Nampaknya Ramadan 2019 bakal kunjung tiba tak lama lagi. Mesti semua tengah excited untuk buat persiapan nak sambut Ramadan. Di bulan Ramadan inilah biasanya ramai orang akan cari lokasi atau tempat berbuka puasa yang murah dan berbaloi. Paling tidak, sekali setahun sempena bulan Ramadan, mesti ada yang merancang untuk berbuka puasa bersama family atau sahabat handai. Ada juga yang akan merancang untuk buat reunion atau berbuka puasa bersama officamates. Jalan terbaik, mereka akan cari lokasi buffet Ramadan yang berbaloi untuk pergi. Jadi, untuk perkongsian kali ini aku nak share satu lokasi pilihan Buffet Ramadan 2019 iaitu Lugar De La Boda yang terletak di Puchong.


Bunyi nama tempat macam di luar negara kan? Actually, nama tempat ni diambil dari perkataan Sepanyol yang bermaksud "Wedding Place". Aku pernah share tentang majlis kenduri kahwin di Lugar De La Boda Puchong baru-baru ni. Boleh baca kat sini! Actually, lokasi untuk Buffet Ramadan ni merupakan dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Kalau bulan-buolan biasa, dewan ini digunakan sebagai dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi raja sehar. Sepcial untuk bulan Ramadan, lokasi ini dijadikan sebagai salah satu lokasi pilihan Buffet Ramadan untuk berbuka puasa bagi orang Puchong dan orang sekitar Selangor. Selain di Puchong, Hanana Group juga mengadakan Buffet Ramadan Putrajaya di lokasi mereka iaitu di Ambassador Putrajaya.



Personally, bagi aku Lugar De La Boda adalah lokasi berbuka puasa yang ideal di Selangor. Selain menwarkan harga buffet Ramadan yang berpatutan, lokasi Lugar De La Boda juga strategik. Dengan ruang yang besar dan selesa, dihiasi pulak dengan konsep ala garden, sememangnya menjadikan lokasi ini cantik, menarik dan lain dari yang lain. Ia mampu menampung sehingga 1000 orang tetamu dalam satu-satu masa.


Hari tu aku sempat join majlis preview Ramadan Buffet Selangor di Lugar De La Boda, Puchong. Honestly, bagi aku dengan harga yang ditawarkan tak sampai RM70 sekepala, dan hidangan yang ditawarkan juga banyak dan sedap, memang berbaloi. Dengar kata, lebih daripada 60 juadah makanan akan dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk berbuka puasa di sini. Antara juadah yang dihidangkan adalah nasi beriani, nasi putih dan lauk-pauk masakan Melayu seperti Ayam Rendang, Gulai Kawah Daging, Daging Masak Lemak Cili Api, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, aneka jenis kerabu, aneka jenis kuih-muih dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau nak senarikan semua menu-menu yang ada, jenuh korang nak baca satu per satu, hehe. Apa kata, aku share je gambar yang sempat aku snap tempoh hari. Check it out!








Bukan itu sahaja, kalau korang datang berbuka puasa di Lugar De La Boda ni, korang juga boleh try macam-macam jenis makanan di gerai-gerai yang disediakan di sepanjang kaki lima dewan. Macam-macam ada. Memang meriah. Antara juadah yang mencuri perhatian adalah Kambing Bakar Lemon, Laksa, Bihun Sup, Dim Sum, Roti John, Air Batu Campur, Keropok Lekor, Cucur Udang, Char Kuey Teow dan aneka jenis air minuman. Seriously, aku tak boleh move on dengan Kambing Bakar Lemon kat sini. Tak pernah makan kambing yang sedap macam ni, rasa dia lain dari yang lain. Korang wajib cuba kalau datang makan sini. The best kambing bakar in town!








Aku sangat selesa makan kat sini. Selain makanan yang dihidangkan sedap dan banyak pilihan, kemudahan atau fasiliti yang ada memang cukup lengkap. Korang tak payah risau bab parking. Memang ada FREE pariking di sediakan di perkarangan dewan. Then, lepas bebruka puasa nak pergi solat Maghrib pun mudah. Lugar De La Boda menyediakan surau untuk solat. Tandas yang disediakan pun bersih. Highly recommended!


Jadi, untuk korang yang tengah mencari Buffet Ramadan 2019 yang berbaloi, aku cadangkan korang book dengan Hanana Group sama ada di Lugar De La Boda, Puchong ataupun di Ambassador Putrajaya. Ada berita baik, kalau korang book awal sebelum Ramadan, korang akan dapat harga lagi murah. Special untuk early bird!


Early Bird
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Walk-in
Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Special Price
RM580 
1 Meja (10 pax)

*Kanak-kanak (6-12 tahun)


Untuk apa-apa pertanyaan mengenai tempahan atau info lanjut berkaitana Buffet Ramadan Selangor (Lugar De La Boda, Puchong) ataupun Buffet Ramadan Putrajaya (Ambassador Putrajaya), korang boleh terus berhubung dengan pihan Hanana Group. Kat bawah ni, aku sertakan sekali contact number untuk korang hubungi. 


Buffet Ramadhan Selangor 2019

Alamat : 
Lugar De La Boda @ Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong

Nombor Telefon : 
016-6700471 (Sarah)
016-3111074 (Zuraini)
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Atul)

Facebook : 


Buffet Ramadhan Putrajaya 2019

Alamat : 
Ambassador Putrajaya
No 92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Nombor Telefon : 
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Atul)
016-6700457 (Farah)
016-6700471 (Sarah)
017-2435297 (Fazlin)

Facebook : 


Salam Ramadan Al-Mubarak!