Cuti hujung minggu adalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang yang berkerja untuk pergi bercuti dan rehatkan minda. Bagi aku sendiri, waktu hujung minggu ataupun cuti umum adalah masa yang sangat dinantikan untuk lari dari kesibukan ibu kota. Memang tak dapat dinafikan, kita perlukan masa untuk diri sendiri dan lupakan sekejap masalah/kerja di office. Pergi bercuti dan self-retreat. Mudah-mudahan, dapat hiburkan diri sendiri untuk jadi lebih produktif dan energetic! Seriously, teknik ini memang berkesan. Refresh! Kalau korang perlukan idea untuk weekend getaway atau short escape, korang kena baca perkongsian aku kali ini. Cekidout!


Resorts World Kijal, Terengganu


Baru-baru ini, aku pergi bercuti ke Resorts World Kijal, Terengganu. Jujurnya, ini kali pertama aku bercuti di Resorts World Kijal. Jadi, perasaan tu memanglah excited. Lagipun, kami pergi ramai-ramai menaiki satu bas bersama rakan-rakan bloggers. Memang havoc! Kami bertolak dari Wisma Genting seawal jam 7 pagi dan tiba di Resorts World Kijal, Terengganu lebih kurang jam 1 tengah hari. Untuk pengetahuan korang, trip ini telah dianjurkan oleh pihak Resorts World Genting.


Lobi Resorts World Kijal


Memandangkan ini first time aku bercuti di Resorts World Kijal, jadi aku rasa berkobar-kobar nak share dengan semua readers tentang aktivti menarik di Resorts World Kijal, Terengganu. Aku yakin, mesti ramai orang kat luar sana yang tertanya-tanya, "Best ke bercuti di Resorts World Kijal?", "Apa yang best di Resorts World Kijal?", dan macam-macam lagi. Jadi, untuk merungkai segala persoalan korang tu, aku senaraikan beberapa aktiviti yang telah kami buat sepanjang bercuti 2 hari 1 malam di Resorts World Kijal. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan bagi korang yang bercadang nak bercuti ke sini.


Keunikan binaan atap lobi Resorts World Kijal


Kami cukup bertuah, di saat kami menjejakkan kaki di Resorts World Kijal, kami disambut dengan meriah. Dihulurkan "welcoming drink" dan "cold towel" setelah penat mengharungi 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, rasanya sungguh segar. Bukan itu sahaja, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh, Kemasek yang terletak di Kemaman, Terengganu. Such a nice performance. Keep it up!


Persembahan tarian kebudayaan


Pelajar Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh, Kemasek


Selain persembahan kebudayaan, aku juga tertarik dengan senibina di Resorts World Kijal. Dari struktur bumbung, marmar lantai, tiang sehinggalah ke susun atur bangunan tempat penginapan, semua nampak eksklusif dan mewah. Amazing! Aku boleh bagi 5 bintang dari segi fasiliti, kebersihan dan maintenance kat sini. Memang dijaga dengan rapi. Next, jom kita tengok apa pula aktiviti yang menarik di Resorts World Kijal.


Keunikan lobi resort dengan fountain dan marmar berwarna-warni

Aktiviti Menarik di Resorts World Kijal

1) Staycation

Memandangkan lokasi Resorts World Kijal yang terletak betul-betul di persisiran pantai, jadi aku boleh katakan ia amat sesuai untuk dijadikan destinasi staycation. A perfect place for a vacation! Tak kira korang nak bercuti bersama suami/isteri (honeymoon), bersama family dan anak-anak ataupun bersama kawan-kawan, Resorts World Kijal adalah pilihan yang bijak.


Checked-in!

Selesai je persembahan tarian, kami terus check-in. Yeah, tak sabar nak rasai sendiri keselesaan dan keseronokan tempat menginap di Resorts World Kijal. Kami dapat bilik "Premier Double". Paling best, bilik kami ada "sea view". Belek tirai dan langsir, terus nampak swimming pool dan Laut China Selatan. Fuh, memang menenangkan. Bilik ni dilengkapi dengan fasiliti seperti penghawa dingin, TV, bar mini, dan tab mandi.


Premier Double Room

Dilengkapi dengan tab mandi

Sea view

Poolside view

Pesisir pantai di Resorts World Kijal


2) Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Alang-alang dah sampai di Terengganu, tak lengkap rasanya kalau kita tak Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Terengganu cukup terkenal dengan keropok lekor, satar, ikan celup tepung dan nasi dagang. Tak payah pergi jauh, semuanya ada dihidangkan di Resorts World Kijal. Selesai urusan checked-in, kami turun ke Restoran Kamppong Meraga Beris untuk menikmati makan tengah hari. Aku suka sup dan nasi dagang kat sini. Must try!

Restoran Kampong Meraga Beris

Juadah dihidangkan di atas perahu

Aneka jenis sup

Kuih-muih dan dessert

Makan malam di Oasis Beach Bistro

Makan malam di tepi pantai

Breakfast dengan Nasi Dagang

Makan tengah hari - Keropok lekor dan satar


3) Swimming

Memandangkan Resorts World Kijal mempunyai swimming pool yang sangat besar dan cantik, so aktiviti mandi-manda (swimming) adalah satu kemestian. Ada kolam renang khas untuk kanak-kanak, ada juga kolam renang untuk orang dewasa. Swimming pool kat sini memang bersih dan besar. Sesuai untuk aktiviti riadah seperti bermain polo air. Nak santai-santai tepi kolam pun boleh. Chill and relax!


Kolam renang untuk kanak-kanak

Kolam renang untuk dewasa

Nampak struktur bangunan kat sini macam Cruise kan?


4) Team Building

Kalau korang plan nak buat trip company, maybe boleh pertimbangkan untuk buat team building. Highly recommended! Untuk sesi petang, kami semua kena beraksi untuk telematch yang dianjurkan oleh pihak Resorts World Kijal. Seriously, lama gila tak main sukaneka macam ni. Seronok sebab main tepi pantai. Pendek kata, kalau nak buat family day pun boleh kat sini. Antara acara yang dipertandingkan tempoh hari adalah pancing botol, tarik upih, kukur kelapa, crazy tennis ball dan gorilla. Memang lawak dan menghiburkan especially part nak pergi pancing botol sambil pakai kaki itik. Fuh, memang mencabar. 


Pancing botol dengan berkaki itik

Gorilla - Kepit bola di peha, ketiak kiri dan kanan

Tarik upih

Kukur kelapa

Dam ular gergasi

Selain telematch, korang juga boleh mencuba sendiri untuk bermain dam ular gergasi dan chess gergasi di Resorts World Kijal. Antara aktiviti lain yang ada adalah memanah, tenis ataupun golf.  Memang percutian korang akan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik!


5) Tree Planting

Resorts World Kijal memang menitikberatkan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara aktiviti lain yang ditawarkan kepada tetamu yang menginap adalah aktiviti menanam pokok kelapa. Dah alang-alang sampai sini, tak lengkap rasanya kalau tak tanam pokok kelapa kan? So, here we go! Semoga pokok kelapa ni tumbuh dan membesar dengan baik. Harap-harap, datang next time dapat tengok pokok ni dah besar, hehehe. 


Aktiviti menanam pokok kelapa


6) Egg Planting & Turtle Release

Dalam banyak-banyak aktiviti yang ada, aku paling excited untuk aktiviti menanam telur penyu (egg planting) dan melepaskan anak penyu ke laut (turtle release). Salah satu usaha pihak Resorts World Kijal dalam memelihara dan memulihara spesies yang terancam seperti penyu ini adalah dengan mewujudkan satu pusat konservasi khas iaitu Hatchery. Actually, ini first time aku belajar cara macam mana nak tanam telur penyu dengan betul untuk proses penetasan. Kemudian, kami diberi peluang untuk meleapskan anak penyu ke laut.


Penerangan tentang aktiviti di Hatchery

Proses menanam telur penyu (egg planting)

Proses melepaskan anak penyu (turtle release)


INFO
  1. Penyu biasanya akan tiba pesisir pantai Terengganu dari bulan April hingga September setiap tahun
  2. Antara spesies penyu yang biasa mendarat di pantai Terengganu adalah Penyu Hijau (Chelonia Mydas) 
  3. Kadang-kadang, ada juga spesies yang jarang dijumpai seperti Penyu Hawksbill (Eretmochelys Imbricate) mendarat di pantai Terengganu.
  4. Penyu-penyu tersebut hanya menggunakan naluri mereka untuk kembali ke tempat mereka menetas. Antaranya adalah pantai sepanjang 7.6km di Resorts World Kijal.
  5. Dalam masa tiga bulan, telur-telur tersebut akan diinkub dengan tanah sebelum menetas dan dilepaskan ke laut.
  6. Pihak resorts telah bekerjasama dengan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu untuk mendapatkan perlindungan secara rasmi di kawasan pantai mereka dan mengesahkan program pemuliharaan penyu.
Save the turtle!

Sebagai tanda kenang-kenangan, sempat juga aku rekod sedikit-sebanyak video semasa aktiviti menanam telur penyu (egg planting) dan melepaskan anak penyu ke laut (tutrtle release). Ini adalah antara kenangan manis ketika bercuti di Resorts World Kijal. Check it out!




7) Relaxing

Alang-alang resort dah berdekatan pantai, tak sah kalau tak ambil vitamen SEA! Aku paling suka duduk santai-santai atas hammock di bawah pokok kelapa sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Nyaman dan tenang. Hilang segala masalah buat sementara waktu. Awal pagi pula, kami tak lepaskan peluang untuk kejar sunrise. Ya Allah, cantik sangat sunrise. Bukan selalu dapat menikmati suasana matahari terbit di tepi pantai. Kalau nak jogging di pesisir pantai pun boleh. Kami acah-acah yoga je tu, kah! Oh, untuk kaki gym, don't worry. Gym pun ada kat sini. Jadi, korang tak perlu risau kena skip rutin harian korang. Boleh bercuti sambil melakukan rutin harian seperti biasa.


Vitamin SEA!

Sunset

Sunrise

Ini yoga ke posing je? Hik

Pusat gym

8) Ronda Kampung

Mungkin ada antara korang yang teringin merasai sendiri suasana kampung nelayan. Resorts World Kijal turut menawarkan pakej ronda kampung nelayan yang terletak berhampiran dengan resort. Tempat yang kami kunjungi adalah perkampungan nelayan di Pantai Penunjuk. View pantai di Pantai Penunjuk sangat cantik. Kalau nak beli ikan bilis, ikan kering ataupun air kelapa pun ada di sekitar kawasan kampung. Lagi satu yang best, korang boleh je naik basikal yang disediakan oleh pihak resort untuk ronda-ronda kamung. Baru adventure!


Ikan bilis di kampung nelayan


Inilah antara 8 aktiviti yang korang boleh cuba buat bila bercuti di Resorts World Kijal. Untuk korang yang berminat dengan aktiviti menanam telur penyu dan melepaskan anak penyu ke laut dalam usaha memahami dan belajar tentang usaha pemuliharaan penyu, boleh ambil pakej Penyu Laut 3 hari 2 malam (RM682 sebilik/semalam untuk 2 orang). Tapi perlu ingat, penyu bertelur mengikut musim iaitu dari bulan April hingga September. So, rancanglah percutian korang sebaik mungkin!


Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh pihak Resorts World Kijal, boleh rujuk website mereka. Apapun, terima kasih kepada Resorts World Genting kerana telah menganjurkan trip yang ohsem ini. At least, we play our part to save the turtles! Ingat, jangan makan telur penyu, jangan buang sampah merata-rata bila berkunjung ke pantai dan paling penting, support usaha untuk memulihara penyu untuk generasi akan datang.


Website:

Alamat:
Resorts World Kijal,
KM 28, 24210, Jalan Kemaman,
Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100, Kijal Terengganu, Malaysia


Selamat bercuti!