LuLu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam kini dibuka!

LuLu Hypermarket Setia City Mall yang terletak di Bandar Setia Alam kini dibuka kepada umum bermula 31 Mac 2021. Seawal jam 10 pagi, aku dah sampai di sana untuk menjadi antara orang yang terawal untuk merebut peluang keemasan menikmati diskaun hebat, "inaugural offers" untuk beberapa barangan yang menjadi idaman setiap orang. Untuk pengetahuan semua, "inaugural offers" di LuLu Hypermarket ni akan berlangsung bermula 31 Mar 2021 dan akan berakhir pada 4 April 2021. Jadi, kalau korang tak nak lepaskan diskaun hebat ni, jangan lupa untuk berkunjung ke LuLu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Dinasihatkan datang awal kalau tak nak beratur panjang. Bab parking jangan risau, sebab LuLu Hypermarket menyediakan lebih kurang 400 tempat letak kereta dan selebihnya tempat letak kereta bertingkat di kawasan berdekatan. 

Sebelum aku share dengan lebih lanjut berkaitan dengan "inaugural offers" sempena soft opening LuLu Hypermarket Setia City Mall, aku nak share serba-sedikit beberapa fakta penting yang perlu korang tahu. Check it out!

  1. LuLu Hypermarket Setia City Mall adalah yang ke-tiga dibuka di Malaysia selepas LuLu Hypermarket KL dan LuLu Hypermarket Shamelin
  2. Bertaraf dunia dengan keluasan 150,000 kaki persegi dan mempunyai 3 tingkat
  3. Keluasan 70,000 kaki persegi di tingkat Lower Ground (LG)
  4. LG menempatkan pasaraya, barangan segar, coklat import bermutu tinggi, kurma, kekacang, makanan panas, bakery, barangan kesihatan & kecantikan, barangan rumah dan barang kelengkapan dapur
  5. Keluasan 40,000 kaki persegi di tingkat Under Ground (UG)
  6. UG menempatkan Lulu Fashion Store dan himpunan pakaian tradisional etnik Melayu, sari dan macam-macam lagi
  7. Keluasan 40,000 kaki persegi di tingkat 1
  8. Tingkat 1 menempatkan LuLu Connect yang menawarkan barangan elektrik, elektronik, barangan IT dan telefon pintar. Selain itu, Tingkat 1 menempatkan kelengkapan rumah, bagasi dan peralatan sukan
  9. Menawarkan 400 parkir terbuka dan ditambah lagi dengan parkir bertingkat di bangunan berhampiran yang menghubungkann Setia City Mall dan LuLu Hypermarket


Back to topic, meh nak cerita tentang kemeriahan hari pembukaan LuLu Hypermarket Setia City Mall. Just in case kalau korang plan nak pergi dalam masa terdekat, semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu melancarkan proses membeli-belah. Ingat, walaupun ada jualan murah, jangan sampai lupa untuk kekal patuh SOP dan jaga jarak! Seperti biasa, sebelum masuk ke LuLu Hypermarket, korang kena beratur dalam jarak yang ditetapkan, scan QR Code dan measure temperature. Tips, kalau tak nak bersesak-sesak, better pergi seawal pagi sebelum jam 10 pagi. At least, sebelum dibuka, kita dah get ready beratur untuk masuk. Bab parking, tak payah risau kat sini sebab banyak tempat letak kereta disediakan.


Jangan lupa untuk heret troli satu, mudah nak isi setiap barang yang rasa berkenan di hati especially barang-barang yang dijual dengan harga diskaun. Memandangkan LuLu Hypermarket Setia City Mall ni ada 3 tingkat, dinasihatkan untuk korang terus ke tingkat 1 dulu iaitu bahagian paling atas. Di bahagian ni, memang banyak barang-barang yang listed as "inaugural offers" sempena opening. Antara barang yang menjadi tumpuan adalah bagasi, Smart TV, Blender Philips, Power Bank dan selimut bulu-bulu. 



Aku memang dari rumah lagi dah aim nak beli blender Philips ni. Kat rumah dah ada satu, time tu beli di LuLu Hypermarket Shamelin dengan harga RM130++. Bila tengok di LuLu Hypermarket Setia City Mall sempena opening ni dijual pada harga RM69 je, terus grab. Nasib baik ada member-member yang sudi tolong bayar sebab setiap orang hanya boleh beli 1 unit. So, dapatlah aku rembat 4 ketul untuk jiran tetangga yang kirim. Kawan-kawan lain ada yang rembat Smart TV Samsung 55'. Semua menggelupur bila tengok harga cuma RM1699. Memang kaw-kaw murah. No wonder cepat je sold out!




Dah settle ambil barang yang kita nak di tingkat 1, terus bayar. Kemudian, turun ke tingkat bawah iaitu tingkat Upper Ground (UG). Di tingkat UG, kita ada LuLu Fashion Store. Memandangkan bulan Ramadan dan Raya dah dekat, pakaian seperti Baju Melayu dan Baju Kurung turut dijual pada harga diskaun. Selain pakaian tradisional Melayu, pakaian lain seperti sari dan pakaian moden pun ada. Antara yang menjadi tumpuan adalah seluar jeans dan baju kemeja yang dijual pada harga mampu milik. 






Di tingkat UG ni juga ada menawarkan pelbagai jenis footwear seperti kasut dan selipar. Selain itu, pakaian kanak-kanak dan barang kelengkapan untuk bayi pun ada dijual di tingkat UG. Jadi, untuk para ibu yang mencari barang-barang baby, boleh terus process ke tingkat UG.


Di tingkat Lower Ground (LG) adalah syurga untuk membeli-belah kalau datang ke LuLu Hypermarket Setia City Mall. Di tingkat LG, macam-macam ada. Antaranya supermarket, wet market, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan panas dan makanan dari tanah Arab. Antara barang-barang yang dijual pada harga istimewa adalah Milo 1KG (RM11.95), Maggi Kari/Ayam 5 pek (RM1.88), Mister Potato (RM1.95), Beras Barasmathi (RM29), Luppo (RM4.50) dan macam-macam lagi.


Di bahagian minuman pun banyak produk yang dijual pada harga diskaun sempena pembukaan. Antaranya adalah air Tropicana Twister (RM8.89). Fresh Fruits drink pun dijual pada harga diskaun iaitu RM2.99 sahaja. Memang rambang mata, tak tahu nak beli yang mana satu sebab semuanya murah-murah.



Di bahagian pasar basah pulak, daging dijual dengan harga RM17.99/1kg. Sebut saja nak beli apa, ayam, daging lembu, daging kerbau, ikan, sotong, udang, ketam dan macam-macam lagi. Semuanya ada dijual pada harga yang berbaloi dan paling penting segar-segar. Selain itu, sayur-sayur dan buah-buah juga dijual pada harga diskaun. Pendek kata, kalau niat nak beli satu dua barang, keluar-keluar penuh troli.
 





Apa perbezaan antara supermarket lain dengan LuLu Hypermarket? Kalau nak tahu, personally aku suka shopping di LuLu Hypermarket sebabnya kat sini ada jual macam-macam makanan dari Tanah Arab. Antara favorite aku adalah Kunafa with Pistachio dan Baklava. Kalau korang nak beli kurma, kismis, olive oil, pickles atau apa-apa je, memang aku cadangkan beli di LuLu Hypermarket sebabnya harga jauh lagi murah berbanding tempat-tempat lain.



Untuk korang yang merancang untuk ke LuLu Hypermarket, aku cadangkan korang pergi dalam masa terdekat iaitu sebelum 4 April untuk menikmati tawaran istimewa sempena pembukaan. Selain dari tawaran istimewa sempena pembukaan sehingga 4 April 2021, LuLu Hypermarket juga giat menjalankan promosi sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi. Berita baik! Tawaran Isitmewa Ramadan ini iaitu Ahlan Ramadan akan berlangsung di kesemua cawangan LuLu Hypermarket di Malaysia. Aku happy sebab boleh pergi ke LuLu Hypermarket Shameline, iaitu tempat favorite aku untuk beli barang-barang dapur dan kelengkapan rumah.


Apapun, selamat membeli-belah di LuLu Hypermarket! Untuk yang nak bertandang ke LuLu Hypermarket Setia City Mall, jangan lupa untuk patuh SOP dan jaga jarak. Stay safe and happy shopping!

Post a Comment

0 Comments