KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

/
28 Comments

tanpanya,

aku tiada di sini
tanpanya,
aku tidak akan bernyawa lagi
tanpanya,
aku tidak mampu untuk gagah berdiri
tanpanya,
sudah pasti aku sunyi
tanpanya
ke mana harus aku pergi?

penaberkala
Di kesempatan ini, dengan rasa berbesar hati inginku kongsi satu kisah tentang seorang insan yang padaku sungguh mulia. Insan yang telah banyak berkorban sepanjang hidupku. Kalau diberi kesempatan masa yang panjang sekalipun, tidak mampu untuk aku menyenaraikan kesemua pegorbanan dan jasa beliau selama ini. Setiap detik, pasti ada saja yang beliau lakukan untuk aku! Justeru, sedikit masa diambil sebagai tanda penghargaan khas buat beliau.


tanpanya,
aku tiada di sini

Sudah pasti, tanpa beliau aku tiada di sini. Tidak dapat menikmati kehidupan seperti hari ini. Tidak mendapat nikmat Islam dan Iman semudah ini. Beliaulah insan yang telah berkorban nyawa demi memberi aku nikmat kehidupan,
Alhamdulillah! Jerih payah selama ini demi membesarkan aku dari sekecil tapak tangan hingga sebesar hari ini tidak mampu kubalas.

tanpanya,
aku tidak akan bernyawa lagi

Tanpanya, pasti aku tidak bernyawa lagi. Seusia aku 3 tahun, kejadian yang mengerikan dalam hidup aku dan keluarga berlaku. Tanpa keberanian beliau, sudah tentu aku tiada lagi di bumi yang nyata ini. Begitu besar pengorbanan beliau untuk kusingkap di ruangan yang kerdil ini!

tanpanya,
aku tidak mampu untuk gagah berdiri

Susah untuk aku katakan aku berdiri hari ini tanpa sokongan beliau. Sejak dilahirkan, hingga ke saat ini, FINAL EXAMINATION JULY 2009, beliau sentiasa tetap di sisi. Walau terpisah jarak, namun kasihnya sungguh dekat di hati. Keprihatinan beliau cukup membuatku diriku bangga mempunyai insan ini dalam hidupku!

tanpanya,
sudah pasti aku sunyi

Tidak dapat kugambarkan kondisi diri ini tanpa beliau. Kehidupan berjauhan dengan beliau cukup mengajar aku erti kasih sayang yang sebenar. Perpisahan sementara yang ku lalui sepanjang hidupku ini sungguh mematangkan aku dengan erti kehidupan yang nyata. Cukup sudah kehilangan satu buat masa ini, izinkan aku terus bahagia di sampingnya. Ku pohon dikurniakan kesempatan untuk itu.Amin

tanpanya,
ke mana harus aku pergi?

Susah untuk dinyatakan. Perkara yang paling menakutkan. Apa yang aku
harap agar dapat ku tangkis perkara sebegini dalam benak fikiranku. Kurniakanlah daku kesempatan untuk berbakti kepada beliau. Semoga langkahku sentiasa direstui dan mendapat keberkatannya!

Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah bondaku yang tercinta SEBARIAH BT CHE KOB


di pagi Aidilfitri 2009

Hari ini, 12 NOVEMBER 2009, maka genaplah usia beliau 53 tahun. Tiada apa yang kuharap melainkan semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup!

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED MOTHER!
FAKTA
  • Seorang ibu yang tegas, garang dan penyayang
  • pandai memasak dan sangat suka buat kuih-muih dan kenduri makan-makan
  • makanan kegemaran : ikan terebuk
  • burger-pizza-sosej-kebab -> hanya menggeleng kepala
  • rajin bekerja dan tidak suka duduk saja
  • tidak suka anak-anak berahsia dengannya walaupun dalam kesusahan!
  • pelbagai pekerjaan diceburi demi keluarga dari pekerja kilang tembakau - petani - peniaga kantin - penoreh getah - latest -> terima tempahan kuih-muih, ketupat palas dan pulut untuk perkahwinan!
  • tahap pendidikan : peringkat rendah sahaja
  • kurang mahir dalam membaca dan menulis tetapi sungguh cekap dalam kira-mengira
  • apepun faktanya, aku sayang beliau amat sangat!
MEMORI
kalau study kat rumah, melebihi pukul 12 tengah malam, dari bangku sekolah rendah sampai ke masuk U, pasti segelas MILO AIS terhidang di atas meja. Begitulah sokongan padu beliau yang akan sentiasa aku ingat sampai bila-bila!
PERSOALAN
  • kenapa masih ada manusia di muka bumi yang tidak menghiraukan ibubapa mereka? Malah, ada yang sanggup menghalau dan menghantar ke rumah-rumah kebajikan?Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan daripada terjerumus ke lembah kederhakaan itu.
  • bagaimana untuk membahagiakan mereka kini, esok dan selamanya?
  • persoalan masa depan: mampukah kita berlaku adil terhadap pasangan (suami/isteri) dan orang tua kita? (pastinya ramai yang akan tewas di sini! semoga kita tidak begitu)
p/s: Tepuk dada, tanyalah hati dan galilah dengan akal. Sesiapa yang tidak lokek untuk berkongsi, idea dan buah fikiran anda amat dialu-alukan. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan!

"Kesusahan mengajar erti kesungguhan dan menghargai"



You may also like

28 comments:

  1. haih..ingatkn betul2 stop b4 exam, nak jgak post ek?haha~

    moga ur mom sntiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah selalu..

    ReplyDelete
  2. wanufara89:
    haha,tu pasal..tiba2 ada plak post baru arini..sekadar penghargaan buat insan tersayang

    amin..insyaAllah..harap2 begitulah!

    ReplyDelete
  3. happy birthday ibu!
    ibu kita sama birthdaylah encik penaberkala...

    ibu saye 50th la arini...

    ReplyDelete
  4. norashikin rahmat:
    owh,sama ke?
    happy birthday gak untuk ibu anda..
    sesungguhnya, kehidupan ini kadangkala penuh dengan kebetulan!
    kebetulan ibu kita punyai birthday yg sama,hak3

    btw, semoga mereka dipanjangkan umur dan sentiasa mendapat rahmatNya.amin

    ReplyDelete
  5. nifi a.k.a beliamuda:
    ada iras? ada la sikit2
    ke mana tumpahnya kuah klu tidak ke nasi

    ReplyDelete
  6. ade je kuah tumpah kat meja haha...

    selamat hari lahir! semoga panjang umo dang dimurah kang rezeki, sehat sokmo..aming.. :)

    hargailah insang yang tersayang selagi die masih ada..uhuu...

    ReplyDelete
  7. nape xupload pic masa mu graduasi kat mrsm. pic tu lawa. ada pic aku etek. hihihi......
    apepun, kita sbg anak selalu doakan semoga ibu kita dikurniakan tubuh badan yang sihat, dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki.
    sebesar mana gaji kita, sebanyak mana duit kita beri kepada dia, manakan sama dengan pengorbanan yang dia curahkan pada kita. pengorbanan seorang ibu tiada nilainya di dunia ini.
    Ape yang kita mampu, hanya panjatkan doa kepada yang Esa.

    *mek awal2 lg buat mkn sempena hr jd dia.

    ReplyDelete
  8. hargai dan sayangilah mereka sementara mereka masih di sisi...^__+

    ReplyDelete
  9. ELf:
    tumpah kat meja tuh nama die TEBU
    TEBUlah,hak3
    aih,loghat ganu dop abis2

    amin..
    thanx for the advice!

    ReplyDelete
  10. umidanish_papadamia:
    sampai gak kak ak kat sini,hak3
    btul2,semoga kita sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau!

    btw,comey lotey picture kat blog tuh!

    ReplyDelete
  11. cik madu:
    yup,absolutely..sokong 100% saranan tuh!
    semoga kita tidak menyesal di kemudian hari

    ReplyDelete
  12. 100/100 markah untuk this post!!!!

    ReplyDelete
  13. happy birthday to mak nuar,
    moga di panjang kan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, n sentiasa dirahmati ALLAH ST, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  14. Muhamad Faris:
    fuh,100% nah..tq
    sekadar mencoret rasa di hati

    ReplyDelete
  15. k e r e p e k t e m p e:
    tq :)
    tak mampu nk seneraikan semua,haha

    ReplyDelete
  16. sayangi ibu bapa kita sementara mrk masih ada.... nice post nuar..

    ReplyDelete
  17. nik:
    yup,btul2..ms ada ni la kena hargai mereka yg msh ada!
    timo kasih

    ReplyDelete
  18. pisey:
    nk milo ais?
    blh2..jemput dtg rmh,hak3

    ReplyDelete
  19. agak trlambat dh kot...
    pe2 pn, epy belated bday 2 ur mum...
    smge chat selalu....
    nk tnye,ketupat daun nyor ur mum buat dop??
    klu buat, bley nk g bljr..hehe

    ReplyDelete
  20. yana..=]:
    ketupat nasi tak rajin buat la plop..
    tak tau lah pandai ke tak..no komen
    tp ketupat palas tu,tiap2 taun la buat..

    aih,nape tiba2 nk blaja buat ketupat nasi (ketupat daun kelapa) ni? sape nk makan?
    jeng3

    ReplyDelete
  21. ooo..
    bru ak tau ketupat daun kelapa 2 org pnggil ketupat nasi..hehe..
    xdop bkpo...nmpk unik je anyaman ketupat 2..hehe..
    tp gak ketupat pulut pn xreti2 ag nk bungkus
    ..kua2..hehe

    ReplyDelete
  22. yana..=]:
    nama pun tak tau,ish3 yana
    bertuah bena sapo pandai wak ketupat zaman2 moden nih,hak3

    ReplyDelete
  23. terharu baca entry ni.. moga diberkati selalu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...