Grilled Butter Chicken Kini Kembali di The Chicken Rice Shop

/
0 Comments



Rindu nak jalan-jalan cari makan. Dah lama tak keluar makan kat luar. Jadi, time weekend memang sesuai untuk keluar JJCM. Lagi-lagi bila dapat tahu sekarang ada menu favorite kini kembali ke The Chicken Rice Shop. Gigih pergi ke MyTown. Rupa-rupanya bila sampai je depan TCRS MyTown, time nak order je waitress cakap, "Maaf, menu ni dah habis untuk hari ni. Kalau nak try, boleh datang esok awal sikit sebab kalau lambat nanti habis. Kita tak buat banyak kalau dah lewat petang macam ni". Allahu, bila dengar je dia cakap macam tu, terus aku rasa frust macam putus cinta. Ingat nak cari jodoh je susah, nak cari makan pun susah rupanya. Hahahaha. Tak apa, jangan give up. Kita kena terus mencuba sampai dapat. Orang kata, "Kalau dah jodoh, tak ke mana".  


Inilah hidangan yang diidam-idamkan iaitu Grilled Butter Chicken (GBC). Teringin sangat nak try bila tengok member-member semua dah pergi try dan share di media sosial. Bukan selalu menu ni ada di TCRS. Jadi, bila ada peluang macam ni memang tak boleh nak lepaskan. Selepas percubaan pertama gagal, aku pergi lagi the next day. Gigih tak? Harap-harap, dapatlah bertemu jodoh dengan Grilled Butter Chicken (GBC). 


Aku ikut nasihat Nabila Razali, "Peluang Ke-Dua" untuk GBC di TCRS. Tekad pergi kali ke-dua ke MyTown semata-mata nak try Grilled Butter Chicken. Walaupun sibuk nak pindah rumah, but still part makan kita kena utamakan, hahaha. Alhamdulillah, percubaan ke-dua berhasil. Maka, bertemu la jodoh aku dengan GBC. Situasi aku memang kena dengan tagline menu Grilled Butter Chicken iaitu "Jadikan GBC Jodoh Anda". Fuh! Pertama kali memandangnya di depan mata, terus aku jatuh cinta!


Tengok lah sendiri, kepingan Grilled Chicken bahagian peha dengan warna keemasan, dilimpahi dengan sos mentega dan dihidangkan bersama daun kari dan potongan cili merah. Aku kalau makan ayam, memang prefer part drumstick & tight. Setiap kali order, memang akan request, kalau tak dapat tight, drumstick pun okay, Either one! Sampai satu tahap, kalau paha atau tight tak ada, aku rela cancel order dan pindah ke kedai lain. Itulah perangai aku kalau bab makan. Bila TCRS hidangkan peha untuk menu Grilled Butter Chicken, memang terus rasa terpanggil untuk aku terjah dan try. 


Jujurnya, aku suka menu Grilled Butter Chicken. Ayam dia rangup, isi ayam juicy dan sos mentega yang sangat sedap. Aku suka pedas, jadi hirisan cili tu sedikit-sebanyak bagi rasa yang balance dalam menu GBC. Setiap gigitan memang memuaskan. Hidangan Grilled Butter Chicken di TCRS menawarkan 3 set menu berbeza iaitu Meal A (1 pax), Meal B (2 pax) dan Meal C (4 pax).


Kalau korang peminat Nasi Ayam atau Butter Chicken. aku cadangkan korang try menu GBC di TCRS. Btw, menu GBC adalah menu terhad yang akan dihidangkan di seluruh outlet TCRS sehingga 17 Januari 2021. Menu ni setahun sekali je, so jangan lepaskan peluang. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain berkaitan The Chicken Rice Shop, korang boleh kunjungi website TCRS di www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...