SILENT MODE

/
11 Comments

SILENT MODE

Nukilan: Penaberkala


Senyap
Diam
Bisu
Sunyi
Sepi
Ia sama tapi tidak serupa
berbeza mengikut suasana
pada aku,kau dan dia
pada kami, kamu dan mereka

Senyap
kerana malu kita senyap
kerana pilu kita senyap
kerana buntu kita senyap
dalam senyap tiada cakap
dalam senyap ada harap
bila senyap perlu cekap
jangan sampai menjadi lembap

Diam
bila mulut terkunci rapat
bila bibir melekat erat
bila suara terkunci ketat
bila fikiran buntu melarat
diam perlu walau sesaat
diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat
diam-diam diri sendiri,diam jangan sampai melarat

Bisu
insan bisu diam membisu
tiada kata walaupun satu
hanya senyuman mengisi waktu
insan normal akan membisu
kerna masalah datang beribu
pabila diri menjadi lesu
jangan sampai haru-biru

Sunyi
bila tiada yang bersuara
bila tiada yang berkata
bila tiada yang ketawa
bila tiada yang bersama
bila diam seribu bahasa
bila membisu seribu kata
suka menjadi duka
duka menjadi lara
sunyi menjadi raja

Sepi
senyap,diam,bisu dan sunyi
kombinasi utama menjadi sepi
bila sepi melanda diri
jangan terlalu berfantasi
berpijaklah pada paksi realiti

Senyap,diam,bisu,sunyi dan sepi
Ibarat lima bersaudara yang terpatri
memberi corak kehidupan yang asli
benarkah ia ada pada diri?
tanyalah hati jawablah sendiri


You may also like

11 comments:

  1. something to be expected from lefthanded.. just realized it.. hehe..

    ReplyDelete
  2. beliamuda:
    apakah maksudmu? haha..
    komen yg menimbulkan tanda tnya

    ReplyDelete
  3. oh, tersenyap-sunyi-diam-membisu lahh saye membaca post anda. memang sepi di sini.

    orang kata, malaikat lalu~
    tapi malaikat sentiasa ada dikiri kanan saya, tak pernah pula dunia ini begitu sepi. ajaib ya :)

    ReplyDelete
  4. wow...nukilan baru by nuar,
    hihihi... love to read your post :P

    ReplyDelete
  5. norashikin rahmat:
    btul2,klu sunyi tiba2,org kata malaikat lalu

    dunia ni tak pernah sepi kerna org2 disekeliling kita :)


    atinmarzuki:
    nukilan time cuti2
    tq atin

    ReplyDelete
  6. terkedu.
    aku suke nukilan ni!
    best~
    tibe2 tringin nak deklamasikan.
    time kat skolah dolu2.hehe

    ReplyDelete
  7. selipar besi:
    tenkiu
    slmat dtg ke page ni

    ReplyDelete
  8. shhhhhh... diam... hayati....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...