Tahun lepas, aku ada share serba-sedikit tentang MY Delicacies di blog. Kalau korang tak pernah baca atau tak pernah tahu tentang MY Delicacies sebelum ini, boleh baca sini > MY Delicacies. MY Delicacies bukan asing lagi bagi aku. Disebabkan lokasi kiosk dan shoplot MY Delicacies di Busana MARA dekat dengan office, memang selalu singgah sini. Kalau time lunch, kadang-kadang singgah sini untuk dapatkan kudapan, lepas tu letak di workstation. Seriously, memang excited bila tengok banyak kudapan, biskut raya, kerepek dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada macam one stop centre untuk beli kudapan. Paling best, biskut raya atau kudapan di sini bukan bermusim, tetapi MY Delicacies menjualnya sepanjang tahun.




Memandangkan bulan Ramadan sudahpun bermula dan musim perayaan akan berkunjung tiba. Satu inisiatif pihak MY Delicacies adalah membuka satu shoplot baru yang lebih besar dan selesa di Busana MARA bagi memenuhi kehendak pelanggan. Memulakan operasi pada tahun 2015, kini MY Delicacies semakin mendapat sambutan hebat dari vendors dan para pelanggan. Jadi, tak hairanlah kalau tengok MY Delicacies semakin berkembang maju dan sukses. Tahniah!


BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT


Sempena majlis perasmian pembukaan shoplot MY Delicacies dan pelancaran produk baru di MY Delicacies Busana MARA, aku berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Kalau nak tahu, shoplot MY Delicacies ni terletak berdekatan dengan SUBWAY iaitu di kaki lima di Busana MARA menghala ke bangunan MARA.





Alhamdulillah, settle majlis bacaan yasin dan doa selamat, majlis diteruskan dengan majlis pelancaran produk baru di MY Delicacies dan juga kempen terbaru. Nak tahu kempen apa? Hah, korang kena baca la perkongsian aku kat sini. Cekidout!


KIOSK MY DELICACIES, BUSANA MARA

Kalau tahun lepas, aku bercerita tentang beli kudapan di Kiosk MY Delicacies di Busana MARA, kali ini aku nak bercerita tentang shoplot baru MY Delicacies di Busana MARA. Kiosk ni terletak betul-betul di depan Mc Donald, shoplot pula terletak tak jauh dari Kiosk MY Delicacies. So, don't worry. Kalau sampai di Busana MARA, korang jalan-jalan je di Ground Floor, confrim boleh jumpa. Percayalah, kalau korang datang sini tak akan menyesal. Sebabnya? Macam-macam ada. Bukan sekadar biskut raya dan kudapan, malah pelbagai jenis sambal sepert sambal hitam pun ada.








SHOPLOT MY DELICACIES


Kalau tak jumpa shoplot MY Delicacies di Busana MARA, korang jalan je menghala ke Bangunan MARA. Confrim, akan jumpa. Apa yang menarik, outlet MY Delicacies ni lebih besar, lebih selesa especially untuk para pelanggan untuk membeli-belah.




Lagi satu keistimewaan membeli-belah di MY Delicacies, mereka menyediakan samples untuk testing. So, korang boleh rasa dulu, pastikan betul-betul sedap, then baru beli. It's fair right? Tak nak lah, nanti bila dah beli, bawa balik rumah, try makan terapi rasanya mengecewakan. It'll never happen di MY Delicacies. Kat sini juga, aku dah jumpa biskut favorite aku yang sedap iaitu Biskut Makmur. Yummeh!




KEMPEN KAD RAYA 


Sejajar dengan pelancaran produk biskut raya sempena hari raya yang bakal kunjung tiba, pihak MY Delicacies juga telah melancarkan Kempen Kada Raya buat yang tesayang. Macam mana tu? Kalau korang berminat nak dapatkan kad raya ni, korang hanya perlu membuat pembelian RM30 ke atas di MY Delicacies. Kemudian, korang boleh dapat kad raya dan serahkan kepada pihak MY Delicacies untuk proses penghantaran secara percuma. Menarik kan? Korang yang dah lama tak hantar kad raya, boleh lah datang sini untuk buat kejutan kepada mak ayah di kampung, sahabat-handai yang dah lama tak bersua dan sanak-saudara. Tahukah anda? Saat menerima kad raya, itulah saat yang bermakna untuk seseorang. Nampak simple je kan? Tapi, di situlah terbitnya kegembiraan.




IMPIAN PUAN SUHAILY HAMZAH


Impian founder MY Delicacies iaitu Puan Suhaily Hamzah adalah untuk membantu semua usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam memasarkan produk mereka. Bukan mudah, nak memasarkan produk tanpa ilmu pemasaran. Jadi, kepada korang yang dah ada produk, tetapi masih buntu nak jual kat mana, jualan pun tak pulang modal, satu alternatif yang korang ada adalah bekerjasama dengan MY Delicacies. Korang boleh letak produk untuk dijual di MY Delicacies.




Pada tahun 2017, My Delicacies mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017. Dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan ini, usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies untuk dipromosikan dan dijual kepada pelanggan. Bila dah letak produk di My Delicacies, korang tak perlu risau. Mereka akan uruskan segalanya dari segi promosi dan juga jualan produk. Paling best, My Delicacies juga akan menjual produk-produk ini tak kira musim. Contohnya, kalau korang buat kuih raya, bukan time musim raya je dorang akan jual, malah sepanjang tahun. 







Kelebihan My Delicacies
  1. Produk akan dipromosikan selama 365 hari di semua kedai,kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.
  2. Promosi berterusan di media sosial.
  3. Networking dengan vendor-vendor lain.
  4. Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketin



Perkhidmatan My Delicacies
  1. Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan tembaga berkualiti.
  2. Menjual secara runcit dan borong
  3. Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap
  4. Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia dimakan
  5. Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.
  6. Hot items di My delicacies:
    • SAMBAL HITAM MENANGIS
    • SAMBAL KICAP
    • SAMBAL TEMPOYAK
    • SAMBAL IKAN MASIN.

HARI HARI RASA RAYA


Memang kena dengan tagline MY Delicacies, 'Hari Hari Rasa Raya", mereka menjual semua produk especially biskut raya bukan hanya di musim raya, malah sepanjang tahun. Jadi, korang tak payah nak mengidam biskut raya, tak payah tunggu misum raya macam biasa, sekarang setiap hari boleh beli.








SERUNDING DAGING TEMPATAN

Selain kudapan dan kuih-muih raya, satu lagi produk yang mendapat sambutan adalah Serunding Daging Tempatan. Kalau korang nak dapatkan Serunding Daging Tempatan, fresh dari Kampung Laut, Kelantan boleh dapatkan di MY Delicacies. Rasanya memang umphhhh! Sedap. Bulan-bulan puasa ni, memang wajib ada lah untuk berbukap uasa dan bersahur.





Kalau korang teringin nak dapatkan kudapan, biskut raya atau serunding daging tempatan, bolehlah berkunjung ke MY Delicacies. Sekarang mudah, tak payah nak gi banyak kedai untuk beli semua yang kita nak. Singgah MY Delicacies je, semua ada. Jimat masa, jimat tenaga. Untuk maklumat lanjut tentang My Delicacies, korang boleh kunjungi My Delicacies yang berhampiran ataupun kunjungi laman media sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini!




LOKASI MY DELICACIES


Busana MARA, KL
Busana Mara 232,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur


Jakel Square
Lot G.04, (Ground Floor) ,Signature A&B Lot 159, Jakel Square , Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur.


Facebook: 


Instagram: 


Email: 
mydelicacies17@gmail.com