ADAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?

Korang pernah dengar tak, isu produk makanan yang dilabel Halal dan dimiliki oleh orang Muslim, tetapi hakikatnya bila disiasat produk itu sebenarnya tidak Halal dan lagi menyedihkan dimiliki oleh orang bukan Islam. Bab-bab lain kita boleh tolerate, tetapi bab makan minum yang akan jadi darah daging kita ni, memang tak dapat kita nak kompromi. Walaupun produk dan jenama mereka dikenali seantero dunia, dijual pada harga paling rendah di pasaran tempatan, tetapi bila tahu mereka memanipulasikan hukum-hakam, dan mempersendakan Halal Haram membuatkan kita sebagai pengguna Muslim rasa tertipu dan ditindas. 

Lebih baik berterus-teras daripada ditipu hidup-hidup macam ni. Kecewa, sedih, frust, semua bercampur-baur. Jadi, sebagai pengguna Muslim, kita harus menitik-beratkan soal pemilihan produk yang ada di pasaran. Bukan untuk bersikap racist atau berpuak-puak, tetapi lebih kepada menjaga kepentingan sejagat. Tidak hairanlah kenapa NGO di luar sana bermati-matian mempromosikan kempen Buy Muslim First (BMF). Ia tidak lain tidak bukan untuk menjaga kepentingan pengguna Muslim di Malaysia dari terus-menerus ditipu dan ditindas oleh kapitalis yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI?

Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.

Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.

Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.


Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.

“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.


“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.

Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.

“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.


Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah.

Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’.

Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.

Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.


Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina.

Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.

 Korang pernah tak mengalami masalah kulit berkedut, kering, kasar & berjerawat? Tak pun, sakit sendi, sakit gusi, mengalami masalah penglihatan dan rasa cepat letih? Sebenarnya, itu adalah tanda-tanda kurang Vitamin C. Antara faktor kekurangan Vitamin C adalah disebabkan oleh kurang makan buah-buahan dan juga kurang bersenam. Nak tahu macam mana nak cari solusi untuk masalah seumpama ini? Cara paling mudah adalah dengan mengambil Vitamin C. Terkini, Kitsui telah mengeluarkan satu produk baru untuk kita semua atasi masalah seumpama ini iaitu Kitsui Vita C+ Shine.

Kitsui Vita C+ Shine dirumus khas dengan 6 jenis buah-buahan penting yang kaya dengan Vitamin C Semulajadi dengan gabungan Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B12, Vitamin B2, dan Vitamin B6. 6 jenis buah-buahan yang menjadi bahan asas untuk Kitsui Vita C+ Shine adalah Oren, Kiwi, Buah Delima, Lemon, Mangga dan Nenas. Vita C+ Shine ini adalah Vitamin C booster formula terkini dari Korea.

Antara kelebihan pengambilan Kitsui Vita C+ Shine adalah dapat melindungi diri anda dan sekeluarga kerana ia diformulasikan khas dengan menggunakan buah sebenar. Berikut merupakan fungsi utama Kitsui Vita C+ Shine yang anda akan dapat:

  1. Meningkatkan sistem imuniti badan
  2. Mengandungi Antioksidan yang tinggi untuk melindungi kulit dari sinaran UV & UVB
  3. Mengurangkan risiko kulit berkedut, jeragat dan sunburn
  4. Gigi dan tulang menjadi lebih kuat dan sihat
  5. Kesihatan penglihatan menjadi semakin baik
  6. Sesuai untuk seisi keluarga


Kitsui Vita C+ Shine ini adalah produk formulasi terkini dari Korea. Ia menggunakan teknik oembekuan berpekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Selain itu, ia menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Pembuatan produk ini menggunkana teknologi dan buah-buahan dari Itali.


Paling penting, Kitsui Vita C+ Shine ini bebas dari bahan-bahan berbahaya. Ia tidak mengandungi hormon, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Selain itu, produk ini disahkan HALAL dan sesuai untuk vegan.


Selain selamat dan HALAL, produk Kitsui Vita C+ Shine telah lulus dalam kesemua ujian makmal. Produk ini juga telah memenangi beberapa Anugerah Antarabangsa. Antaranya adalah Asia Pacific Super Health Brand Excellence dan Asia Halal Brand Awards 2019.


Untuk setiap kotak Kitsui Vita C+ Shine, ia mengandungi 10 sachet. Cara pengambilan produk Vita C+ Shine ini adalah 1 sachet sehari selepas sarapan atau sebelum tidur. Untuk cara penyimpanan pula, anda dinasihatkan untuk menyimpan produk ini di tempat yang dingin dan kering.


Untuk korang yang sedang menyusu, mengambil ubat, hamil atau kemungkinan hamil atau mempunyai alahan, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Produk Kitsui Vita C+ Shine ini sesuai untuk seisi keluarga, mudah untuk diminum dan paling penting dijual pada harga yang berpatutan iaitu hanya RM17.80 untuk satu kotak. Kalau berminat, korang boleh dapatkan di Watson berdekatan ataupun boleh dapatkannya di Shopee.

Caran Pengambilan Kitsui Vita C+ Shine

1 paket sehari selepas sarapan atau sebelum tidur

Masukkan 150ml air suam untuk melarutkan 1 sachet Vita C+ Shine

Goncang larutan Vita C+ Shine dalam shaker sehingga larut. Siap sedia untuk diminum!


Jangan lupa untuk dapatkan Kitsui Vita C+ Shine di Watsons berdekatan ataupun di Shopee. Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow instagram Kitsui Malaysia. Ingat, jangan sesekali untuk berkira dalam mendapatkan supllement yang dapat membantu menjamin kesihatan kita seharian. Mencegah lebih baik dari merawat. Selamat mencuba!


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang Hidangan Istimewa Ramadan bersama Me'nate Steak Hub. Memandangkan Ramadan bakal kunjung tiba beberapa hari lagi, mesti ramai yang tengah survey pakej Bufet Ramadan Murah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, memandangkan harga dan hidangan yang ditawarkan di Me'nate Steak Hub ni memang berbaloi, aku excited nak share pengalaman aku sendiri menikmati juadah yang dihidangkan sempena Majlis Preview Bufet Ramadan di Me'nate Steak Hub Shah Alam.


Korang pernah makan di Me'nate Steak Hub? Kalau korang pernah try makan, mesti tahu keenakan dan kesedapan hidangan yang dihidangkan especially steak. Pendek kata, Me'nate Steak Hub sangat sinonim dengan "the best steak in town". Jadi, kalau korang teringin nak makan steak yang sedap dan berbaloi, tak payah pergi tempat lain. Korang pergi je ke mana-mana outlet Me'nate Steak Hub, inshaAllah korang akan rasa puas hati. 


Untuk pengentahun semua, Me’nate Steak Hub adalah satu jenama restoran yang tidak asing lagi di Malaysia. Mungkin ada yang baru tahu atau dengar tentang Me'nate, kalau nak tahu Me'nate juga antara steakhouse Halal terbaik yang kita ada di Malaysia buat masa ini. Oleh itu, sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen Ramadan.


Untuk Bufet Ramadan 2021, kali ini Me'nate masih mengekalkan bufet ramadan atau berbuka puasa. Tetapi, untuk Norma Baharu, Me'nate komited untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Kempen Ramadan kali ini bakal menyajikan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan. Selain itu juga Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia Me'nate especially untuk mereka yang suka makan steak dan meninginkan kelainan ketika berbuka puasa.



Buat pertama kalinya kita semua dapat menikmati Nasi Bukhari dengan Kambing Panggang di Me'nate Steak Hub. Selain itu, terdapat pelbagai jenis hidangan lokal, Mediterranean dan Western buffet yang bakal menanti anda. Apa yang mencuri tumpuan semestinya Moroccan Roasted Potato dan juga Roasted Whole Lamb.


Mengekalkan konsep tradisi Me’nate, untuk menu berbuka puasa Me'nate mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian untuk berbuka puasa. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan adalah Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi yang menjadi taruhan untuk memuaskan selera para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang digoreng panas dan sebagainya. Tidak ketinggalan, aneka jenis hidangan pencuci mulut dan kuih-muih tempatan disajikan untuk memenuhi selera para pelanggan.



Pakej buffet Ramadan di Me'nate Steak Hub menawarkan harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak. Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 5 tahun dan ke bawah, mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Yes, PERCUMA! Untuk setiap tempahan awal, pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% sehingga 30% mengikut terma dan syarat. Juadah bufet Ramadan disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan semestinya memenuhi citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.


Bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk Bufet Ramadan 2021 especially untuk mereka yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana setiap hidangan boleh dinikmati sehingga 5 ke 6 orang.






Lagi best, terdapat sebelas menu yang ditawarkan dalam setiap hidangan FAMILY PLATTER ini. Tak cukup dengan itu, Me'nate Steak Hub juga menyajikan pemanis mulut (dessert) yang diberikan secara PERCUMA dari kaunter bufet. Jangan risau, FAMILY PLATTER sempena Ramadan 2021 masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan berkualiti untuk memenuhi permintaan pelanggan. 


Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan kali ini, Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu MeatLab yang boleh dijadikan hidangan berbuka puasa atau sahur apabila berada di rumah bersama keluarga. Selain itu, produk MeatLab ini juga sesuai untuk  dijadikan sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan atau semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh dinikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu, MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini. Tak sabar nak try nanti. Mana tahu kan, tahun ni pun kena beraya sorang-sorang di KL sebab tak boleh nak rentas negeri balik kampung. Sob3.




Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate. Contohnya seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadan. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat atau individu yang berminat.


Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang terletak di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka dan Johor Bahru. Tetapi, untuk Ramadan 2021, hanya enam (6) cawangan sahaja yang menawarkan Bufet Ramadan.

Me'nate Steak Hub Ampang
Hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang.

Me’nate Steak Hub Ampang
Menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.

 
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat untuk membuat tempahan atau mendapatkan info lanjut berkaitan pakej Bufet Ramadan, bolehlah hubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub berikut:

Pakej Buffet Ramadan 
• Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347

Pakej Heavenly Beef/Lamb 
• Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947


Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat. Jadi, jangan risau kalau nak berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Lepas bebruka, boleh stop sekejap pergi solat sebelum sambung makan lagi. No rush! Yang penting, kita enjoy semua hidangan yang sedap-sedap yang tersedia untuk dinikmati. Apa tunggu lagi, jom grab promosi Early Bird untuk dapatkan harga diskaun dan penjimatan berganda.

Apapun, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog www.penaberkala.com! Jaga diri, jaga SOP. 

LuLu Hypermarket Setia City Mall yang terletak di Bandar Setia Alam kini dibuka kepada umum bermula 31 Mac 2021. Seawal jam 10 pagi, aku dah sampai di sana untuk menjadi antara orang yang terawal untuk merebut peluang keemasan menikmati diskaun hebat, "inaugural offers" untuk beberapa barangan yang menjadi idaman setiap orang. Untuk pengetahuan semua, "inaugural offers" di LuLu Hypermarket ni akan berlangsung bermula 31 Mar 2021 dan akan berakhir pada 4 April 2021. Jadi, kalau korang tak nak lepaskan diskaun hebat ni, jangan lupa untuk berkunjung ke LuLu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Dinasihatkan datang awal kalau tak nak beratur panjang. Bab parking jangan risau, sebab LuLu Hypermarket menyediakan lebih kurang 400 tempat letak kereta dan selebihnya tempat letak kereta bertingkat di kawasan berdekatan. 

Sebelum aku share dengan lebih lanjut berkaitan dengan "inaugural offers" sempena soft opening LuLu Hypermarket Setia City Mall, aku nak share serba-sedikit beberapa fakta penting yang perlu korang tahu. Check it out!

  1. LuLu Hypermarket Setia City Mall adalah yang ke-tiga dibuka di Malaysia selepas LuLu Hypermarket KL dan LuLu Hypermarket Shamelin
  2. Bertaraf dunia dengan keluasan 150,000 kaki persegi dan mempunyai 3 tingkat
  3. Keluasan 70,000 kaki persegi di tingkat Lower Ground (LG)
  4. LG menempatkan pasaraya, barangan segar, coklat import bermutu tinggi, kurma, kekacang, makanan panas, bakery, barangan kesihatan & kecantikan, barangan rumah dan barang kelengkapan dapur
  5. Keluasan 40,000 kaki persegi di tingkat Under Ground (UG)
  6. UG menempatkan Lulu Fashion Store dan himpunan pakaian tradisional etnik Melayu, sari dan macam-macam lagi
  7. Keluasan 40,000 kaki persegi di tingkat 1
  8. Tingkat 1 menempatkan LuLu Connect yang menawarkan barangan elektrik, elektronik, barangan IT dan telefon pintar. Selain itu, Tingkat 1 menempatkan kelengkapan rumah, bagasi dan peralatan sukan
  9. Menawarkan 400 parkir terbuka dan ditambah lagi dengan parkir bertingkat di bangunan berhampiran yang menghubungkann Setia City Mall dan LuLu Hypermarket


Back to topic, meh nak cerita tentang kemeriahan hari pembukaan LuLu Hypermarket Setia City Mall. Just in case kalau korang plan nak pergi dalam masa terdekat, semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu melancarkan proses membeli-belah. Ingat, walaupun ada jualan murah, jangan sampai lupa untuk kekal patuh SOP dan jaga jarak! Seperti biasa, sebelum masuk ke LuLu Hypermarket, korang kena beratur dalam jarak yang ditetapkan, scan QR Code dan measure temperature. Tips, kalau tak nak bersesak-sesak, better pergi seawal pagi sebelum jam 10 pagi. At least, sebelum dibuka, kita dah get ready beratur untuk masuk. Bab parking, tak payah risau kat sini sebab banyak tempat letak kereta disediakan.


Jangan lupa untuk heret troli satu, mudah nak isi setiap barang yang rasa berkenan di hati especially barang-barang yang dijual dengan harga diskaun. Memandangkan LuLu Hypermarket Setia City Mall ni ada 3 tingkat, dinasihatkan untuk korang terus ke tingkat 1 dulu iaitu bahagian paling atas. Di bahagian ni, memang banyak barang-barang yang listed as "inaugural offers" sempena opening. Antara barang yang menjadi tumpuan adalah bagasi, Smart TV, Blender Philips, Power Bank dan selimut bulu-bulu. 



Aku memang dari rumah lagi dah aim nak beli blender Philips ni. Kat rumah dah ada satu, time tu beli di LuLu Hypermarket Shamelin dengan harga RM130++. Bila tengok di LuLu Hypermarket Setia City Mall sempena opening ni dijual pada harga RM69 je, terus grab. Nasib baik ada member-member yang sudi tolong bayar sebab setiap orang hanya boleh beli 1 unit. So, dapatlah aku rembat 4 ketul untuk jiran tetangga yang kirim. Kawan-kawan lain ada yang rembat Smart TV Samsung 55'. Semua menggelupur bila tengok harga cuma RM1699. Memang kaw-kaw murah. No wonder cepat je sold out!




Dah settle ambil barang yang kita nak di tingkat 1, terus bayar. Kemudian, turun ke tingkat bawah iaitu tingkat Upper Ground (UG). Di tingkat UG, kita ada LuLu Fashion Store. Memandangkan bulan Ramadan dan Raya dah dekat, pakaian seperti Baju Melayu dan Baju Kurung turut dijual pada harga diskaun. Selain pakaian tradisional Melayu, pakaian lain seperti sari dan pakaian moden pun ada. Antara yang menjadi tumpuan adalah seluar jeans dan baju kemeja yang dijual pada harga mampu milik. 






Di tingkat UG ni juga ada menawarkan pelbagai jenis footwear seperti kasut dan selipar. Selain itu, pakaian kanak-kanak dan barang kelengkapan untuk bayi pun ada dijual di tingkat UG. Jadi, untuk para ibu yang mencari barang-barang baby, boleh terus process ke tingkat UG.


Di tingkat Lower Ground (LG) adalah syurga untuk membeli-belah kalau datang ke LuLu Hypermarket Setia City Mall. Di tingkat LG, macam-macam ada. Antaranya supermarket, wet market, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan panas dan makanan dari tanah Arab. Antara barang-barang yang dijual pada harga istimewa adalah Milo 1KG (RM11.95), Maggi Kari/Ayam 5 pek (RM1.88), Mister Potato (RM1.95), Beras Barasmathi (RM29), Luppo (RM4.50) dan macam-macam lagi.


Di bahagian minuman pun banyak produk yang dijual pada harga diskaun sempena pembukaan. Antaranya adalah air Tropicana Twister (RM8.89). Fresh Fruits drink pun dijual pada harga diskaun iaitu RM2.99 sahaja. Memang rambang mata, tak tahu nak beli yang mana satu sebab semuanya murah-murah.



Di bahagian pasar basah pulak, daging dijual dengan harga RM17.99/1kg. Sebut saja nak beli apa, ayam, daging lembu, daging kerbau, ikan, sotong, udang, ketam dan macam-macam lagi. Semuanya ada dijual pada harga yang berbaloi dan paling penting segar-segar. Selain itu, sayur-sayur dan buah-buah juga dijual pada harga diskaun. Pendek kata, kalau niat nak beli satu dua barang, keluar-keluar penuh troli.
 





Apa perbezaan antara supermarket lain dengan LuLu Hypermarket? Kalau nak tahu, personally aku suka shopping di LuLu Hypermarket sebabnya kat sini ada jual macam-macam makanan dari Tanah Arab. Antara favorite aku adalah Kunafa with Pistachio dan Baklava. Kalau korang nak beli kurma, kismis, olive oil, pickles atau apa-apa je, memang aku cadangkan beli di LuLu Hypermarket sebabnya harga jauh lagi murah berbanding tempat-tempat lain.



Untuk korang yang merancang untuk ke LuLu Hypermarket, aku cadangkan korang pergi dalam masa terdekat iaitu sebelum 4 April untuk menikmati tawaran istimewa sempena pembukaan. Selain dari tawaran istimewa sempena pembukaan sehingga 4 April 2021, LuLu Hypermarket juga giat menjalankan promosi sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi. Berita baik! Tawaran Isitmewa Ramadan ini iaitu Ahlan Ramadan akan berlangsung di kesemua cawangan LuLu Hypermarket di Malaysia. Aku happy sebab boleh pergi ke LuLu Hypermarket Shameline, iaitu tempat favorite aku untuk beli barang-barang dapur dan kelengkapan rumah.


Apapun, selamat membeli-belah di LuLu Hypermarket! Untuk yang nak bertandang ke LuLu Hypermarket Setia City Mall, jangan lupa untuk patuh SOP dan jaga jarak. Stay safe and happy shopping!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...