Majlis Konvokesyen & Ulangtahun ke-15 Akademi Diyana

Majlis Konvokesyen dan Ulangtahun ke-15 Akademi Diyana telah diadakan dengan penuh jayanya di Crystall Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 11 Jun 2022 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang diraikan dan dianggarkan lebih kurang 100 orang. Siapa sangka kan, Akademi Kecantikan seperti Akademi Diyana pun berjaya mengadakan mengadakan majlis konvokesyen yang sangat gah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti. Jadi, kalau anda di luar sana ada yang berminat dalam bidang kecantikan, bolehlah turut serta untuk daftarkan diri sebagai peserta dalam Akademi Diyana yang terbuka kepada semua tak kira bangsa dan agama. 


Akademi Diyana (AD) ialah akademi kecantikan berdaftar dengan akreditasi Pusat Latihan Kemahiran Kecantikan Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (PK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Akademi ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan telah berjaya melatih dan meningkatkan kemahiran ramai pelajar yang mempunyai banyak potensi dalam industri kecantikan. Ramai yang telah layak mendapat Sijl kemahiran Malaysia (SKM).


Tambahan pula, Akademi Diyana telah dipilih oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membantu mereka yang lemah dari segi kewangan. Dengan kepercayaan yang diberikan, Akademi Diyana sangat dinamik dan berupaya dalam meningkatkan lagi ekonomi masyarakat dan negara bagi mengatasi kekurangan kakitangan kecantikan terlatih dalam pelbagai industri. Akademi Diyana telah berjaya mengembangkan kepakaran mereka secara global ke Indonesia, Singapura dan Brunei dalam usaha mereka untuk menjadikan Akademi Diyana meraih kejayaan yang luar biasa.


MISI

  1. Mewujudkan lebih ramai usahawan, terutamanya sebagai jurusolek, estetika, pendandan rambut profesional, pemilik spa dan jurusolek profesional dengan sijil untuk bekerja dalam bidang yang betul.
  2. Mendidik dan melatih generasi akan datang sebagai pakar dalam pelbagai industri
  3. Menawarkan platform bagi semua kemahiran yang diperlukan untuk melengkapkan pelajar kami dengan kepakaran yang menjadikan mereka gelaran Artis Solek Profesional, Juru Urut dan Penggaya Rambut
  4. Berikan mereka asas yang kukuh untuk membolehkan mereka berkembang maju dan makmur dalam mana-mana jawatan yang mereka patut pilih untuk terlibat sebagai pakar kecantikan
  5. Kurniakan pelajar kami dengan profesionalisme, perniagaan dan etika pengurusan dalam industri Kecantikan
  6. Tetapkan graduan pada laluan mereka untuk berjaya kerana mereka menamatkan kursus mereka dengan mengetahui dengan bai bahawa mereka sangat diminati
  7. Pastikan pelajar kami mencapai potensi tertinggi mereka dan memaksimumkan penggunaan apa yang dipelajari


VISI

Untuk menubuhkan Kolej Kecantikan di mana setiap pelajar akan dinaik taraf untuk menerima sijil yang setara dengan kedudukan Sijil Profesional, Diploma, ljazah dan Sarjana dalam Pengurusan Kecantikan & Keusahawanan. Setiap pelajar berpeluang menjadi pakar yang mahir di peringkat tempatan dan global. Setiap tenaga pengajar juga diberi peluang untuk membuka cawangan di bawah seliaan ibu pejabat.


OBJEKTIF

  1. Berikan kemahiran terbaik dengan bayaran yang berpatutan
  2. Pilih pelajar dengan kurikulum terbaik yang memenuhi skop semasa keperluan industri
  3. Membentuk pelajar menjadi yang terbaik dalam potensi mereka mengikut kemampuan terbaik mereka
  4. Bagi mereka yang tidak cenderung dari segi akademik, bentuk mereka menjadi pakar yang mahir dengan keusahawanan untuk membolehkan mereka menubuhkan perniagaan kecantikan sendiri
  5. Berusaha untuk berkembang lebih jauh untuk dinaik taraf menjadi Kolej/Universiti Kecantikan bertaraf global untuk dapat menawarkan pakar kecantikan terbaik dalam semua kategori dalam semua industri, termasuk dalam bidang akademik
  6. Menjadi akademi kecantikan berasaskan Bumiputera yang paling kompetitif dalam industri kecantikan yang sentiasa berubah dalam kehendak, keperluan dan dinamiknya

MENGAPA PENTINGNYA SIJIL SKM?

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sangat penting dalam menaik taraf seseorang individu dalam bidang Kemahiran Kecantikan yang mengikut standard pembelajaran dan peluang pekerjaan yang mengikut permintaan industri. Selain itu, ia mendapat Pengikrafan Kementerian Malaysia & Antarabangsa.


Di Akademi Diana, mereka membuka peluang belajar kemahiran Kecantikkan, Aestetik dan Dandanan Rambut kepada remaja yang berumur 16 tahun ke atas. Paling menarik, mereka menerima pelajar seawal 12 tahun dari pelbagai golongan seperti anak kurang upaya(OKU), ADHD serta Remaja bermasalah dalam pelajaran akademik. Mereka ingin Ibu bapa diluar sana lebih terbuka bahawa di Akademi Diyana, golongan anak istimewa ini dapat belajar bidang kecantikan supaya mereka tidak disisihkan dan boleh berdikari.


Pihak Akademi Diyana percaya tiada akademik bukan bermaksud mereka tidak boleh berjaya dan tiada masa depan. Kini Akademi Diyana sedang bekerjasama dengan SME CORP, HRD CORP, JPK dan PERKESO bagi membuka peluang kepada usahawan baru, peniaga yang terdiri dari golongan B40/M40, ibu tunggal, asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja semasa pendemik Covid 19 berumur 18 tahun ke atas untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek bagi membantu golongan ini untuk menjana pendapatan sendiri. Akademi Diyana akan melatih mereka dari segi kemahiran, permulaan perniagaan dan juga cara pemasaran produk/perkhidmatan. Akademi Diyana mensasarkan pembelajaran jangka pendek seluruh negeri bagi memberi peluang kepada semua golongan ini tidak kira jauh atau mahupun dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka.


Seterusnya, Akademi Diyana akan membuka peluang kepada peniaga dan usahawan baru untuk menyertai bengkel pengurusan kewangan, pengisian sistem fail, akaun seta pengisytiharan cukai Lembaga Hasil Dalam Neger. Ini kerana ramai usahawan baru dan peniaga tidak terdedah dengan kepentingan pengurusan pendapatan kewangan syarikat mereka.

Bagi golongan belia lepasan sekolah, kolej dan universiti, Akademi Diyana juga ada menyediakan bengkel persiapan kendiri untuk menghadapi temuduga pekerjaan. Ramai anak muda sekarang tidak terbuka dengan nilai etika temuduga kerja. Oleh itu. Akademi Diyana ingin membantu golongan ini untuk bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temuduga dengan yakin dan beretika. Ramai pelajar lepasan siswazah kurang keyakinan diri dan masih menganggur kerana gagal dalam temuduga kerja. Dalam bengkel ini, Akademi Diyana akan mengajar mereka cara berpakaian serta solekan yang betul dan sesuai untuk sesi temuduga, persiapan sebelum temuduga, adab tertib dan bahasa badan, cara bertutur juga latihan menjawab soalan dalam sessi temuduga. Ini adalah salah satu inisiatif pihak Akademi Diyana untuk melihat wanita belia bangkit "Bekerjaya Cantik Bergaya".


Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Divana, bolehlah hubungi 012-3009037 / 017-3309063 dan ikuti perkembangan terkini mereka di laman instagram @akademidiyana

Post a Comment

0 Comments