AMARAN: INGAT 4 PERKARA INI BILA BERADA DI STESEN MINYAK!

/
0 Comments
Kalau sayang dekat diri sendiri dan sayang dekat orang-orang terdekat, korang kena baca, faham dan share benda ni. Mungkin sebelum ni kita ambil ringan dan pandang sebelah mata dengan perkara ni. Tetapi, percayalah. Risiko kecuaian kita dan kelalaian kita di stesen minyak mampu meragut nyawa kita dan orang sekeliling. Tak percaya? Korang tengoklah, saban hari pelbagai insiden yang tak diingini telah berlaku di stesen-stesen minyak. Antaranya, kenderaan terbakar. letupan kecil dan sebagainya. Persoalannya, mampukah kita nak elakkan diri dari kejadian seperti itu daripada berlaku kepada diri kita dan orang sekeliling?


Jawapannya adalah YA! Dengan syarat, korang patuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Jadi, untuk manfaart bersama. Meh, nak share 4 perkara yang korang perlu ingat dan patuhi bila berada di stesen minyak.

1. Matikan enjin sebelum mengisi bahan api
2. Jangan merokok, menyalakan mancis atau menggunakan pemetik api
3. Jangan menggunakan alat elektronik (smartphone)
4. Guna air untuk basuh bahagian yang tertumpah bahan api/ petrol




Alang-alang duk bercakap tentang keselataman di stesen minyak, aku nak kongsi serba-sedikit info tentang satu kempen langkah-langkah keselamatan Petrol Kiosk yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Petron bersama dengan Resorts World Genting yang diadakan di stesen Petron di Genting Highlands, Pahang.


Kempen kali ini dihadiri oleh Dato Mark bin Ujin (Pengerusi Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Afizan Azleen Abd Rahim (KPDNHEP Bahagian Ketua Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Abdul Mbin Ahmad (KPDNHEP Ketua Cawangan Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Khor Hai Peng (Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting), Katherine Chew (Naib President Komunikasi Resort dan Public Relations untuk Resorts World Genting), Sa’ado Sharif (Hubungan Kerajaan untuk Petron), Azizon binti Abdul Aziz (Wakil Pengurus Kawasan Petron). Kempen kali ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih dari 100 hadirin yang terdiri daripada orang awam. Kmepen dirasmikan oleh Dato Mark bin Ujin dengan pertolongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Genting Highlands dengan simbolik menyalakan obor. 




Dah jadi macam kebiasaan untuk para penunggang motor atau driver kereta apabila singgah di stesen petrol pam untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing, selepas siap mengisi minyak, mereka terus meluncur laju ke destinasi masing-masing dan begitulah habit mereka. Tetapi, apa yang ramai para pemandu di luar sana tidak sedar bahawa terdapat peraturan keselamatan yang ada di setiap stesen petrol pam yang perlu dipatuhi. Antaranya, untuk berhati-hati dengan percikan api dari pelbagai sumber seperti penggunaan telefon bimbit ataupun nyaalaan api dari sepuntung rokok yang semestinya  boleh mengakibatkan kebakaran.


Dalam semangat untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pemandu, para pengguna dan juga operator di stesen petrol pam untuk lebih cakna tentang keselamatan di stesen-stesen petrol pam, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Sekuriti Negeri Pahang, Resorts World Genting dan juga peruncit minyak Petron bergabung dan bekerjesama untuk menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum seperti ini.




Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi demonstrasi etika dan prosedur yang betul di Petrol Kiosk dan juga sesi taklimat kesedaran keselamatan petroleum daripada ahli-ahli JBPM . Antara topik penting yang dikongsi adalah berkaitan langkah keselamtan bila ada situasi api yang amat membahayakan berlaku secara tiba-tiba. Orang awam dinasihatkn agar tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya. Contohnya, jika ada berlaku kebakaran yang tercetus di silinder gas, sebenarnya ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk serta menghentikan aliran gas. Yang penting, jangan cepat panik!


Ahli-ahli JBPM juga menjalankan demonstrasi dengan menggunakan lori bomba. Situasi yang membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar semasa demonstrasi setidak-tidaknya dapat memberi pendedahan kepada orang awam untuk bertindak lebih berani. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebu sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam. Tiba-tiba, kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan keselamatan memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut sekaligus memberi contoh kepada orang awam untuk bertindak sekiranya kejadian seumpam ini benar-benar berlaku.


Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi (lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair). Terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG).


Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang-undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sikap tidak cakna sesetengah pengguna dalam mematuhi peraturan keselamatan yang ada tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan. Selain kena patuh dengan peraturan keselamatan apabila sedang mengisi petrol, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya. Acara ini amatlah penting untuk mengajar dan mendidik para pengunjung terutamanya apabila sudah berada di kemuncak ketinggian 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya ketika bercuti di Genting Highlands. Pada tahun 2017 sahaja, Resorts World Genting mencatatkan rekod 24 juta pengunjung. 


Menekankan kepenting acara tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata “Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.” 


Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah, “Selain dari memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga staff kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan staf dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini."


Selain sesi demonstrasi, ada juga sesi kuiz ‘Pengguna Bijak’ yang telah diadakan dengan menawarkan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP di mana para penonton bersuka ria dalam menjawab soalan. Aktivtii yang dianjurkan oleh pihak Resorts World Genting ini wajar dipuji dalam mendidik orang awam tentang Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum, Kempen seumpama ini bukan sahaja penting untuk orang awam di Pahang, tetapi perlu disebarkan kepada semua pengguna stesen minyak di seluruh Malaysia.


Beringat sebelum kena!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...