Bufet Ramadan di Lugar De La Boda, Puchong

Untuk segmen Bufet Ramadan 2022 kali ni, aku nak share satu lagi lokasi best iaitu Bufet Ramadan di Lugar De La Boda, Puchong. Mungkin ada yang tercari-cari lokasi bufet Ramadan murah di sekitar Puchong dengan harga yang berpatutan dan menu yang sedap-sedap. Aku tak ralat untuk recommend buffet Ramadan Lugar De La Boda. Nak tahu menu apa yang ada? Jom, check it out!


Untuk Ramadan 2022, Lugar De La Boda, Puchong menawarkan bufet Ramadan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Bufet Ramadan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Untuk kali ini,  mereka menyajikan lebih dari 60 jenis juadah dan 11 stall yang disediakan di dalam dan juga di luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan cukup lengkap dari pembuka selera sehingga ke juadah pencuci mulut. Pendek kata, dengan harga yang kita bayar, memang sangat-sangat berbaloi!


Untuk menu utama, Lugar De La Boda, Puchong menghidangkan nasi bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', Ikan Goreng Cili Padi', 'Kupang Goreng Pedas', 'Sambal Sotong', 'Sambal Paru' dan banyak lagi. Nak tengok kemeriahan juadah yang disediakan? Jom!








Selain itu, terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang wajib cuba. Antara menu yang ditawarkan adalah 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Tepanyaki Tokyo', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain', 'Fried Corner', 'Ais Krim Corner' dan 'Soup Of The Day'. Aku paling suka dengan kambing grill dan bihun soto kat sini. Memang sedap, tak terkata! Korang kalau datang ke Lugar De La Boda wajib try menu ni.











Tak lengkap juadah berbuka puasa tanpa appetizer dan dessert. Di meja bufet, terdapat banyak juadah pembuka selera dan pencuci mulut seperti 'Bubur Of The Day', 'Buah-Buahan Tempatan', 'Kuih-Muih Melayu', Kek, Dadih, Jeruk Buah dan macam-macam lagi. Harga marhaein, tapi juadah dah standard hotel bertaraf 5 bintang. Dari segi rasa memang puas hati!



Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda, Puchong bermula dari 7 April 2022 sehingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda, Puchong memang antara yang termurah di skitar Klang Valley, Kuala Lumpur atau Selangor.


Dewasa
RM69/pax

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
RM35/pax

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
RM35/pax

1 Meja (Maksimum 8 Pax)
RM520/pax


Dari segi kemudahan (fasiliti), ruang tempat letak kereta (parking) luas dan banyak. Ruang makan dalam dewan memang besar dan selesa. Paling penting, surau untuk solat disediakan. Ni paling memudahkan semua pengunjung yang datang, tak perlu kalut nak makan cepat-cepat. Boleh stop anytime untuk solat Maghrib dulu, kemudian boleh sambung makan lagi. Memang puas hati berbuka puasa di Lugar De La Boda. Kalau korang teringin nak try berbuka di sini, boleh buat tempahan awal.

Untuk tempahan, sila hubungi:

Zuraini
016-3111074

Liana
016-4318434

Shaidatul
016-6700473

Hanis
016-6700752

Farah
016-6700457

Aida
016-6700471


Alamat:
 Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

Post a Comment

1 Comments