Train To Busan dari Resorts World Genting bersedia untuk berlepas. Are you ready guys? Aku memang excited untuk merasai sendiri pengalaman penuh cabaran dan debaran dalam Train To Busan. Bayangkan, dulu kita hanya mampu menonton dalam filem, sekarang kita berpeluang merasai sendiri dengan melakonkan watak di lokasi sebenar. Amazing right? 


Basically, train ini akan berhenti di semua stesen termasuk Stesen Seoul yang dijangkiti wabak zombie melalui platform stesen Daejeon dan gerabak Kargo Kimia yang menuju ke Busan. 

Diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016 iaitu Train To Busan, Resorts World Genting telah menyediakan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang menawarkan pengalaman menakutkan tetapi menyeronokkan buat peminat filem tegar dan kaki filem seram. 


Kesemua gabungan dalam filem yang menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Kini, ia digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para penumpang ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi yang mendebarkan. 

Penggembaraan ini akan merangkumi beberapa bahagian di mana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri mengikut plot daripada filem. Di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan di bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan untuk mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin. 

Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (di mana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran iaitu perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC untuk selamatkan diri. 

Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie iaitu sama seperti penamat dalam filem atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Bunyi macam memenatkan dan meletihkan kan? Jangan risau sebabnya ada ganjaran istimewa untuk anda semua. Special untuk mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop ada menyediakan habuan untuk anda. 

Rumah Seram Train To Busan di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad pada 1 November hingga 1 Disember 2019 dan beroperasi setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Apa tunggu lagi? Jom sama-sama rasai sendiri pengalaman berharga ini. 


Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://www.rwgenting.com/ atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...