archiQ PLATFORM TERBAIK UNTUK ARKITEK MALAYSIA

Siapa kat sini ada angan-angan nak jadi arkitek? Atau ada antara readers yang tengah baca ni memang tengah mengikuti kursus atau sambung belajar dalam bidang architecture? Lagi bagus, kalau yang tengah baca ni sememangnya dah berkerja sebagai seorang arkitek. Siapapun anda, semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk korang semua especially yang berada dalam bidang ini. Pernah dengar tentang archiQ? Hah, kalau korang tak pernah dengar, kena baca ni sampai habis. Info ni sangat penting untuk seorang arkitek! In short, archiQ adalah antara platform terbaik untuk arkitek Malaysia especially yang terlibat secara langsung dengan projek mega.


Walaupun aku bukan seorang arkitek, tetapi aku memang respek dengan profession seorang arkitek. Bukan senang untuk jadi seorang arkitek, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan title sebagai seorang AR. Kena lulus exam yang ditetapkan dan berdaftar untuk dapatkan lesen. Di sebalik profesion yang gah, terpikul satu tanggungjawab besar untuk seorang arkitek. Selain berkerja keras mengerah idea untuk menghasilkan pelan bangunan, arkitek juga bertanggungjawab untuk memastikan rekaan binaan yang dirancang selamat untuk didiami atau dihuni dengan mengambil kira semua faktor. Oleh itu, arkitek kena sentiasa siap-siaga dengan skills, knowledge dan experience dalam memberi hasil kerja yang berkualiti. Paling penting, selamat!


Pernah dengar kes bangunan runtuh seperti Highlands Tower? Itu antara salah satu kes yang menjadi bualan hangat satu ketika dahulu. Dari aspek keselamatan binaan di lereng bukit, adakah struktur itu selamat? Semuanya perlu diambil kira sebelum apa jua kejadian yang tidak diingini berlaku. Jadi, tugas dan tanggungjawab seorang arkitek bukan sekadar menghasilkan struktur binaan yang gah dan mewah, tetapi lebih daripada itu. Setiap binaan mestilah mengutamakan faktor keselamatan dan kestabilan. Jika kejadian yang tidak diingini berlaku, kemungkinan besar arkitek yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek berkenaan akan dipanggil ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan. Itulah risiko yang perlu dibayar bila bergelar seorang arkitek.


Ini bukan provokasi atau ugutan untuk korang yang bekerja sebagai arkitek. Inilah realiti yang perlu korang tahu, Sebab itu, program seperti archiQ  (arki-queue) diadakan setiap tahun. archiQ merupakan inisiatif daripada Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M). Program berbentuk persidangan ini berlangsung selama 2 hari dengan pelbagai jenis topik perbincangan daripada panel-panel terkenal. Pendek kata, archiQ adalah platform terbaik untuk arkitek di Malaysia berkumpul dan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam mencapai standard tertinggi dalam bidang senibina. archiQ terbuka kepada semua arkitek yang berdaftar tidak kira baru mahupun lama. Pendekatan seumpama ini seharusnya dimanfaatkan oleh arkitek muda untuk mendapatkan ilmu baru daripada arkitek berpengalaman dalam meningkatkan kemahiran dan kualiti dalam profesion yang diceburi.


archiQ mula diadakan pada tahun 2018. Penganjuran archiQ untuk tahun 2019 adalah tahun ke-2 penganjuran oleh ACA:M. Semoga program bermanfaat seumpama ini akan diteruskan di masa-masa akan datang untuk kelestarian kualiti arkitek tempatan. Bukan hanya persidangan, malah archiQ juga menyediakan ruang exhibition berkaitan senibina daripada syarikat tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi informasi terkini tentang teknologi dan produk yang ditawarkan.


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share moment-moment yang sempat aku rakam sepanjang menghadiri archiQ di Consist College, Ampang. Mana tahu kan, next year ada antara korang yang baca artikel ni, berkerja sebagai arkitek dan terpanggil untuk join archiQ. Semoga bermanfaat!

Perasmian archiQ 2019 
(Dari kiri) Ar Normah Latiff, Council Member of ACA:M, Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, Ar Jasmeet Singh Sidhu, President of ACA:M and Director of ArchiQ 2019, Ar Zairul Azidin bin Badri, President of LAM & Guest of Honour, Ar Jafri Merican, Council Member of ACA:M, Ar Bobby Low, Council Member of ACA:M


archiQ telah berlangsung pada tanggal 15 & 16 Jun 2019 bertempat di Dewan Perdana Suria, Consist College, Ampang. Untuk penganjuran archiQ kali ini, 10 speakers ternama telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan topik-topik menarik. Antara topik yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist
Art : The Next Financial Equity

Hari Pertama (15 Jun 2019)

Specialist Food Facilities Design
Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd

Art : The Next Financial Equity
Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist

Challenges of the River of Life
Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia

Strict Liability : How it Affects Architects
M. Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors

Timely Construction Permits
Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia


Hari Kedua (16 Jun 2019)

Staying Safe in a Litigious Society
Dato' Nitin Nadkarni, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors

Taxation Principles for Architects
Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd

Solar : Is it a Viable Option in Malaysia
Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd

lnvestible Masterplans
Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd

Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands
Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Green Building Council

Panel Discussion Session
(Dari kiri) Panel moderator Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, guest speaker Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, guest speaker Feisal Noor, Vice President of AECOM South East Asia, guest speaker Ahmed Subactogin, CEO and Managing Director of Par Synergy (M) Sdn Bhd.



Overall, topik-topik yang dibincangkan sepanjang 2 hari persidangan archiQ memang menarik. Banyak ilmu yang dikongsi adalah releven dengan keperluan masa kini especially dari segi architecture, business dan practice. Perbincangan yang kondusif dan komprehensif seumpama ini sememangnya dapat memberi impak yang besar kepada arkitek dalam meningkatkan kompetensi diri dalam profesion yang diceburi.


Mesti ada yang tertanya-tanya, "Macam mana nak join archiQ ni?", "Saya arkitek baru, boleh ke saya join?", "Nak join archiQ ni free ke berbayar?". Hah, kalau nak tahu lebih lanjut tentang archiQ yang akan datang, aku cadangkan korang berdaftar sebagai ahli Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M). ACA:M adalah organisasi berdaftar yang bertaraf nasional dan akan bertanggungjawab mewakili firma architecture secara kolektif di Malaysia.


Fokus utama ACA:M
  1. Menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli yang berdaftar terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan business
  2. Mewakili dan menyokong firma architecture dalam usaha menyelesaikan tugasan pada tahap yang cemerlang dan kualiti perkhidmatan yang tinggi

Cara menyertai ACA:M
  1. Setiap firma terhad untuk mendaftar 2 pengarah sahaja sebagai ahli
  2. Untuk pembaharuan penyertaan, yuran RM400 dikenakan setiap tahun kepada firma.
  3. Terbuka untuk 2 pengarah yang berdaftar bagi menyertai semua event bulanan (event berskala kecil) yang dianjurkan oleh ACA:M secara PERCUMA
  4. Yuran nominal dikenakan kepada peserta (bukan ahli) bagi menyertai setiap event yang dianjurkan oleh ACA:M
  5. Diskaun untuk penyertaan event berskala besar anjuran ACA:M seperti archiQ kepada semua ahli yang berdaftar

Lagi satu bonus point untuk arkitek yang menyertai archiQ, kehadiran mereka akan mendapat CPD points yang mana penting bagi setiap arkitek untuk memperbaharui lesen mereka selaku Arkitek bertauliah. Apapun, aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua arkitek di luar sana. Semoga semua arkitek di luar sana sentiasa memegang prinsip yang telus dan tulus dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.

Untuk adik-adik di luar sana yang masih tercari-cari hala tuju, bolehlah consider untuk pilih jurusan architecture dan jadi seorang arkitek. Bukan calang-calang orang boleh jadi arkitek. Kena ada skills drawing, technical skills dan problem solving. Indah pada namanya, tapi tanggungjawab yang besar menanti. Kemajuan dan keagungan sesebuah senibina terletak di tangan seorang arkitek! 

Post a Comment

0 Comments