LuLu Food Festival 2021

LuLu Hypermarket tak asing lagi bagi kita di Klang Valley untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian, makanan dan macam-macam lagi. Di bawah satu bumbung, pelbagai barang ditawarkan pada harga yang jauh lagi murah berbanding dengan supermarket atau hypermarket lain yang ada di Malaysia. Untuk kali ini, aku tertarik nak share serba-sedikit dengan LuLu Food Festival 2021 yang sedang berlangsung bermula pada 1 Oktober 2021 sehingga 13 Oktober 2021.


Apa yang istimewa tentang LuLu Food Festival 2021? Untuk LuLu Food Festival sempena dengan World Food 2021 (Makanan Sedunia 2021), LuLu menawarkan hidangan yang enak-enak dan pelbagai jenis produk pada harga runtuh! Mungkin ada yang tak sabar nak tahu, apa juadah dan produk yang ditawarkan sempena LuLu Food Festival 2021? Jom, kita tengok satu per satu sebagai rujukan buat korang semua expecially untuk mereka yang plan nak berkunjung ke LuLu Hypermarket yang berdekatan.

Variasi Hidangan Ready-To-Eat

Antara tarikan terbaik yang mencuri perhatian adalah bahagian Ready-To-Eat yang menawarkan pelbagai jenis juadah masakan panas yang siap sedia untuk dimakan. Antaranya Ayam Panggang, Ayam Goreng, Ayam Peri-Peri, Ayam Tandoori dan macam-macam lagi.



Sempena dengan LuLu Food Festival 2021 juga, ada beberapa booth dibuka yang menghidangkan pelbagai jenis juadah untuk para pelanggan pilih dan beli. Konsep seperti Bazaar Ramadan ini membolehkan pelanggan untuk melihat hidangan dengan lebih dekat dan pilih sendiri makanan yang diinginkan sebelum ditimbang. Bila sampai ke booth ni, terus rasa kecur liur dan lapar. Semua menu-menu yang dihidangkan cukup menyelerakan. Ada bihun goreng, mee goreng, spaghetti, nasi beriyani dan macam-macam lagi.



Roti dan Kek

Selain daripada masakan panas dan juadah Ready-To-Eat, bahagian roti dan kek pun tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis roti seperti roti putih, roti berperisa, roti berinti dan aneka jenis kek juga dijual pada harga diskaun. Paling menarik perhatian adalah bahagian pastry yang menyediakan aneka jenis pastry.




Manisan

Kebiasaanya, kalau pergi LuLu Hypermarket aku tak akan lepaskan peluang untuk membeli manisan. Pelbagai jenis manisan Timur Tengah yang ada dijual di LuLu Hypermarket. Antara favorite aku adalah Baklava dan Kunafa. Paling penting, manisan yang dijual sangat sedap dan fresh! Selain aneka jenis manisa, LuLu Hypermarket juga ada menawarkan aneka jenis bahan kisar, olive, sayur jeruk dan cheese. Pendek kata, serba-serbi ada untuk memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.



Bahagian Sejuk Beku & Minuman

Di bahagian sejuk beku pula, ada beberapa produk yang dijual pada harga promosi. Antaranya Burger Ramly, Roti Canai, minuman Bliss Yogurt dan Lasagnia. Jadi, kalau korang plan nak beli barang-barang yang disenaraikan, jangan lupa untuk pastikan beli produk yang ada label LuLu World Food 2021. Memang jauh lagi jimat!


Minyak Masak dan Keperluan Dapur

Lulu Hypermarket merupakan antara pasaraya pilihan kalau nak beli stok barangan dapur. Selain dijual pada harga lebih rendah berbanding tempat lain, barang kat sini juga lebih banyak pilihan. Barangan dapur, barang elektrik & elektronik mahupun pakaian, semuanya ada ditawarkan di LuLu Hypermarket. Untuk bahagian keperluan dapur, sekarang ni ada jualan murah untuk minyak masak. Selain itu, bawang Holland dan Lobak Merah juga dijual pada harga promosi.



Kupon Diskaun RM50


Nak tahu apa yang lagi menarik dan menjimatkan sempena dengan LuLu Food Festival 2021 yang berlangsung sehingga 14 Oktober 2021? Selain dapat beli barang dengan harga promosi, korang juga berpeluang untuk menebus Kupon Diskaun RM50 sekiranya berbelanja di bahagian supermarket bernilai RM100 dalam 1 resit. Kupon diskaun ini hanya boleh ditebus untuk pembelian di bahagian tertentu yang menawarkan potongan RM50 dari harga asal seperti Bahagian Fesyen.





Macam-macam jenama menawarkan potongan RM50. Antaranya kasut, pakaian, saree, beg dan aksesori. Pilih je nak beli apa, kemudian boleh tebus guna kupon diskaun RM50. Memang kaw-kaw jimat.


Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk grab penjimatan berganda. Ayuh ke Lulu Hypermarket berdekatan sempena dengan Lulu Food Festival 2021. Kalau nak beli secara online pun boleh, hanya kunjungi website https://www.luluhypermarket.com

Post a Comment

0 Comments