Cara Beli Katil dan Tilam dari Zinus Malaysia

Korang pernah dengar tentang Zinus? Untuk korang yang belum pernah dengar tentang Zinus, kalau nak tahu Zinus merupakan The World's #1 Online Mattress & Furniture Brand. Dulu kat oversea je ada, sekarang dah ada di Malaysia. Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, mulai sekarang kita semua dah boleh shopping katil atau tilam dari Zinus secara atas talian (online). Kalau tak puas hati nak beli online sebab tak boleh nak pegang, sentuh atau try, korang boleh terus ke showroom yang pertama dibuka di Malaysia iaitu di Zinus Puchong, Selangor. Nak dapatkan tidur yang nyenyak atas tilam yang empuk macam aku ni? Hah, jom aku share pengalaman aku sendiri ke Showroom Zinus Puchong, cara pilih tilam dan katil, perkhidmatan delivery service dari Zinus dan cara untuk pasang katil secara Do It Yourself (DIY).

Sebelum sambung cerita tentang katil dan tilam baru dari Zinus, aku nak throwback sikit. Aku ingat lagi, masa mula-mula nak pindah rumah baru awal Januari 2021. Pening juga lah time tu nak cari kedai perabot yang jual katil dan tilam pada harga yang mampu milik tetapi berkualiti dan selesa. Memandangkan time ni pergerakan agak terhad sebab lockdown (PKP), jadi terpaksalah pergi ke kedai perabot yang berdekatan. Nak tak nak, memang kena beli sebab masa tu dah hujung tahun 2020. Awal Januari 2021 dah nak kena keluar dari rumah sewa dan pindah ke rumah baru. Bayangkan, nak masuk rumah baru dengan segala benda nak kena beli. Allahu, tuhan saja yang tahu! Pejam mata dan beli je apa yang perlu time tu. Duit mengalir laju macam air terjun. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Finally, dapat juga pindah ke rumah sendiri.

Memandangkan bilik tetamu aku beli tilam dan katil biasa-biasa je sekadar buat syarat. Kalau ikutkan hati, memang tak nak beli lagi sebab tak cukup bajet nak beli yang betul-betul puas hati. Sebab itu lah aku dah tekad. Kalau ada rezeki lebih, aku nak tukar katil dan tilam baru yang lebih baik di bilik tetamu. Ye lah, mudah kalau family dari Kelantan nak datang, selesa sikit nak tidur. Bukan apa, bilik tetamu ni penting just in case ada family, saudara-mara ataupun kawan-kawan yang nak datang singgah bermalam. Master bedroom memang dah beli tilam dan katil yang okey, cuma untuk bilik tetamu tak cukup bajet nak beli yang berkualiti time tu. Finally, bila nampak Zinus dah masuk Malaysia dan dah buka showroom yang pertama dan satu-satunya showroom Zinus di Malaysia buat masa ni, aku adalah orang yang teruja. Tengok kat website tapi tak puas hati, terus ke Showroom Zinus di Puchong. 

Untuk korang yang masih tertanya-tanya, showroom Zinus kat mana? Nah, korang boleh waze je Zinus Puchong. Zinus Showroom ni terletak betul-betul bertentangan dengan IOI Puchong. Untuk korang yang di Klang Valley atau kawasan berdekatan, boleh terus ke showroom. Untuk korang yang berada di negeri-negeri lain, boleh je order online di website Zinus.

Zinus Showroom
No 1-1, Jalan Merbah 1, 
Jalan Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 10am-8pm
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 12pm-8pm

Khidmat Pelanggan: 
011 3129 9882

Website:


Bila sampai je di showroom, terus excited bila tengok macam-macam jenis tilam dan katil ada. Fuh, mabuk sekejap nak pilih yang mana satu. Bila try duduk dan try pegang, makin keliru nak pilih yang mana. Lebih sejam juga aku duk tawaf dalam showroom tu. Aduh, susah juga nak buat pilihan. Padahal nak order katil dan tilam je. Alang-alang aku dah pernah sampai di showroom Zinus, aku nak share beberapa tips dan pengalaman aku sendiri untuk rujukan korang semua. Just in case ada yang tengah plan nak cari katil dan tilam di Zinus. Mudah sikit nak buat pilihan dengan cepat dan beli di kemudian hari.


First sekali, korang kena pilih nak beli tilam mana satu. Untuk Zinus, ada 2 pilihan iaitu tilam jenis Memory Foam ataupun Spring/Hybrid. Mesti korang nak tahu apa beza tilam jenis Memory Foam dengan Hybrid/Sprin kan? Okey, jenis tilam ni berbeza kerana meterials yang digunakan untuk buat tilam. Fungsi tilam pun berbeza ikut keperluan pengguna. Jadi, make sure korang dah kenalpasti apa masalah korang sebelum buat pilihan. Kalau ada masalah sakit sendi atau suka tidur mengiring, korang disarankan untuk pilih tilam jenis memory foam. Kalau ada masalah sakit belakang, suka tidur terlentang atau suka yang ada spring, boleh pilih tilam jenis Hybrid/Spring.


Memory Foam
  • Good for Joint pain relief, Side sleepers, Couples, Swaddled feel Support
  • A more cushioned feel that surrounds the body with excellent pressure relief for back and joints
Hybrid/Spring
  • Good for Back pain relief, Back sleepers, Hot sleepers, Bouncy feel Support
  • A firmer foundation support system with enveloping, contoured comfort, and motion isolation.

Tilam pulak ada 4 size iaitu Single, Super Single, Queen dan King. Settle pilih tilam, boleh proceed dengan pilihan katil. Zinus menawarkan pelbagai jenis design katil dan platform. Sama juga dengan tilam, ada 4 pilihan size katil iaitu Single, Super Single, Queen dan King. Design dan warna rangka katil tu korang boleh pilih sendiri mengikut keselesaan dan preference masing-masing. Nak jenis kayu atau besi, semua ada. Paling penting, semua rangka katil dan platform kat sini berkonsepkan pasang sendiri (DIY).


Dah sette test semua tilam dan katil, dah buat pilihan nak beli yang mana, korang boleh proceed order di website. Mudah je, pilih tilam dan katil yang korang berkenan dan terus order. Kalau korang ke showroom, korang boleh terus scan QR code di tilam atau katil yang ada untuk terus ke website dan order. Mudah kan? Oh lagi satu, kalau korang nak beli tilam atau katil atau kedua-duanya, jangan lupa guna promo code MK25 untuk dapatkan diskaun tambahan sebanyak 25%. Banyak jimat tu! Jangan lupa share dengan family, sanak-saudara dan kawan-kawan korang yang tengah struggle mencari katil dan tilam berkualiti pada harga mampu milik. Aku dah dapat tilam dan katil pilihan. Nak tengok tilam dan katil mana yang menjadi pilihan aku? Jom, check it out!


Apa yang aku paling suka dengan Zinus adalah konsep unik packaging tilam dan katil dalam kotak yang kecil. Bayangkan, tilam Queen yang aku order besar dan tebal. Tapi, bila sampai di depan rumah, satu kotak kecil je. Zinus guna konsep "compression packaging". Tilam tu just gulung. Dah unboxing nanti, boleh buka plastik dan tilam akan mengembang sendiri. Memang sangat user-friendly.

Rangka katil (bedframe) pun sama, ia dibungkus rapi dalam kotak yang sangat mudah untuk diangkat. Pendek kata, memang memudahkan urusan logistik untuk penghantaran terutama sekali ke unit-unit rumah bertingkat macam aku duduk sekarang. Tak perlu upah orang tolong angkat, just bawa atas troli guna lift pun dah settle. Lagi satu, proses penghantaran dari pihak Zinus pun cepat. Penghantaran kebiasaannya hanya mengambil masa dalam 3-7 hari bekerja.


Mula-mula unboxing rangka katil (bedframe) tu cuak juga. Mampu ke ni nak pasang sorang-sorang? Macam banyak je komponen katil yang nak kena sambung. Tapi, percayalah! Katil pasang sendiri (DIY) dari Zinus ni sangat mudah untuk dipasang. Semua skru disusun dan dilabel dengan sistematik. Paling aku excited bila tengok allen key special dari Zinus, memang lain dari yang lain. Memang senang nak guna, paling penting jimat masa dan tenaga.


Actually, katil Zinus ni boleh siap dipasang dengan lagi cepat kalau pasang 2 orang. Memandangkan aku pasang sorang, jadi lencun juga lah. Nasib baik perasaan excited nak pasang katil baru melebihi dari rasa penat, hahahahaha. Apa yang aku perasan, katil Zinus mudah dipasang kerana dah siap dilabel mengikut nombor dan turutan. Setiap sambungan mudah untuk dipadankan dan dipasang mengikut turutan. Tak sangka, aku berjaya siapkan DIY pasang katil sendiri. Mission accomplished! 


Dalam banyak-banyak katil yang ada di Zinus, aku decide untuk order Christina Upholstered Platform Bed Frame. Ada 2 features paling menarik yang ada pada katil ni yang aku suka. Pertama, ada platform di kepala katil yang boleh aku letak apa-apa koleksi peribadi termasuklah buku, diffuser dan lain-lain. Ke-dua, kayu pelapik tilam yang guna konsep penampal macam pelekat kasut tu. Memang awesome! Paling penting, ternyata bedframe dari Zinus dicipta untuk memudahkan urusan pemasangan sendiri oleh pembeli.


Untuk tilam pula, aku decide untuk order Green Tea Memory Foam Mattress. Memandangkan tilam di bilik master bedroom aku dah beli yang jenis spring, jadi kali ini untuk bilik tetamu aku decide untuk pilih memory foam. At least, kalau rasa nak tukar angin, boleh check-in bilik tetamu dan tidur atas tilam memory foam, hahahaha. Jujurnya, aku suka materials jenis memory foam. Ada beberapa biji bantal kat rumah memang dari jenis memory foam. Finally, kali ni cukup lengkap dengan set tilam sekali. Kat sini aku selitkan sekali serba-sedikit info berkaitan dengan Green Tea Memory Foam dan Christina Upholstered Platform Bed Frame.

Green Tea Memory Foam

Green Tea
All-natural green tea helps keep the mattress feeling fresh night after night

Pressure Relief - Level 6 Firmness
Conforming support aligns spine and relaxes joints to ease aches and pains

Smartly Shipped
Use smart technology to compress and roll the mattresses into one box

10 Year Warranty
This item is protected by a 10 year limited warranty.

CertiPUR US Certified
All the mattresses went through a series of stringent quality control stages and all mattresses are certified by CertiPur-US

Christina Upholstered Platform Bed Frame

Easy-To-Clean Upholstery
Upholstery is easily spot cleaned with soap, water, and a clean cloth

No Box Spring Needed
Rest any mattress directly on top of sturdy and reliable slats for optimal support

Smartly Shipped
Efficiently pack and ship furniture in one compact, easy-to-maneuver box

5 Year Warranty
This item is protected by a 5 year limited warranty

Btw, aku ada share video pengalaman aku sendiri ke showroom Zinus dan proses unboxing di TikTok. Korang boleh tengok kalau ada perancangan nak beli tilam dan katil dari Zinus. Semoga bermanfaat!

@penaberkala Yeah, dah settle DIY pasang tilam dan katil untuk bilik tetamu. #IniStyleKita #ZinusMalaysia #zinusmattress #zinusbedframe #TeamUSATryout ♬ AIN'T GONNA STOP - Carol Kay

 

@penaberkala Kalau penat sangat, antara MAKAN dan TIDUR, aku pilih TIDUR. Korang macam mana? #IniStyleKita #ZinusMalaysia #ZinusMattress #ZinusBedFrame #HomeDeco ♬ Past Lives - Martin Arteta & creamy & 11:11 Music Group


Nak dapatkan diskaun 25%

Jangan lupa guna kod MK25 

Post a Comment

0 Comments