5 FAKTA MENARIK TENTANG LUCKIN KOPI, KUALA LUMPUR

/
1 Comments
Aku memang suka jalan-jalan cari makan (JJCM) di sekitar Kuala Lumpur especially pada hari hujung minggu. Kadang-kadang, dah penat kerja di hari minggu, jadi weekend adalah masa terbaik untuk cari tempat makan yang best-best dan enjoy the moment. Jadi, kalau korang ada port makan yang best-best, jangan lupa recommend di bahagian komen!


Baru-baru ini, aku singgah makan di Luckin Kopi, iaitu kedai makan yang berkonsepkan kopitiam tetapi telah diubahsuai menjadi cafe hipster. Seingat aku, aku pernah singgah minum kopi di sini satu ketika dulu. Beberapa tahun yang lepas, aku pernah bawa teman dari Indonesia jalan-jalan di sekitar Pasar Seni. Then, kami singgah di sini untuk menikmati secangkir kopi. Konsepnya ketika itu adalah sebuah kopitiam lama yang di dalamnya dipenuhi barang-barang antik seperti almari, pinggan-mangkuk dan sebagainya. Sekarang, di saat kaki aku melangkah masuk ke Luckin Kopi, keadaanya jauh berbeza tetapi suasananya tetap sama. Meriah! 

Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit fakta menarik tentang Luckin Kopi. Dan, aku nak share pengalaman aku sendiri menjamu selera di Luckin Kopi dengan pembaca di luar sana yang merancang untuk bercuti ke Kuala Lumpur. Mungkin, perkongsian ini juga bermanfaat untuk korang semua yang suka jalan-jalan cari makan (JJCM) di hujung minggu. Jadi, bolehlah masukkan Luckin Kopi dalam bucket list sebagai salah satu tempat yang korang patut singgah ketika bercuti di Kuala Lumpur. 

1. Lokasi strategik

First of all, bagi aku lokasi Lucky Kopi ni memang strategik. Ia terletak berdekatan dengan stesen MRT Pasar Seni. Keluar je dari Stesen MRT Pasar Seni, dari situ korang dah boleh nampak Luckin Kopi dengan warna stricking Oren dan Hijau. Lepas naik eskelator dan keluar dari stesen MRT Pasar Seni, korang hanya perlu jalan kaki dan lintas jalan sikit je untuk sampai ke Luckin Kopi.


Untuk korang yang drive, boleh waze "Luckin Kopi". Kat sini aku sertakan sekali alamat just in case korang cari tapi tak jumpa. 

Alamat:
Luckin Kopi, 
14, Jalan Panggong, 
City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi - 9 malam)

2. Konsep Kopitiam Kontemporari

Aku suka Luckin Kopi sebab dia masih kekalkan ciri-ciri Kopitiam lama dengan menghidangkan kopi panas dalam cawan bunga-bunga. Nostalgic beb! Tapi, dekorasi dalam Lucky Kopi telah mendapat sentuhan moden dan kontemporari. So, kiranya sekarang dah jadi macam Kopitiam Hipster.


Agak hi-tech juga Luckin Kopi. Di pintu masuk siap ada Queue Machine untuk customer ambil nombor sebelum dijemput masuk. Sistem nombor ini penting especially time peak-hours iaitu waktu lunch. Kalau korang datang time peak-hour, jangan lupa ambil nombor dulu untuk tunggu seat kosong.

Luckin Kopi tinggat bawah

Selain itu, susunan meja dan tempat makan di Luckin Kopi sangat teratur dan sistematik. Bagi aku, susun atur kerusi dan meja disusun secara optimum untuk memenuhi ruang yang terhad di tingkat bawah dan juga di tingkat atas. Tak rasa terlampau crowded. Paling penting selesa!

Luckin Kopi tingkat atas

Ruangan khas Luckin Kopi tingkat atas

3. Menu unik dan sedap

Bila datang ke Luckin Kopi, semestinya kena try Kopi Kaw! Tak kira sana ada kopi panas ataupun kopi ais, yang penting kopi di sini memang kaw. Dan, jangan lupa untuk mencuba sendiri menu unik dan sedap yang ada di Luckin Kopi. 

Luckin Cham Peng (RM4.90)

Luckin Toast (RM12.90)

Personally, aku ada beberapa favorite menu yang aku nak recommend untuk korang sendiri cuba especially for the first timer yang datang ke Luckin Kopi. Korang patut cuba Petai Pasta dan Nasi Lemak Sambal Petai. 


Nasi Lemak (RM5.90)
Nasi Lemak + 1 side dish* (RM12.90)
*Sambal Petai 
*Rendang Chicken 

Petai Pasta (RM20.90)

Then, untuk sharing dengan member-member, korang boleh order Chessy Chicken & Fries. Ini pun not bad, sedap! ABC dia pun sedap sebab ada rasa soda gembira. Portion ABC dia pun agak besar, boleh share 2-3 packs.

Cheesy Chicken & Fries (RM26.90)

ABC

4. Harga berpatutan

Stigma kita sebagai customer hari ini, kalau kedai hipster dan cantik macam ni, mesti mahal kan? Aku berani cakap, harga makanan dan minuman di Luckin Kopi sangatlah berpatutan. Dari segi portion dan rasa, dengan harga yang ditawarkan memang aku sanggup bayar. Bagi aku, kualiti dan rasa makanan kat sini tip top! 


Untuk rujukan korang yang bercadang nak pergi try sendiri makan di Luckin Kopi, aku dah sediakan serba-sedikit senarai menu dan harga di Luckin Kopi. Bukan apa, mudah korang nak buat kira-kira dan plan nak order apa nanti, hehe. Check it out!

Salted Egg Chicken Rice (RM11.90)

Mee Siam (RM5.90)

Indo Mee (RM5.90)

Cheesy Indo Mee & Egg (RM14.90)

Herba Chicken Soup (RM12.90)

Sawadee Pasta (RM19.90)

Hainanese Chicken Chop (RM16.90)

Petai Bun (RM12.90)

Geng Chow Chicken Bun (RM12.90)

Soya drink set

Chee Cheong Fun (RM5.00)

Dim Sum

Rojak (RM8.90)

ABC (RM8.90)

5. Instaworthy! 

Last but not least, honestly bagi aku Luckin Kopi ni sangat instaworthy. Dari pintu masuk, ruang makan di tingkat bawah, ruang di tengah-tengah yang macam Taman, tangga dan jemdela di tingkat atas dan tempat duduk di tingkat atas, semuanya ada sentimental value. Setiap inci korang boleh pose kalau korang sejenis yang suka bergambar. Pendek kata, boleh dapatkan OOTD shot untuk koleksi peribadi kalau korang bertandang ke Luckin Kopi. Nah, beberapa idea acah-acah model sikit aku bagi kat korang untuk tatapan, kah! 




Amacam, korang rasa okey tak Luckin Kopi ni? Personally, bagi aku Luckin Kopi ni mempunyai pakej yang cukup lengkap. Lokasi strategik, tempat bersih dan lawa, makanan pun sedap dan paling penting harga berpatutan. Jadi, kalau korang jalan-jalan di sekitar KL dan tak tahu nak lepak santai makan kat mana, atau nak bawa family/kawan-kawan pergi makan di area KL, aku cadangkan korang boleh try singgah di Luckin Kopi. 

Luckin Kopi

Instagram:

Facebook:



You may also like

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...