReplyDelete
  10. hans:
    alhamdulillah, rezeki tomyam takde, tapi rezeki lain masih ada

    ReplyDelete
  11. siannye...

    terkejut igt tragedi ape td..rupenye tragedi kemouanan ni..ala2 batu belah batu brtangkup..

    ReplyDelete
  12. Ummi Hanie:
    tragedi tomyam terhempas ke jalan tar di khalayak ramai
    bukan stakat kempunan, malu pun dapat

    ReplyDelete
  13. tragis sgt tragedi pok2 dio,.,.

    bkpo x tiok nyo.,.,



    tp plek jgk gi mano tomyam atah jale tu.,.,

    oram gilo makey kali...

    ReplyDelete
  14. wargghhh..memang kempunan. orang kata, kalau bukan rezeki kita, dah ada dalam mulut pun boleh terkeluar gak. wuu huhu

    ReplyDelete
  15. sup pun adek beradek tiri tomyam la tu awok weh ha3 ^_^

    ni rupo2nyo cerito ;p

    ReplyDelete
  16. cikTi:
    pergh, cikti sudah kembali
    welcome back :)
    bazir air mato jah nk tiok pasal tomyam sebungkus

    hok tuh hok plep, xtau pah mana tomyam
    kucing kot, x pun ......

    ReplyDelete
  17. ain fathihah:
    yup, betul tuh
    rezeki ada di mana-mana
    tetapi rezeki blh dtg dan pergi bila-bila masa

    ReplyDelete
  18. farhan ali:
    adek-bradek tiri ko?
    tp tomyam syok lagi
    hingga menjilat jari

    ReplyDelete
  19. hahahaha sian ko.. tu la namanya takdir mngkin ade rezeki ape2pun lain kai berhati2.. hehe

    ReplyDelete
  20. ini rupanya tragedi tu. nak wat guano, rezeki masing2 doh tu.

    ReplyDelete
  21. hans:
    beres bos
    di mana ada kemahuan, di situ ada highway

    ReplyDelete
  22. NICK IRFAN:
    rezeki dh ada, tp kureng bernasib bek
    len kali kena hati-hati
    moga jd pengajaran pada semua agar pegang plastik dgn berhemah

    ReplyDelete
  23. beliamuda:
    inilah kisah sebenarnya
    ada masa nk pi pekena tomyam kat kulim plop

    ReplyDelete
  24. eh! terlupa nk tnye ko? masa tom yam ko jtuh tu ko x minta ganti ke kat gerai tu balik?

    ReplyDelete
  25. NICK IRFAN:
    owh, nk mintak ganti camne bro
    dh nk smpai kat rumah pun
    beli kat restoran, area Sg Ara
    klu jatuh kat sana pun, blum tentu dpt ganti

    ReplyDelete
  26. gedaemelm
    [url=http://healthplusrx.com/ulcerative-colitis]ulcerative colitis[/url]
    Norzossyzesia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...