PANTUN TEKA-TEKI

/
14 Comments

indah sungguh rupamu puteri;
sampai hati tertarik sungguh;
kalau tuan bijak bestari;
apakah kecil,hitam,berpeluh?

budak-budak bermain kotak:
bermain kotak berkain pelikat;
dalam dunia banyak kotak;
kotak apa tidak terangkat?

pergi ke kedai membeli pajeri;
untuk santapan pihak rombongan;
dia hidup kita menyanyi;
dia mati bertepuk tangan.

sakitnya kaki tersepak batu;
sengalnya rasa tidak tertahan;
empat awek berpayung satu,
kenapa mereka tidak kebasahan?

asal hamba dari kelantan;
kelantan negeri aman bertuah;
dalam negara banyak jabatan;
jabatan apa tidak dirasuah?

************************
sudah lama rasanya tidak berpantun..dikesempatan ni,rasanya molek utk berpantun..
pantun dikarang bukan sembarangan.pantun dikarang dengan hajat..hajat utk kalian menjawab
sape2 yg rasa blh jwb tuh, sila2 la ye..best jugak main teka-teki ni...selamat mencuba!

kalau ada sumur di ladang;
boleh saya menumpang mandi;
kalau pantun ni sudah dipandang;
jawablah tunggu apa lagi




You may also like

14 comments:

  1. Pantun tuan hamba saya baca,
    Bacanya berjeda irama pantun,
    Sudah puas saya baca,
    Tak dapat pun nak fikir jawapan...

    ReplyDelete
  2. beliamuda:
    beliamuda mula berkarya
    karya asal bukan dicelup
    kalau tak dapat jawab semua
    jawab satupun dah cukup

    ReplyDelete
  3. penaberkala dan belia suka membaca,
    membaca mereka cerita si kancil,
    rasa dihati nk teka nom dua,
    kalo hati tak silap jwpnya kotak kecil,

    promote blog..hehe nice pantun penaberkala

    ReplyDelete
  4. kotak kecil berteka-teki
    sambil2 promote blog sendiri
    kotak kecil bkn jawapan dicari
    jangan segan mencuba lagi

    tq kotak kecil
    selamat dtg ke vb
    ak igt nik mano dh

    ReplyDelete
  5. jawapan ~
    1-smut hitam baru habis joging
    2-kotak penalti
    3-lilin time smbut birthday
    4-sbb hari tak hujan hoho
    5-bpr kot...haha

    ReplyDelete
  6. anak itik khusyuk berenang,
    anak lembu leka berbaring,
    yang pertama teramat senang,
    semut hitam sedang berjoging.

    pena berkala suka menyanyi,
    menyanyi bersama kekasih hati,
    kotak yang ditanya senang sekali,
    kotak penaltikah yang pena berkala kehendaki??


    anak berudu pandai menyelam,
    sekian wassalam..

    p?s:yg seterusnya bagi teman2 lain jawb...btol x??

    ReplyDelete
  7. hazwan arif:
    4 out of 5

    mata berkaca
    2 out of 2

    bila mata berkaca mula menjawab
    tentulah betul jwapan diberi
    tahniah beliau kerana menjawab
    hanya satu lg jawapan dikehendaki

    ReplyDelete
  8. heheh..
    tatau la saye.
    yang terakhir tu, mungkin, jabatan didik ikan kot.
    ngee ... :D

    ReplyDelete
  9. norashikin rahmat:
    ade ke jabatan didik ikan,hak3
    maybe jwpn ada byk yg logik
    tp jwpn yg dikehendaki lain sikit

    ReplyDelete
  10. ambo tertanya2 la nik mana tadi.. rupanya haniff empunya badan..

    ~payah pulok nok berpantun nih.. :P

    ReplyDelete
  11. tu la pasal,mat haniff ruponya
    mujur ado teka-teki kotak penalti
    mari jugok kotok kecil sini,hak3

    ReplyDelete
  12. kotak kecil masih kecill. xleh lwn vb..nama pom kotak kecil..hehe slalu jew jguk vb...tp xdey nk tegur...

    ReplyDelete
  13. hoh,silent reader jugok..
    sama la kito,ms mula2 dl penaberkala pun gitu jugok
    ore pun tak tahu ado vb nih
    en beliamuda yg mula2 menjajah vb,hak3
    credit to beliamuda, si blogger yg tegar!

    ReplyDelete
  14. JAWAPAN TEKA-TEKI

    (1)kecil+hitam+berpeluh = semut hitam baru balik jogging

    (2)kotak yg tidak terangkat = kotak penalti

    (3)hidup kita nyanyi + mati kita tepuk tgn = lilin atas kek birthday

    (4)4 aweks berpayung satu tidak kebasahan = sebab hari tidak hujan

    (5)jabatan yg tidak dirasuah = jabatan kaji cuaca (sape kan nk bg rasuah utk ubah ramalan cuaca)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...