Infinix Mobility Limited tampilkan Inovasi Terkini Hot 10S di Malaysia

Infinix Mobility Limited menampilkan inovasi terkini di Malaysia dengan melancarkan siri Hot 10S. Telefon pintar Hot 10S yang didedikasikan untuk permainan video dan hiburan akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang hasil kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)


Dengan penampilan siri Hot 10S, ia akan memberi kepuasa yang maksima kepada semua peminat permainan video dan teknologi. Jenama teknologi global Infinix dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021. Siri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan pengguna boleh mula ‘add to cart’ pada 7 Julai 2021!


Hot 10S tampil dengan design yang sleek, warna yang mencuit perhatian dan paling penting ditawarkan pada harga yang berpatutan. Hot 10S ini trendy dengan penambahan baru kepada portfolio Hot 10. Telefon pintar permainan video dan hiburan yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah. Pendek kata, siri Hot 10S ini akan memenuhi kehendak penggemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang.


Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminat, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah tampil mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut. Mesti korang tak sabar kan nak tahu spesifikasi penuh siri Hot 10S? Jom, sama-sama kita nantikan!


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari website dan laman sosial media Infinix Mobility Limited. Check it out!

Website

Facebook

Instagram

Shopee

Post a Comment

0 Comments