Soalan spot musim raya setiap tahun, "Bilo nok nikoh?", "Takdo gewe lagi ko?", "Pahtu, bilo nok bekwoh?". Fuh, soalan ni mencabar betul. Zaman universiti, sibuk study sampai tak sempat nak bercintan-cintun. Dah kerja, busy dengan kerja pula. Pastu, bila nak jumpa jodoh? InshaAllah, bila tepat masanya, tepat orangnya, sampailah jodoh tu. Cuma tak tahu siapa dan bila, haha. Apapun, persiapan kena ada. Tak ada calon pun, duit dah nak kena kumpul. Persiapkan diri dulu sebaiknya sebelum galas tugas berat jaga anak orang. Sementara masih bujang ni, berbakti kepada mak ayah dan keluarga dulu. Sambil-sambil tu, cari-cari la calon yang sesuai. No rush! 


Apapun, rasanya dah boleh plan slow-slow macam survey cari bridal untuk majlis nanti. Ye lah, duk Kelantan ni tak banyak pakej perkahwinan dan bridal yang ada. Better survey awal-awal. Siapa tahu bridal terbaik di Kelantan? Kalau search di google, terjumpa salah satu bridal yang tersohor di Kelantan iaitu Nada Bridal. Betul ke okey pakej yang Nada Bridal offer? Maybe sesiapa yang pernah guna servis Nada Bridal boleh la komen share experience. Sama-sama dapat manfaat!


Setiap orang impikan majlis perkahwinan yang indah untuk dikenang sepanjang hayat. Aku pun mengharap benda yang sama. Selain meraikan kita selaku Raja Sehari, majlis perkahwinan juga adalah majlis istimewa untuk meraikan kedua-dua belah keluarga, iaitu sebelah pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Kita kahwin dengan dia, maksudnya kita dah tekad nak jadikan kelurga dia sebahagian daripada keluarga kita. Yang dua menjadi satu dan yang jauh menjadi dekat. Betul tak?


Untuk memastikan Majlis perkahwinan berjalan lancar, beberapa aspek penting perlu kita rancang dan buat. Buat majlis nikah kahwin ni, bukan boleh main tangkap muat dan buat cincai-cincai je. Kena rancang betul-betul especially part bajet. Make sure yang part wajib kita tunaikan sebaiknya seperti Majlis Akad Nikah. Majlis yang lain-lain, ikutlah kemampuan. Jangan pula berhutang sana-sini untuk kegembiraan hanya sehari. Kalau nak buat juga yang tip top, kena usaha kumpul duit sama-sama.


Kalau ada rezeki lebih, bincang elok-elok dengan pasangan dan keluarga untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Part makanan, kalau tak mampu nak upah caterer, at least kita ada option lain untuk gotong-royong atau rewang. Kalau part pelamin pulak, better upah bridal yang uruskan. So, kita tak payah nak pening-pening gi kedai sendiri untuk cari bunga, karpet, kain langsir bagai. Jimat masa, jimat duit. Kita kerja di KL, tapi majlis di Kelantan. Bila masa nak buat ni semua kan?


Kalau macam aku di Kelantan, dah pasti akan cari bridal terbaik yang dapat bagi hasil kerja yang puas hati. Nanti, boleh abadikan moment indah sebagai Raja sehari untuk tatapan di hari tua. The best solution, tak nak pening-pening, ambil je pakej dari bridal. Biar yang expert settlekan. Alang-alang duk usha-usha Nada Bridal Kelantan, berkenan pulak tengok koleksi pelamin dan dekorasi yang dorang buat. Cantik, elegant dan prestij!


Tapi, just in case korang memang ada bajet lebih, boleh je hire Nada Bridal untuk settle everything as Wedding Planner untuk Majlis kahwin korang. Semua dorang akan uruskan dari dewan, catering, pelamin, Busana sehingga ke make up artist. Full pakej ada, pakej lain pun ada. Depends kat perancangan dan bajet masing-masing. 


Aku belum ada pengalaman kahwin lagi, baru slow-slow nak survey je ni. Bagi aku, kita kena pastikan pilih bridal yang bertauliah dan berpengalaman. Banyak kes sekarang pengantin kena tipu. Jadi, cari yang betul-betul berkualiti dan memenuhi citarasa. Di kesempatan ni, aku nak share 4 perkara asas yang perlu kita tahu dalam mencari bridal terbaik untuk majlis perkahwinan kita nanti. Apa yang aku dapat selepas meneliti gambar-gambar di page Nada Bridal Kelantan, aku share kat bawah ni. Check it out!

1. Pemilihan konsep dan tema


Nikah kahwin ni kan sekali seumur hidup. Jadi, kena buat betul-betul biar puas hati. Pssst! Tak valid untuk korang yang plan nak nikah lebih dari satu, hahaha. Back to topic, firstly, kena pilih konsep dan tema yang tepat. Paling penting ikut bajet yang kita ada. Part ni paling penting, baju persandingan dengan pelamin kena sesuai. Jangan pilih pelamin tema English style, tetapi busana traditional. Kalau rasa tak confident dengan pilihan yang kita ada, boleh minta bantuan nasihat daripada expert seperti Nada Bridal. Dengan plan yang kita ada, plus knowledge dan experience yang Nada Bridal ada, inshaAllah majlis perkahwinan akan nampak wow!


2. Warna yang tepat


Warna pelamin, warna busana, dan lighting adalah element penting untuk Majlis persandingan. Kita nikah kahwin dan sanding, mesti nak suruh photographer ambil gambar dan videographer rekod video kan? Ini penting untuk capture moment-moment indah untuk disimpan untuk hari muka. Kalau pilihan warna pelamin dan busana tak matching, dah tentu gambar atau video nanti akan jadi tak cun. Kalau lightning pun tak cantik, gambar dan video pun hancur. Jadi, sesuaikan dengan tema, padankan dengan warna yang tepat, semestinya majlis akan nampak meriah dan gah!



3. Dekorasi biar "on-point"


Part dekorasi ni, kalau tak nak pening kepala serahkan pada yang pakar. Aku fail kalau bab-bab dekorasi ni. Rasanya, kalau serahkan kepada Nada Bridal nanti, sap sap soi je nih. Kalau dah namanya bridal yang berpengalaman dan kerja pasang pelamin dah jadi rutin, dah tentu hasil kerja on-point. Nak tahu bridal tu bagus ke tak? Pelamin cantik ke tak? Hasil kerja berkualiti ke tak? Mudah je, kita check hasil kerja dia di Facebook atau Instagram. Dunia sekarang kan di hujung jari. So, buat lah pilihan yang bijak. Aku dapat tahu tentang Nada Bridal ni pun melalui facebook dan instagram. Untuk manfaat bersama, alang-alang tu aku share di blog ni. Aku pun tengah plan-plan jugak ni. Hahahaha


4. Saiz kerusi untuk Raja Sehari


Last but not least, jenis kerusi dan size kerusi untuk persandingan. Part ni juga penting untuk dititikberatkan. Kalau pelamin dah cantik, warna busana dah menarik, lightning on point, tiba-tiba kerusi pula tak kena. Letak kerusi macam kerusi perhimpunan sekolah tu. Alamak! Memang jadi cacat majlis tu nanti. Nampak remeh, eleh kerusi je. Tetapi, di situ lah kita selaku Raja Sehari akan duduk sambil tersenyum sampai telinga bersama pasangan kita yang tersayang. Bukan itu je, ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai semua bertandang. Tak kan nak tengok je kan? Mesti dorang pun nak ajak bergambar. Hah, kat sini pentingnya jenis kerusi yang dipilih. Make sure bukan setakat cantik, tetapi juga fit the the purpose. Biar boleh diguna untuk bergambar terutama untuk group photo atau famiy photo. Kenangan beb! Tak kan nak kahwin setahun sekali kan? Kah!




Rasanya, ini sahaja 4 tips penting yang aku dapat share dalam merancang pemilihan pelamin dan busana untuk Majlis perkahwinan. Idea ni aku dapat bila duk belek-belek album Nada Bridal. Berkhayal jap jadi pengantin baru. Excited juga bila buat research pasal ni. Alang-alang tu, aku share la sekali. Khas untuk member-member seangkatan yang tengah merancang untuk melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Dan special untuk awak, bakal jodoh saya. Eh!


Untuk korang yang berada di Kelantan, bolehlah cuba survey dan usha-usha pakej yang ditawarkan oleh Nada Bridal Kelantan. Aku dah tengok koleksi pelamin, memang cantik. Boleh consider ni nanti kalau dah jumpa jodoh, hahahaha. Doakan aku ye. Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi Facebook atau Instagram Nada Bridal Kelantan. Semoga bermanfaat!


Nada Bridal
Kg Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok Kelantan

Call / Whatsapp : 

Facebook : 

Instagram : 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...