A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner

Semenjak pindah masuk rumah baru, satu benda yang aku teringin sangat nak beli adalah cordless vacuum. Memandangkan kerja-kerja mengemas rumah dan mencuci lantai ni sangat memenatkan dan memakan masa yang lama, jadi aku amat memerlukan vacuum. Nak sapu sampah menggunakan penyapu memang menguji kesabaran. Bukan mudah nak sapu habuk-habuk yang ringan dan mudah berterbangan di sana sini. Sebab dah penat nak sapu sampah guna penyapu macam biasa, jadi aku survey beberapa jenis vacuum yang ada di pasaran. Antara vacuum yang ada wayar dengan vacuum tanpa wayar, aku lebih prefer cordless vacuum sebab mudah nak guna dengan lebih bebas. Jadi, setelah beberapa bulan buat survey, finally aku pilih A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner untuk memudahkan kerja-kerja seharian.

Nak pilih vacuum yang praktikal untuk kegunaan harian tidak semudah yang disangka. Memang kena banyak buat research dan survey. Paling penting, kena kenal pasti dan ambil tahu citarasa dan keperluan kita untuk membuat pilihan yang tepat. Macam aku sendiri, sebelum ni aku terpaksa sapu lantai rumah dua atau tiga kali seminggu. Bukan hanya habuk-habuk dan debu, malah rambut-rambut yang gugur juga banyak. Memandangkan aku mengalami masalah keguguran rambut yang teruk, lantai rumah cepat kotor dan kena lebih kerap sapu. Aku pilih cordless vacuum kerana penggunaan vacuum tanpa wayar ni bagi aku lebih fleksibel, mudah dan bebas dalam kerja membersihkan segala habuk dan kotoran. Paling penting, ia mampu menyedut habuk di ruangan yang sempit yang tak mampu untuk dicapai menggunakan penyapu biasa. Lagi mudah dan lagi cepat. Jimat masa dan jimat tenaga!

Aku sendiri dah lama duk survey nak beli vacuum. Finally, aku pilih A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner kerana ia mempunyai 10,000 Pa suction power dengan 150W output power. Selain itu, vacuum model ini juga dilengkapi dengan 0.8L dust cup dan HEPA filter yang mampu menyimpan segala habuk dan debu-debu. A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner adalah vacuum tanpa wayar yang membolehkan kita melakukan kerja tanpa had pergerakan dan boleh bertahan sehingga 30 minit. Dengan 2,200mAh built-in battery dan 2 speed control menjadikan vacuum ini adalah pilihan terbaik sebagai gajet keperluan untuk kegunaan harian di rumah.

Personally, aku rasa A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner mempunyai design yang simple dan elegan. Memandangkan rumah aku sekarang ni banyak barang bertemakan black & gold, vacuum ini memang kena dengan tema. Perfect! Selain itu, ia direka khas dengan teknologi canggih yang menjadikan vacuum ini mudah digunakan (user friendly). Paling penting, material yang digunakan juga ringan. Jadi, tak perlu risau takut lenguh bahu nak angkut vacuum ni ke sana ke sini. Sambil duk santai-santai pun, kerja untuk membersihkan rumah menggunakan vacuum akan jadi jauh lebih mudah dan cepat. Tak perlu nak stress-stress! 



Vacuum Specifications
10,000 Pa suction power
150W Output Power
0.8L Dust cup
HEPA Filter
30 minutes working time
2,200mAh built-in battery
2 speed control


Cara nak handle dan menggunakan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner sangat mudah. Hanya perlu tekan 1 button yang mempunyai 2-speed control. Cara nak simpan selepas digunakan pun mudah kerana ia dilengkapi dengan wall hanger untuk kita gantung pada dinding. Jadi, proses penyimpanan lebih mudah dan proses untuk mengecas vacuum pun lebih selamat. 



Untuk pengecasan, kita hanya perlu letakkan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner pada charger. Biarkan untuk beberapa jam sehingga bateri dicaj penuh sebelum digunakan. Untuk lebih selamat, boleh letak wall hanger di dinding rumah sebagai tempat pengecasan vacuum dan juga penyimpanan vacuum. Lebih kemas dan selamat terutama daripada capaian anak-anak kecil.

A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner comes with:       
Dust mist removal brush
2-in-1 crevice nozzle & brush changing
Wall hanger & accessories storage


A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner dilengkapi dengan 3 jenis kepala vacuum yang dapat digunakan untuk 4 jenis situasi pembersihan sama ada menggunakan (1) mite removal brush, (2) flat attachment, (3) high suction (low noise & strong sucstion) atau (4) dual cleaning mode. Dengan menawarkan 3 jenis kepala vacuum (attachment) untuk fungsi dan surface tertentu, ia menjadikan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner lebih versatile untuk kegunaan seharian di kediaman.



High suction power dengan bunyi yang perlahan

Mite removal brush untuk membersihkan permukaan tilam atau sofa

Dual cleaning mode untuk membersihkan habik di lantai atau carpet dan flat attachment untuk membersihkan kawasan yang kecil dan susah untuk dicapai

Berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri menggunakan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner di rumah, aku sangat berpuas hati dengan performance vacuum ni. Aku happy sebab aku tak buat pilihan yang salah. Selain design yang simple dan trendy, aku paling suka sebab dia ringan. Memang memudahkan kerja-kerja untuk vacuum. Suction power dia pun kuat, satu round vacuum terus licin semua habuk-habuk dan rambut di lantai. Jimat masa aku nak bersihkan lantai berbanding sapu guna penyapu macam dulu. Oh lagi satu, bunyi vacuum tak bising. Tak ada masalah kalau nak vacuum rumah pada waktu malam. Jadi, kalau ada yang masih tercari-cari vacuum apa yang sesuai untuk cuci lantai kat rumah, aku cadangkan korang untuk dapatkan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner. Produk berkualiti dan paling penting harga sangat berpatutan
 


Untuk korang yang berminat nak dapatkan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner atau produk dari A&S, korang boleh ke Pusat Servis dan Concept Store pertama mereka yang terletak di Lot A1-1-05 Sunway Geo Avenue. Terdapat 3 jenis vakum tanpa wayar di bawah jenama A&S dengan menawarkan  2 tahun warranti dan mempunyai certified SIRIM. Bimbang takut dapat produk tiruan atau tak original? Jangan risau, korang hanya perlu scan QR Code sticker di kotak untuk pengesahan. Nanti, akan keluar maklumat yang produk kita terima adalah authentic! Paling penting, sekarang ada 5% diskaun. Korang juga boleh dapatkan secara atas talian (Online) iaitu di Shopee ataupun Lazada.


Facebook

Instagram

Website

A&S Consept Store (Service Centre)
A1.01.05, Sunway Geo Avenue

Authorized Dealers

Shopee

Lazada

Klik link untuk dapatkan voucher discount

Post a Comment

0 Comments