Review Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Akhirnya, filem yang dinanti-nantikan sejak tahun 2019 kini mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Setelah diperam selama lebih kurang 3 tahun kerana pandemik COVID yang melanda, akhirnya filem aksi ini akan menemui peminat di layar perak. Filem aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 2 Februari 2023.

Filem ini dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia (PMM) dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi "OPS HELANG" buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.

Filem yang diterbitkan oleh Flying Deals Sdn. Bhd dan Arie Zahari Production serta penerbit bersekutu dan edaran Metrowealth International Group (MIG) telah mendapat sokongan padu yang telah diberikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Dana Kandungan Marketing kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Coast Guard telah mempertaruhkan Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana serta beberapa pelakon lagenda Malaysia, Sabri Yunus sebagai barisan pelakon utama. Selain itu, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Illiyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah dan Joe Aziz turut sama membarisi filem ini.

Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi in juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.

Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malavsia dalam menggalas tanggungjawab, amanah sera perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM6 Juta Ringgit dan tidak termasuk nilai aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

Runut bunyi untuk filem Coast Malaysia Malaysia: Ops Helang yang berjudul Yes Sir adalah hasil dengangan duat oleh Zamani dan Ariff Peter. Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang bakal membelah lautan pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 2 Februari 2023!

Ulasan:

  1. Garapan filem yang mantap oleh pengarah dalam mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kepada masyarakat. Bila menonton filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang, aku baru tahu tentang bidang kuasa pihak APMM di Malaysia. Ingat sama macam Tentera Laut, tapi nyata ia sangat berbeza. Mereka memainkan peranan penting di perairan negara.
  2. Lakonan mantap daripada barisan pelakon utama tidak kira pelakon utama, watak antagonis mahupun watak tambahan. Lakonan para pelakon yang mantap menjadikan setiap babak dalam filem ini "hidup" dan tak kaku. Aksi lasak seperti pertarungan, tembak-menembak dan fighting sangat "impressive". Good job kepada semua pelakon.
  3. Plot twist yang "mind-blowing"! Jujurnya, aku tak letakkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Tapi bila tengok jalan cerita yang "fast-pace" dan "plot twist" yang menarik, aku rasa kagum. Perkembangan plot yang sangat menarik dan kesudahan cerita yang membuatkan aku rasa "mind-blowing".
Ini sekadar pandangan peribadi aku. Overall, aku suka dengan jalan cerita dan aksi dalam filem ini. Aku sangat berharap akan ada sambungan daripada filem ini. I'm really looking forward for next movie. Good job untuk semua barisan pelakon, pengarah dan crew Coast Guard Malaysia: Ops Helang kerana berani mengetengahkan sebuah naskah yang lain daripada filem Melayu yang ada.

Tajuk Filem:
COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Durasi: 
85 minit

Bahasa: 
Bahasa Melayu

Genre: 
Drama, Aksi

Klasifikasi: 
P13

Pengarah: 
Allahyarham Pitt Hanif

Pelakon: 
Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.

Penerbit: 
Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production

Edaran: 
Metrowealth International Group (MIG)

Sinopsis:
Filem Coast Guard in memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Mailis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Post a Comment

0 Comments