Header Ads Widget

Fincrew Kini Bekerjasama Dengan Zurich Insurance Bagi Memudahkan Pengguna Memperbaharui Insurans Mereka Secara Online

Fincrew Kini Bekerjasama Dengan Zurich Insurance Bagi Memudahkan Pengguna Memperbaharui Insurans Mereka Secara Online

Memperbaharui insurans kenderaan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap tahun oleh semua pemandu di Malaysia. Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di kalangan negara ASEAN.


Ini menjadikan pembelian polisi insurans bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab undang-undang semata-mata, tetapi juga merupakan satu bentuk pelindungan kepada setiap pemilik kenderaan di Malaysia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Kalau dahulu, pengguna harus ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menunggu giliran di pejabat pos atau menggunakan khidmat ejen untuk memperbaharui cukai jalan dan juga insurans masing masing-masing. Kini, perkembangan telekomunikasi di negara ini telah membuka peluang kepada para pemilik kenderaan di negara ini untuk memperbahrui cukai jalan dan juga insurans mereka secara atas talian sahaja. Antara laman web yang boleh diakses oleh pengguna untuk memperbaharui insurans mereka adalah FinCrew.my.

FinCrew, sebuah laman web perbandingan insurans kenderaan, kini telah bekerjasama dengan syarikat insurans terkemuka iaitu Zurich Insurance. Syarikat yang telah bertapak sejak tahun 1872 ini sememangnya terkenal dan dipercayai dalam memberikan produk kewangan yang unik untuk melindungi perkara yang paling anda sayang. Berbekalkan pengalaman lebih seratus tahun ini, Zurich insurans dapat mengenal pasti keperluan serta kehendak semasa pengguna di Malaysia. Mereka menawarkan produk yang dapat memberikan pelindungan yang menyeluruh bagi para pelanggannya. Dalam polisi pelindungan kenderaan, pihak Zurich bukan sahaja memfokuskan untuk memberikan polisi pelindungan terbaik, tetapi mereka juga mahu memberikan keselesaan serta memudahkan para pelanggan mereka untuk mendapatkan produk pelindungan insurans mereka yang telah diiktiraf sebagai patuh syariah daripada satu platform sahaja iaitu secara online. Ini memudahkan sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada internet untuk membeli produk pelindungan yang ditawarkan mereka walau di mana mereka walaupun diluar waktu pejabat. Selain daripada pelindungan menyeluruh tadi, pihak Zurich turut menawarkan servis sokongan khidmat pelanggan selama 24 jam yang terdiri daripada pakar industri yang terlatih untuk membantu para pelanggan mereka.

Lebih menarik lagi, Zurich turut memberikan keistimewaan potongan premium untuk kecurian atau memiliki lebih daripada satu polisi dengan syarikat insurans yang sama. Keistimewaan lain adalah, pelanggan boleh meluaskan lagi liputan pelindungan kepada orang lain yang memandu kenderaan yang diinsuranskan tadi dengan izin anda.

No claim discount, juga akan membuatkan pelanggan Zurich memperoleh keistimewaan dalam bentuk diskaun untuk premium mereka sekaligus menjadikan harga insurans kenderaan menjadi lebih murah.

Produk insurans kenderaan Zurich memang telah direka khas untuk rakyat pengguna jalan raya bagi melindungi mereka dalam aspek kewangan bagi menghadapi perkara yang tidak diduga. Untuk mendapatkan polisi pelindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans terkemuka ini, pengguna boleh terus ke laman web rakan e-dagang mereka iaitu FinCrew.my.

Post a Comment

0 Comments