PEPATAH MELAYU VS PAPE ENTAH MODEN

/
25 Comments
Pepatah melayu tidak asing bagi kita. Sungguh indah bahasanya, begitu mendalam maksudnya. Tapi sayang, kewujudan pepatah melayu hari ini boleh dikatakan bagai melukut di tepi gantang. Kenapakah ini boleh berlaku dan siapakah wajar dipersalahkan?

Teori penulis menyatakan ada beberapa faktor ini semua boleh berlaku. Atas sebab penulis sendiri semakin melupakan pepatah melayu, sehingga perlu mengGOOGLE untuk kepastian bagi setiap perumpamaan dan pepatah melayu untuk dimuatkan di dalam entri ini, jadi seharusnya kita sama-sama mengingatkan kembali yang mana yang terlupa, dan membetulkan yang mana yang tersalah. Jelas sekali, ia semakin dilupakan dek kerna transformasi seiring globalisasi dan urbanisasi hari ini.

Antara faktor yang menyumbang ke arah melupakan pepatah melayu adalah:

Penggunaan yang tidak meluas
Hanya digunakan untuk lulus dan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu

Wujudnya bahasa moden dan asing yang lebih seronok digunakan
Kalau nak menasihat, lebih suka straight to the point
Contoh: Kau ni, ...........
Kalau nak marah, lebih suka guna ayat lagi power
Contoh : What the *#@& ; &^%# dan sebagainya

Globalisasi dan Urbanisasi
Kurangnya penggunaan bahasa melayu dalam komunikasi seharian

Persaingan dengan "Pape entah Moden"
Isu yang paling serius, bila kita dikaburi dengan "Pape entah Moden" (Pepatah moden) yang dimodified dari pepatah melayu yang asal. Penulis sendiri suka dengan "Pape entah Moden" ni kerana lebih lawak dan santai. Sesetengah modifikasi ada kebenarannya tetapi sesetengah jauh menyimpang dari maksud asal. Maka, ia patut dibendung utk mengelakkan rosaknya bahasa kita. Oleh itu, satu pendekatan telah diambil untuk perbetulkan "pape entah moden" kepada pepatah melayu yang asal.

Contoh:

  • "Pape entah moden" (Pepatah moden)
  • Pepatah melayu

  • TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
  • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa


  • BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!
  • bersatu kita teguh, bercerai kita roboh


  • SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!
  • kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


  • KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.
  • jika tiada angin, masakan pokok bergoyang


  • BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )
  • biar mati anak, jangan mati adat


  • BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUU
  • berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


  • KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH
  • kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi. Kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti


  • HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!
  • harapkan pagar, pagar makan padi


  • TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’
  • tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tergolek


  • HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….
  • hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri


  • KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….
  • Tiada rotan akar pun jadi


  • CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.
  • carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua


  • AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA TUUU…..
  • air dicincang tak akan putus


  • KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN
  • lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji


  • PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……
  • nasi tak dingin, pinggan tak retak. Orang tak ingin, kita tak hendak


  • TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!
  • takkan lari gunung dikejar


  • PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS
  • patah tumbuh hilang berganti


  • BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!
  • berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


  • SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.
  • sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua


  • KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.
  • kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati


  • KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY KAJANG!!!
  • kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang lalu. Dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu


  • KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT
  • kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga


  • KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI PANTAI….
  • kalau bimbang dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai

Amacam, hebat kan persaingan antara pepatah melayu dan "pape entah moden"? Sebab itulah, sedikit sebanyak penulis lupa akan pepatah melayu yang asal. Hanya beberapa pepatah melayu je yang segar di ingatan, itu pun atas bantuan Encik Karam Singh Walia kita yang tak jemu-jemu mempopularkannya dalam setiap liputan di kaca televisyen.


Lebih parah, takut-takut adik-adik di bangku sekolah, nak ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM mahupun STPM terkeliru yang mana satu boleh dipakai guna. Kalau guna "Pape entah moden" dalam menjawab peperiksaan, tak ke nanya cikgu nak tanda kertas. Konpem gelak tak kering gusi, ulang-alik pi tandas la jawabnya nak terkencing.


Artikel pepatah melayu khas untuk semua pelajar di Malaysia, UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Kepada akak-akak, abang-abang, pakcik dan makcik pun b0leh juga nak baca. Ingat, guna yang hitam, jangan guna yang merah!

Last but not least

Tidak relevan?
Point ni malas nak hurai, masing-masing ada alasan tersendiri. Selamat berfikir! Tapi bagi penulis, banyak lagi yang masih relevan. Harus ingat bahawa pepatah melayu itu cukup indah. Banyak lagi yang relevan untuk diguna pakai, maka usahlah kita pertikaikannya.


Semoga pepatah melayu akan kekal dan dapat diwarisi ke generasi seterusnya. Bak kata pepatah, biarlah ia "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan"




You may also like

25 comments:

  1. hahaa.. kelakar pun ade pape entah moden.. sekarang nih dah jarang la penggunaan pepatah melayu.. apa kata cuba buat dalam setiap entry ade satu pepatah melayu.. ^__^

    ReplyDelete
  2. hehe first first baca terasa lawak tapi lama-lama kesian pulak, nama aje nak martabatkan bahasa melayu , tapi hakikatnya tak pun .. :(


    http://bintangzither.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ☺[ai][sUmi]☺Chan:
    tq sudi singgah..
    nice idea!
    dalam perancangan nk buat entri base on pepatah melayu

    ReplyDelete
  4. Zither:
    yg merah tuh jumpa kat website kahkahkah, tp siyes lawak
    cuma tolong translate ke bentuk asal agar tidak terlupa

    ReplyDelete
  5. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya xmmasuk jgk sukan olimpik...hahaha yg ni wat saya gelakk...

    dh zaman moden pepatah pon moden dan mmg xleh pkai

    lagi 1 di mana ada kemahuan di situ ada highway...hehe

    ReplyDelete
  6. aduss....rosak bhsa...huhu

    kebetulan,td kami sume terpksa menghadiri satu program..bicarawara bahasa dgn prof bhsa...lupa lak nama dy..best jugak,cz duk dgr bhsa yg dia tuturkan..sgt terpelihara...Melayu asli..huhu

    kata beliau,bhsa Melayu makin rosak..mkin pupus...

    Jadi,agak2 smpai bila kita akan berjaya mengekalkan bhsa kita?..hmm~

    ReplyDelete
  7. klo kat us,bahasa standard dia evolve mengikut keluasan penggunaan..mana2 perkataan baru tapi majoriti yg guna akan dimasukkan dalam dictionary..BM kita tanak wat gitu kew?masukkan pepatah baru..huhu..

    ReplyDelete
  8. hahahaha
    nih kalau Karam Sign Walia baca memang nangis la weih
    hahaha


    p/s : Review Film : Inception Memang Terbaik! Aku Sangat Teruju! Kreatif!

    ReplyDelete
  9. tp kan aku pun lagi suka pepatah ntah moden tu lawak ekeke

    ReplyDelete
  10. bagus2 pendekatan n peringatan..huhu...
    p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
    ***Hit My Latest Update Here***

    ReplyDelete
  11. sakit perut aku dibuatnya dok gelak kt semua pepatah ape ape entah ni :(

    ReplyDelete
  12. amirah:
    pepatah moden ni la rmai yg duk guna skang

    di mana ada kemahuan di situ ada highway pun ada gak
    dari filem ADNAN SEMPIT

    ReplyDelete
  13. Bintun Sazali:
    bahasa jiwa bangsa :)

    thanks for sharing. so, jom sama-sama merakyatkan bahasa kita

    kita dpt kekalkan bahasa kita selagi kita mempertahankannya dan seringkali peka terhadapnya

    ReplyDelete
  14. Wan Pai:
    klau gitu, byk la istilah dari loghat qlate buleh masuk dlm dictionary.
    sebab penggunaan sungguh meluas, kat mana-mana negeri di msia ada jah ore qlate

    klau masukkan pepatah baru ni dlm kamus, pepatah lama konpem ore tok guna. Msia tak akan buat gitu kot

    ReplyDelete
  15. hans:
    konpem die terharu
    sekaligus dia masukkan entri aku kat rancangan ADUAN RAKYAT

    byk je bro pepatah baru, tp malas nk cari

    ReplyDelete
  16. Miss:
    yg moden mmg lawak, tp meaningless
    yg asli ada maksud yg mendalam
    ada yang baru, yang lama jgn dulupa

    ReplyDelete
  17. farhan ali:
    jgn guna hok tulisan merah ye cik anem :)

    ReplyDelete
  18. Faiz:
    sekadar berkongsi pendapat dan pengetahuan
    tq for the comment

    ReplyDelete
  19. Nazra~:
    tu pasal, kreatif betul sape yg reka
    nasib bek tak diiktiraf oleh DBP

    ReplyDelete
  20. hahaha.. pepatah aku blh masuk sini x?

    ReplyDelete
  21. SZ:
    boleh masuk, tp terlambat sikit je
    sepatutnya sbelum buat entri ni
    xpela, masukkan kat ruangan komen ni

    pape entah moden SZ:
    "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian jauh dari rumah"

    ReplyDelete
  22. hahaha hampeh la pepatah ko ni :D

    ReplyDelete
  23. papabear:
    pepatah yg hampeh tu diambil dari satu forum
    entri ni cuma nk bandingkan dgn pepatah yg sebetulnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...