Staycation di Royale Chulan Seremban

Staycation di Royale Chulan Seremban adalah salah satu plan terbaik untuk weekend getaway. Memandangkan jarak dari KL ke Seremban tak jauh sangat dan perjalanan hanya memakan masa lebih kurang satu jam lebih, jadi Seremban merupakan salah satu destinasi percutian terbaik di hujung minggu. 

Baru-baru ni, aku dan Team My Jejak Rasa ke Seremban untuk program jalan-jalan cari makan. Jadi, kitorang decide untuk stay di Royale Chulan Seremban. Actually, banyak tempat-tempat menarik di sekitar Seremban especially yang dekat dengan Royale Chulan Seremban. Nanti aku akan kongsikan senarai tempat menarik di Seremban dalam artikel seterusnya. Untuk kali ni, jom aku kongsikan tentang pengalaman staycation di Royale Chulan Seremban.


Hotel Royale Chulan Seremban merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang mempunyai lokasi strategik di tengah-tengah bandar Seremban. Hotel ini merupakan rangkaian hotel tempatan Malaysia yang diasaskan dan dimiliki oleh Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad. Antara rangkaian hotel mereka adalah Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Kuala Lumpur, Royal Chulan Cherating, Royal Chulan Penang dan Royale Chulan Hyde Park London. Wow, banyak jugak hotel dorang.


Jenis Bilik Di Royale Chulan Seremban


Dari segi bilik, Royale Chulan Seremban menawarkan sebanyak 345 bilik dan suite yang terdiri daripada Bilik Superior, Bilik Deluxe Triple Deluxe Room, Bilik Executive, Suite Executive, Suite Alcove, Suite Duplex dan Suite Singgahsana. Semua bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan asas dan perkhidmatan 24 jam sehari. 




Bilik yang aku stay ni adalah Executive Room. Dengan keluasan 35 meter persegi, bilik ni sangat luas dan selesa. Paling penting, kemudahan asas dalam bilik memang cukup lengkap. Aku paling suka bila ada workstation dan sofa. Ada port untuk buat kerja dan port untuk lepak santai minum teh/kopi sambil tengok TV.



Kalau korang nak minum teh, peralatan untuk bancuh air semua disediakan termasuk tea bag. Aku siap bawa Hot Chocolate lagi. Ada Water Kettle untuk rebus air panas. Kalau korang prefer minum air sejuk, jangan risau sebab korang boleh simpan air dalam peti ais mini yang diesediakan. 


Kalau nak iron baju, jangan risau. Setiap bilik dah ada disediakan iron berserta iron board. Dalam almari tu, memang semua ada termasuklah bath robe, sejadah, safebox dan hairdryer.


Paling aku excited bila tengok bilik air Executive Room ni sangat besar dan dilengkapi dengan bath tub. Barang nak jumpa bilik hotel yang ada bilik air besar dan bathtub macam ni. Hot shower pun ada. Aku paling suka dengan bath gel kat sini. Allahu bau dia semerbak harum. 


Untuk makan-makan pula, kalau korang tak nak makankat luar boleh makan di restoran hotel. Untuk breakfast, ada buffet yang menhidangkan aneka jenis juadah. Selain itu, korang juga boleh try menu Ala Carte di Restoran Asiatique, BBQ Buffet Dinner di Restoran Asiatique atau makan tengah hari di Restoran Han Pi Yuen yang menyajikan menu Cina Halal.



Kemudahan Lain Di Royale Chulan Seremban


Antara kemudahan lain yang menjadi tarikan utama Di Royale Chulan Seremban adalah swimming pool. Personally, aku rasa tempat ni sangat sesuai untuk family staycation. Swimming pool Di Royale Chulan Seremban ada 3 section iaitu kolam kanak-kanak, kolam dewasa dan jacuzzi. Kalau ada anak-anak, mesti seronok. Kami yang dewasa pun Seronok bila dapat mandi-manda di swimming pool yang besar dan dilengkapi dengan air terjun buatan. Memang feeling habis. Oh lagi satu, siap ada slide lagi. Terbaik!


Untuk korang yang mengamalkan gaya hidup sihat, jangan lupa bawa sports attire siap-siap. Nanti korang boleh exercise di gymnasium. Untuk korang yang plan nak buat kenduri kahwin, event atau gathering, pihak Royale Chulan Seremban jugs ada menawarkan perkhidmatan sewa bilik meeting, seminar dan ballroom. Grand Ballroom di sini mampu menampung sehingga 3200 standing guest.

Antara kemudahan lain yang ada di Royale Chulan Seremban adalah seperti berikut:
  1. Dry cleaning
  2. Laundry service
  3. Limousine counter
  4. Car rental
  5. Prayer Room/Surau for Male and Female
  6. Salon
  7. Prestige Clothier
  8. Twice Daily maid service
  9. Courier service
Kalau korang plan nak ke Seremban dan tak ada idea untuk menginap kat mana, aku cadangkan korang stay je di Royale Chulan Seremban. Memang puas hati, gerenti berbaloi. 

Alamat:
Jalan Dato’ A.S Dawood,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Websites:

Food & Beverage e-mail:
fbdept.rcs@royalechulan.com

Rooms Reservation e-mail:
reservation.rcs@royalechulan.com

Sales& Marketing e-mail: 
salesr.rcs@royalechulan.com

Post a Comment

0 Comments