Restoran Chinese Muslim Bangsar: Chopsticks by Muhammad Oon

Siapa sini suka makan makanan Chinese Muslim? Jujurnya, memang susah nak cari restoran Chinese Muslim yang menyajikan menu-menu yang best especially di Kuala Lumpur. Dulu pernah juga pergi makan di area KLIA. Tapi, jauh pulak nak pergi. Finally, jumpa juga satu restoran Chinese Muslim di Bangsar. Nak tahu kat mana? Korang boleh je waze Restoran Chopsticks by Muhammad Oon, Bangsar. Sekarang Chopsticks dah ada tiga (3) cawangan iaitu di Bangsar, TTDI dan Sri Hartamas. So guys, kalau korang teringin nak try sendiri keenakan juadah di Chopsticks, boleh singgah di mana-mana cawangan yang berdekatan. Nak order online untuk delivery pun boleh.


Hidangan yang ditawarkan di Chopsticks berasal daripada menu tradisi kulinari selera Cina Malaysia. Chopsticks menawarkan pilihan istimewa kepada umat Islam Malaysia untuk menikmati resipi tradisional bangsa Cina Malaysia yang original dan unik. Jadi, kalau korang memang suka makan makanan Cina Muslim, memang patut try sendiri makan di Chopsticks. Mana tahu ada yang nak tukar selera sempena bulan Ramadan kali ni. Boleh juga try berbuka puasa dengan menu-menu istimewa sempena Ramadan di Chopsticks by Muhammad Oon.

Lokasi:
Chopsticks by Muhammad Oon
40, Jalan Kemuja, Bangsar,
59000 Kuala Lumpur


Sempena Ramadan, Chopsticks by Muhammad Oon menawarkan set istimewa sempena Ramadan yang boleh dinikmati bersama keluarga atau sahabat handai. Actually, untuk hidangan berbuka puasa, korang boleh pilih set untuk 2 paxs, 4 paxs atau 6 paxs. Kalau tak nak order set, korang juga boleh order menu ala carte. Apa yang istimewa di Chopsticks by Muhammad Oon ni, terdapat lebih daripada100 jenis menu hidangan tradisional Cina yang korang boleh order dan cuba. Paling penting, setiap hidangan mempunyai rasa yang memenuhi selera semua lapisan masyarakat. Lagi best, boleh dapatkan sehingga 20% diskaun. Jom, aku kongsikan antara hidangan yang ada sempena bulan Ramadan tahun ini di Chopsticks by Muhammad Oon.


Antara menu menarik yang boleh dicuba adalah hidangan pembuka selera iaitu  "Ayam Goreng Lobak dengan Tauhu" atau "Otak-otak". Pelbagai hidangan ala-carte daripada makanan laut boleh dicuba. Semua menu yang ditawarkan datangnya daripada resipi unik dan asli oleh chef di Chopsticks by Muhammad Oon. Antaranya adalah “Signature Ikan Kukus Nyonya”, “Sotong Telur Masin”, “Udang Oat Nestum” dan “Kam Heong Lala”.

Tak suka makan seafood?  Jangan risau, menu-menu lain pun banyak lagi yang korang boleh cuba. Antaranya "Ayam Masam Manis" dan "Daging Lembu Bawang Halia".


Untuk sayur pula, korang boleh cuba order "Baby Kailan dengan Bawang Putih", "Kangkung Belacan", "Taugeh dengan Ikan Masin" dan boleh dihidangan dengan "sup pilihan Bayam dengan Goji Berries", "Telur Dadar Cincalok" dan macam-macam lagi. Amacam, best-best kan menu kat sini? Jom kita tengok set hidangan untuk berbuka puasa pula.

Ramadan Special Set Menu

SET A (2 pax)
Signature Nyonya Fish Fillet
Baby Kailan (Garlic)
Cincalok Omelette

SET B (4 pax)
Signature Nyonya Fish Fillet
Kum Heong Prawn/Squid
Kangkung Belacan
Cincalok Omelette
Fried Chicken Lobak with Tofu

SET C (6 pax)
Signature Nyonya Steam Fish
Salted Egg Prawn/Squid
Marmite Chicken
Spinach with Goji Berries
Cincalok Omelette
Fried Chicken Lobak with Tofu

Ini antara 3 set menu untuk berbuka puasa. Selain daripada Ramadan Special Set Menu yang ditawarkan, korang juga boleh order menu-menu ala carte yang lain mengikut pilihan dan citarasa sendiri. Yang penting, makanan kat sini memang sedap-sedap. Antara menu yang wajib korang try adalah sotong goreng telur asin (salted egg squid) dan kum heong prawn

Salted Egg Squid

Kum Heong Chicken

Kum Heong Prawn

Soda Gembira

Tak lengkap juadah berbuka puasa tanpa minuman. Kalau datang berbuka puasa di Chopsticks by Muhammad Oon ni, tak sah kalau tak try "Soda Gembira". Apa yang special tentang Soda Gembira kat sini, ia bukan hanya air Bandung Soda yang dikisar halus, tetapi juga dihidangkan bersama Aiskrim Vanila Oreo. Memang lain dari yang lain. Selain itu, korang juga boleh cuba "Lin Chi Kang" atau "air mata kucing".


Tadi kita dah tengok menu-menu yang ada dalam Ramadan Special Set Menu. Sekarang, jom kita tengok pula menu-menu yang ada untuk set ala-carte. Mana tahu, dah order set Ramadan macam tak cukup kan? Boleh lah add-on dengan menu ala-carte.
 

Tips nak makan best di restoran Chinese Muslim, kita kena order banyak menu. At least kita boleh try menu mana yang paling sedap. Dari segi portion, jangan risau. 1 set ala-carte tu boleh je nak share 3-4 orang. Aku paling suka  Butter Floss Prawn dan Salted Egg Baby Crab. Kalau korang nak try, jangan lupa order 2 menu ni.

Butter Floss Prawn

Salted Egg Baby Crab

Chilli Padi Garlic Lala

Daging dengan Daun Bawang dan Halia

Sizzling Beef

Fried Glass Noodles

Ginger & Spring Onion Beef Kuey Teow 



Sempena bulan Ramadan juga, Chopsticks by Muhammad Oon ada menyediakan buah tamar untuk berbuka puasa. Kalau korang plan nak berbuka puasa beramai-ramai bersama family atau sahabat handai di Chopsticks by Muhammad Oon, korang boleh buat tempahan/booking meja di talian 014-962 6725 atau 016-957 3884. Untuk maklumat lanjut tentang info terkini dan promosi istimewa, korang boleh follow mereka di laman facebook dan instagram mereka. Check it out!

Facebook:

Instagram:

Selamat menunaikan ibadah puasa dan Salam Ramadan al-Mubarak!

Post a Comment

0 Comments