Jangan bimbang, anda tidak tersalah blog. Ini bukan blog masakan, ini segmen kuih@visible voice bersama chef penaberkala.Post kali ni agak lain dari biasa..dh2 mengarut..actually,post kali ini pasal merungkai rahsia sebiji kuih yang sedap dimakan!

Sebelum meneruskan bacaan,anda dinasihatkan untuk list down jawapan anda terlebih dahulu. Kita tengok siapa yg tahu apa yg dia makan.Ini tak, makan tahu tapi nama tak tahu (cakap kat diri sendiri,klau ada yg terasa ok je). Sekadar perkongsian bg mereka yg masih tidak tahu. So, sila ambil tahu

Teka siapakah saya?


Rancangan ini dihangatkan lagi di status gtalk dan ym. Terima kasih kepada responden2 yg telah mengambil bahagian. Paling kurang, sedikit sebanyak anda tahu apa yang anda tak tahu. Dimaklumkan, ada yang siap buat research lagi pasal soalan ni. Ramai yg search di internet. Lantaran itu GOOGLE jugalah menjadi mangsa untuk talian hayat

Di bawah tertera jawapan yang diutarakan oleh responden bila status gtalk/ym berbunyi:

"sape tau apa nama kuih hijau yg ada kelapa kat bahagian atas?"

proses mencari jawapan di gtalk


proses mencari jawapan di ym


Rufaidah (coursemate)

"sebelum ni panggil kuih hijau je"

"apam puteri ayu" (setelah guna GOOGLE search engine)


Fatin (labmate)

"kuih lompang" - penang

"kasui"

antara scene yg sempat dirakam


rupa-rupanya, dia salah tafsir. Aku tanya kuih lain, dia gambarkan kuih lain. At last, letak gambar kat gtalk,dia baru sedar yg die bg nama untuk kuih lain

"seri ayu" (final answer)

die kata, mlm ni dia tahu 2 jenis kuih..erm,bagus2.tak sangka ramai gak yg tak tahu nama kuih ni..ingat ak sorang je


Wani (labmate)

"putu ayu" – Terengganu


Faiz PE

"seri ayu" – dengan penuh yakin dia cakap betul. Katanya berpengalaman sikit2 dlm fnb event


Amir Maliki (coursemate)

"hijau pak haji" – paling pelik nama kuih aku pernah dengar. Glad to know this kind of kuih

siap bagi link lagi. Tak percaya sila klik http://aisbird.com/QuickCart001/?kuih-muih,6

rasional – berbaju hijau dan berkopiah/berserban putih


Hanim (schoolmate)

"seri ayu" - dgn konfiden je dia jawab


Saufi EE

"suka makan kuih ni tapi tak tahu nama" - sama la kita,huhu


Abu Raihan

"kuih bako" -> tidak boleh dipercayai ni..dia ni ngarut sokmo,haha.suka melawak!


Yatie (Junior mrsm jeli)

"seri muka" -> salah sebab die tak clear tgk gambar kat ym.. setahu aku kuih ni ada dua lapisan iaitu pulut + bahagian manis kat atas tuh

"seri ayu" - at last,die cakap seri ayu yg btul


Hani and Aina (BIS)

"puteri mandi" –> kes tak tengok gambar ni,main hentam je mentang2 klue dia warna hijau + kelapa

last2, bila tgk gambar kat status, baru diakui kuih tu adalah "kuih tok haji serban",haha

tergelak aku menerima jawapan2 mereka. Herm,sekadar ingin mengetahui. Terima kasih sekali lg bagi mereka yg tidak lokek untuk melemparkan idea dan jawapan. At last the true answer ada banyak. Cuma hijau pak haji dan tok haji serban paling unik. Hari ini dalam sejarah bilamana aku dapat tahu kuih kat Malaysia ni ada nama yg unik seperti itu rupanya


Jawapan untuk teka kuih kali ini seperti berikut:
  • Apam seri ayu
  • Apam puteri ayu
  • Sari ayu
  • Seri ayu
  • Sri ayu

source: INTERNET – MR GOOGLE

Ada lagi ke nama dia selain dari yg disebut2 di atas? Anda tahu, anda jawab

:::::::::::::::::::::::::::::::

Thanx to all yg membantu. Akhirnya dpt gak aku tahu nama kuih ni. Setelah 20 tahun aku hidup, selalu gak makan kuih ni, namun hari ni la baru tahu namanya. Siapa kata "tak kenal maka tak cinta". Aku cinta elok2 je makan kuih ni wlau tak tahu nama,haha..Actually, aku nk tahu sgt nama kuih ni sebab nk gi tempah kat kafe, bukan suka-suka nak tahu. Tempahan utk makan pagi Sabtu ni, 10/10/2009 bagi seminar and training FIRC.

:::walau apapun namanya, ak tetap suka sebab ianya sungguh sedap!:::