Korang pernah dengar tak tentang MITEC? MITEC ataupun Malaysia International Trade & Exhibition Centre merupakan pusat pameran terbesar di Malaysia. Actually, aku baru tahu kewujudan bangunan unik dan tersergam indah ini time aku pergi ke MITA Fair 2018. Baru-baru ini, aku tengok ramai member-member ke sana sempena Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW 2018). Baru aku tahu, rupa-rupanya MITEC merupakan penaja utama untuk event MSMW2018. Rugi pulak rasanya tak dapat join MSMW 2018 tahun ini. Nampaknya, MSMW 2018 tahun ini lagi meriah dan sukses!


Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)


Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)


Untuk perkongsian kali ini, aku tertarik untuk bercerita tentang MITEC. MITEC adalah simbol kepada pembangunan futuristic yang menitikberatkan practicality dan uniqueness. Dari segi senibini dan kemudahan yang ada, aku yakin MITEC merupakan lokasi terbaik untuk penganjuran event bertaraf antarbangsa. Jom kita tengok beberapa fakta menarik berkaitan MITEC. Cekidout!

Fakta Menarik MITEC

  1. Malaysia International Trade & Exhibition Centre atau lebih dikenali sebagai MITEC adalah pusat pameran yang terbesar di Malaysia. 
  2. MITEC telah dibangunkan dan dibina oleh pihak Naza TTDI Sdn Bhd, iaitu subsidiary kepada Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).
  3. MITEC diuruskan oleh Prisma Galeri Sdn Bhd.Syarikat di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
  4. Bangunan 3 tingkat dengan senibina unik yang mengambil inspirasi daripada bentuk biji getah ini adalah salah satu projek  pembangunan untuk KL Metropolis.
  5. MITEC menyediakan 11 dewan pameran yang luas iaitu 9 dewan pamern mega dan 2 dewan pameran bersaiz sederhana, sebuah dewan serbaguna (Multi-Purpose Hall) dan 10 bilik mesyuarat.
  6. Ruang pameran yang luas dapat memuatkan sehingga 2200 unit booths.
  7. Dibina jalan khas (ramp) yang menghubungkan tingkat bawah terus ke ruang pameran di tingkat 3 dengan eskelator tertinggi di Malaysia (15 meter).
  8. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat letak kenderaan (1,580 parkir termasuk ruang letak kereta bagi golongan kelainan upaya dengan kemudahan lif tanpa perlu berjalan jauh), restoran dan sebagainya.
  9. Sesuai untuk dijadikan lokasi untuk apa jua acara dalam skala kecil ataupun skala besar dengan adanya ruang pameran / dewan pelbagai saiz untuk disewa.
  10. Dewan seluas 3 ekar dengan ketinggian ceiling 36 meter dibina dengan fungsi "expandable hall" (sehingga 72 meter lebar dan 180 meter panjang).

Malaysia International Trade & Exhibition Centre atau lebih dikenali sebagai MITEC


Malaysia International Trade & Exhibition Centre berasaskan bentuk biji getah


Malaysia Social Media Week 2018


Satu lagi detik bersejarah yang berlangsung di MITEC adalah kejayaan menganjurkan Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW 2018). MSMW adalah event yang tidak asing lagi dalam kalangan penggiat Social Media ataupun blogger dan telah menjadi acara tahunan. Dengan segala kemudahan yang ada di MITEC, tidak hairanlah MSMW 2018 berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang dengan sambutan yang amat menggalakkan.


MSMW 2018


MSMW 2018 Talk Session


Pelbagai topik dibincangkan dalam beberapa siri seminar dan workshop sepanjang MSMW 2018. Penganjuran event seperti ini amat bermanfaat untuk semua penggiat Media Social untuk melengkapkan diri dengan informasi terkini, ilmu pengetahuan dan perkongsian menarik dari speakers berkaliber dari dalam dan luar negara.


Pekongsian ilmu dari speakers yang berkaliber


Hall yang mampu memuatkan ramai peserta


Seminar Room yang selesa


Ruang solat yang luas dan selesa

Hidangan Istimewa daripada Chef MITEC


Sepanjang berlangsungnya Malaysia Social Media Week 2018, satu lagi tarikan yang mencuri perhatian para hadirin yang hadir adalah makanan yang dihidangkan. Semua hidangan makanan untuk peserta disediakan oleh chef dari MITEC sendiri. Seleksi menu dari Chef MITEC memberi kepuasan kepada para hadirin especially dengan hidangan yang unik dan lazat seperti donut besar, sushi nasi lemak, pastri dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan.
Terdapat pelbagai makanan menarik yang disajikan semasa MSMW 2018 berlangsung. Rata-rata hadirin berpuas hati dengan kesedapan makanan yang disajikan. Paling menarik, semua hidangan ini dimasak oleh chef in-house MITEC di ruang dapur mereka tersediri. Pendek kata, kalau korang mencari lokasi event yang menyediakan ruang yang besar dan selesa serta makanan yang enak dan lazat, apa yang terlintas di fikiran but masa ini adalah MITEC!
Makanan lazat serta ruang yang luas dan selesa membolehkan para hadirin yang datang melakukan aktiviti networking tanpa rasa kekok. Ini adalah antara faktor utama yang patut diambil kira bila kita memilih lokasi untuk menganjurkan event besar especially event yang bertaraf antarabangsa.





Jadi, tidak hairanlah kalau semua orang duk bercakap tentang event MSMW 2018 baru-baru ni semuanya best. Memang tidak dinafikan, lokasi acara memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan penganjuran sesebuah event. Agak-agak, event apa pula yang akan dianjurkan di MITEC selepas ini? Tak sabar rasanya untuk aku turut serta. Setakat ini saja perkongsian aku tentang kali ini tentang MITEC. 


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai MITEC, korang boleh layari website rasmi ataupun laman sosial media MITEC sepeti di bawah:


Instagram: 

Facebool:

Twitter: