KEPUTUSAN SPM

hari ini, 11 mac 2010 - dengan rasminya keputusan peperiksaan terbesar di malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan di seluruh negara. sudah pasti, debaran yang dirasakan oleh semua calon-calon SPM 2009 sampai ke tahap maksima pada hari kemuncak. bukan sekadar itu, pastinya ibu bapa dan kaum keluarga terdekat juga pasti merasakan debaran itu. debaran yg dirasakan pastinya lebih hebat jika hendak dibandingkan dgn saat peperiksaan diduki. kerna, pada hari keputusan diumumkan merupakan hari paling bersejarah utk menilai tahap pencapaian dan usaha yg ditabur selama pembelajaran selama 12 tahun di bangku sekolah.

pastinya, aku pun pernah mengalaminya. cuma, situasi aku menerima keputusan spm agak berbeza. tidak seperti kebanyakan orang, pengalaman aku boleh dikatakan lain dari yang lain. di kesempatan ini, malam yang sunyi ini, tiba-tiba teringat balik kisah aku bila keputusan spm diumumkan. lantas, aku mendapatkan laptop ini, mula meregangkan jari-jemari untuk meneruskan aksi menaip dan menghasilkan post ini. hanya sekadar berkongsi cerita, meluahkan rasa, mengimbas memori lama.

pejam celik, pejam celik, sudah 3 tahun lebih berlalu. menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup pada tahun 2006. waktu itu, rasanya cukup berdebar untuk menduduki peperiksaan dengan hilangnya satu sayap. namun, cuba gagahkan hati, bulatkan tekad. maka, peperiksaan SPM dilalui denga penuh iltizam. selesainya peperiksaan, temuduga dihadiri untuk melayakkan diri bagi kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS dengan keputusan percubaan di bawah skim pelajar cemerlang (SPC).

pada masa yg sama, keputusan utk peserta PLKN diumumkan. semangat berkobar-kobar utk menyahut seruan kerajaan, satu hasrat, satu tekad. sebelum berangkat, sempat membotakkan kepala, mengorbankan rambut yg sudah lama diternak sepanjang cuti selepas spm. tiada peluang utk melakukan kerja sambilan di mana-mana kerana ingin menghabiskan sisa-sisa masa bersama keluarga. namun, pada hari lapor diri, bus yg perlu berangkat ke kem sungai siput tiada permit. maka, jodoh dengan plkn terhalang.

dalam masa yg sama, surat tawaran kemasukan ke utp sampai. lantas, panggilan ke ibupejabat plkn dibuat utk menyatakan hasrat utk menarik diri secara bersebab. maka, bermulalah episod sebagai pelajar universiti pada januari 2007. rasanya unik, memasuki universiti sebelum keputusan spm yg sebenar diumumkan. namun, perlu berwaspada kerana peluang ini jugalah merupakan satu risiko. sesiapa yg tidak memenuhi syarat, keputusan sebenar tidak memenuhi kehendak yg telah digariskan bakal disingkirkan. alhamdulillah, semuanya selamat bila keputusan spm sebenar diumumkan.

sudah panjang bercerita, maklumlah nak lepas gian kerana lama tidak menaip dan hasilkan entri. maka inilah masanya. sebelum keputusan spm diumumkan pada mac 2007, ramai pelajar-pelajar yg pulang ke negeri masing-masing utk mendapatkan keputusan. namun, aku dan beberapa org rakan yg lain tidak merancang utk pulang. kami hanya menunggu keputusan di utp. tidak berkesempatan utk pulang dan tiada perancangan utk pulang. hakikatnya, kami telah terlepas satu peluang yg begitu bermakna dalam hidup bg setiap individu bergelar pelajar.

pada hari keputusan spm diumumkan, kami hanya menunggu telefon berdering dan menghasilkan bunyi beep menandakan sms masuk. penantian satu penyeksaan, sungguh tepat pada waktu itu. debaran yg dirasakan cukup hebat. denyutan jantung sungguh kencang. pengharapan di dalam hati tidak pernah putus. sehingga satu saat, panggilan telefon dari jauh kedengaran. sungguh berdebar saat itu. telefon digapai pantas, butang hijau ditekan.

"Tahniah, ..............." (perbualan yg agak panjang)

pada saat itu, rasanya umpama mimpi. mimpi selama ini menjadi realiti. harapan selama ini dipenuhi. janji sebelum ini tertunai. cukup puas rasa hati.

Alhamdulillah di atas segala nikmat yg telah dikurniakan. Itulah saat plg bersejarah. Walaupun pengalaman cukup berbeza dari kebanyakan org, namun pengalaman itu cukup manis. wlaupun tidak berpeluang menatap sekeping kertas putih berlabel huruf-huruf bernombor, namun berita dan perkhabaran melalui telefon cukup utk menjawab segala tanda-tanya selama ini.

perkhabaran kepada bonda tercinta tidak dilupa. walaupun jauh, hati tetap dekat. saat inilah yg ditunggu-tunggu selama ini. membawa perkhabaran gembira agar segala budi dan jasa beliau sedikit terbalas. dari riak suaranya, aku pasti beliau cukup gembira. semoga kejayaan hari itu, akan terus bersemadi di dalam jiwaku selamanya. semoga kejayaan itulah yg akan terus membakar semangat wajaku utk terus berusaha hari ini dan selamanya. pastinya, cabaran hari ini lebih berat jika hendak dibandingkan dengan 3 tahun dahulu. namun, aku percaya, dengan adanya usaha pasti semunya terlaksana. semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat juang yg tinggi. semoga setiap langkahku, usahaku sentiasa diberkati. amin!

_________________________________________________________

kejayaan lalu bukan penentu kejayaan hari ini
kegagalan lalu bukan penentu kegagalan hari ini
kejayaan hari ini bukan penentu kejayaan hari esok
kegagalan hari ini bukan penentu kegagalan hari esok

kegagalan dan kejayaan akan silih berganti
gagal sekali bukan bererti gagal selamanya
berjaya hari ini bukan bererti berjaya selamanya
kegagalan menjadi pmangkin untuk lebih berjaya
kejayaan menjadi pemangkin utk menjadi gagal
oleh itu, hidup perlu berani untuk gagal
tetapi perlu sentiasa bangkit utk berjaya!

_________________________________________________________

tahniah diucapkan kepada semua pelajar spm 2009 yg berjaya mendapat keputusan yg cemerlang. kepada yg kurang bernasib baik, semoga keputusan ini menjadi pemangkin untuk anda utk terus berusaha dan mencapai cita-cita. selamat maju jaya!

__________________________________________________________

tiba-tiba rasa rindu kat member2 sekolah lama, ex-MRSM JELI SPM 2006!
semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya
panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi
semoga sukses2 selalu
ALL THE BEST!

Post a Comment

8 Comments

  1. hihiihi..bila nak reunion ramai2?
    jum kita jmpa ramai2 if ada kesempatan okay??
    :)
    tahniah buat candidates 2009!

    ReplyDelete
  2. oh. hmm. spm tinggal sejarah. encik penaberkala, bila nak singgah teratak blog saya? sekarang dah cat hijau tau.

    ReplyDelete
  3. skrg ni masih di utp?
    semoga berjaya dlm ap kamu lakukan :)

    ReplyDelete
  4. hooo, rindu sama nasik lemak yang makcik kantin buat dulu.

    =(

    ReplyDelete
  5. atinmarzuki:buat la time cuti bln 6 ka..blh je,tp kena plan btul2..msg2 sibuk dh skang

    norashikin rahmat:sejarah yg tak mungkin berulang..haha,br je smpt singgah td..bertukar wajah nampak..nama pun tukar skali eh?

    amirah:
    thanx amirah..yup,msh di utp..

    nifi a.k.a beliamuda:
    haha,senasib la kita

    tirah watif:
    lol,byk2 benda kat skolah,nasi lemak die rindu,haha..nsb bek tak rindu pak gad skolah

    cikTi:
    biaso jah cikTi

    ReplyDelete
  6. encik pena, tak tuka pun..cuma tagline je tukar. macam letak tagline tu supaya life gets a lil fresher soul

    ReplyDelete