4 NOVEMBER 2008

satu sejarah telah tercipta, bilamana FIRC telah ditubuhkan dengan rasminya menerusi Annual General Meeting (AGM) yang pertama. Penubuhan disaksikan oleh Senior Manager of IRC, En Sabri Bin Abu Bakar, advisor of FIRC, En Muhamad Bin Md Haris, staf-staf IRC, legasi High Committe FIRC 2008/2009 (Abi, rifdi, izzati, hanis, ridwan), barisan Executive Committee dan barisan Committee.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai sejarah FIRC, sila layari:

4 NOVEMBER 2009

satu lagi sejarah telah tercipta bila kami warga FIRC 2009/2010 dan ALUMNI FIRC telah menyambut ANNIVERSARY untuk FIRC setelah genap setahun ditubuhkan.
Berikut, sedikit sebanyak gambaran suasana sekitar sambutan hari ulangtahun pertama.



*abaikan caption yang merapu*


PRANK vs ANNIVERSARY

Adegan PRANK dengan mengadakan MEETING TERGEMPAR or URGENT MEETING tidak lain tidak bukan untuk mengumpul semua ahli FIRC di bawah satu bumbung agar dapat disampaikan sedikit nasihat/teguran/motivasi dan katakata semangat! (kecuali isu emel! kandungan prank yang lain perlulah diasimilasikan untuk kehidupan anda selaku FIRC)

ANNIVERSARY diadakan secara kejutan semata-mata untuk meraikan ahli-ahli baru FIRC ke dalam keluarga FIRC. Semoga, tarikh 4 November 2009 ini akan terus menjadi titik tolak kepada segalanya dan akan dikenang sampai bila-bila.

AKU DAN FIRC

Aku bukanlah seperti pelajar-pelajar universiti yang lain yang aktif berpersatuan dan berorganisasi di kampus yang semestinya mempunya sifat kepimpinan yang tinggi dan berkaliber. Aku hanyalah seorang yang jahil tentang ilmu-ilmu kepimpinan.

FIRC merupakan satu-satunya organisasi yang aku sertai. Jadi, di sinilah aku pelajari sifat-sifat dan sikap-sikap kepimpinan daripada golongan yang lebih berpengalaman. Dulu boleh dikatakan aku nothing dalam hal-hal begini, tapi hari ini susah untuk aku berkata sedemikian kerana kini paling kurang aku telah mendapat sedikit sebanyak input yang sudah pasti tidak boleh didapati dari mana-mana buku ilmiah dan kuliah.

Terima kasih tidak terhingga kepada Atiah dan Azaruden selaku Executive Comittee untuk department Academic and Society kerana telah memberi peluang setahun yang lepas untuk aku terus menapak dalam FIRC hingga ke hari ini. Sesungguhnya, inilah peluang terbaik dalam hidup untuk mengenal erti "kepimpinan-kekeluargaan-kesetiaan-kerjasama"

FIRC

semoga peluang ini kita manfaatkan untuk belajar, menimba ilmu yang sepatutnya dan menimba pengalaman bekerja untuk satu pasukan! FIRC bukan sekadar untuk memenuhi kerusi kosong, bukan jua demi sekeping sijil tetapi lebih daripada itu. nasihat-menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama dan saling bertoleransi. bekerja sepasukan, susah bersama, senang bersama! bukan setakat pandai melaksanakan tugas, tetapi pandai bersosial dan berbudi.

ALUMNI

terima kasih di atas sokongan selama ini yang tidak pernah putus-putus. semoga perkongsian ilmu dan perkongsian pengalaman sentiasa memenuhi masa kita walaupun terpisah jarak. semoga legasi yang diwarisi oleh legasi lalu ini akan terus berdiri dan dapat diwariskan untuk generasi akan datang


4 NOVEMBER 2008 - 4 NOVEMBER 2009

"we gather, we share, we assist"