Sustainability Hunt 2023 by Alam Flora telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Presint 5, Putrajaya. Alhamdulillah, untuk tahun ini aku berkesempatan untuk turut serta dalam Sustainability Hunt 2023 dan berpeluang menjadi salah seorang peserta untuk kategori blogger. Perasaan setiap kali dapat turut serta dalam acara Alam Flora memang teruja. Saban tahun, akan ada ilmu dan pengalaman baru yang dapat dikutip dan dibawa balik selepas event berlangsung sekaligus untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Jadi, di kesempatan ini aku nak berkongsi pengalaman aku tentang perjalanan sepanjang program Sustainability Hunt 2023 berlangsung.
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.
Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Anda akan diberi lima soalan Treasure Items tentang barang di rumah yang boleh dikitar semula. Markah akan diberi untuk jawapan dan barang yang dibawa adalah betul. Seterusnya anda perlu membuat transaksi dengan menjual barangan yang boleh di kitar semula di Buy Back Center. Peserta yang mendapat lebih daripada RM5 jumlah jualan akan mendapat mata tambahan.Ia adalah untuk mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran bahawa barang terpakai juga berhak mendapat peluang kedua bak kata pepatah lama ‘YOUR TRASH IS ANOTHER MAN’S TREASURE’.
Anda diberikan tugasan Projek Upcycling untuk memilih DUA barangan yang tidak digunakan lagi di rumah dan menggabungkan barangan tersebut secara kreatif untuk mencipta SATU barang baru yang pratikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Proses kreatif ini perlulah dirakam dalam bentuk video berdurasi maksima 1 minit dan dimuatnaik dalam Instagram (Reels) atau Tiktok, pada 23 Jun 2023.Objektif tugasan ini untuk mewujudkan kesedaran dan memberi idea mudah kepada orang ramai untuk memulakan 'upcycling' dari rumah dan bukannya terus
Salah 1 barang dari "Treasure Item' akan digunakan semula (upcycling) sebagai bekas tanaman. Bekas ini boleh digunakan beberapa kali sebagai tapak penanaman sebelum kita memindahkan anak benih ke pasu yang lebih besar, selepas 1 minggu. Tumbuhan untuk dipilih adalah pokok herba yang mudah dijaga dan boleh digunakan dalam masakan atau penggunaan harian seperti pudina dan daun selasih.Aktiviti ini menggalakkan kitar semula dan menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli tumbuhan herba setiap kali menggunakannya dan untuk menggalakkan gaya hidup sihat
Para peserta akan diberikan satu beg dan akan ditugaskan untuk mengasingkan barang-barang tersebut mengikut kategori kitar semula barang tersebut. Setiap jawapan yang betul akan mendapat mata, untuk dikumpul dalam jumlah mata keseluruhan.Tugasan ini ialah untuk memastikan peserta-peserta mempunyai pengetahuan tentang pengasingan sisa mengikut kategori dan mempraktikkan amalan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, botol plastik dan sampah makanan perlu diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang berbeza
Untuk tugasan ini, peserta perlu menjawab kuiz interaktif berkaitan soalan amalan kelestarian alam sekitar untuk mengetahui sejauh mana anda memahami maksud carbon foot print dalam berdasarkan gaya hidup. Soalan akan berdasarkan penggunaan tenaga, amalan kitar semula, tabiat semasa membeli-belah dan lain-lain.Pada penghujung kuiz ini nanti, peserta akan dapat mengetahui prestasi mereka sebagai JUARA KELESTARIAN atau BUKAN dan mereka harus menerapkan budaya kelestarian dalam kehidupan seharian!
@penaberkala ♬ A Time of Smile
@penaberkala ♬ Countless
@penaberkala ♬ Makeba
0 Comments