Dalam artikel sebelum ini iaitu "Detik-detik Manis 2017", aku ada berkongsi kenangan manis especially tentang travel ke beberapa destinasi di luar negara. Antaranya ke Melbourne, Osaka, Jakarta, Palembang, Singapore, Luang Prabang dan Macau. Ya, semuanya dalam satu tahun iaitu 2017. Bila share serba-sedikit pengalaman tentang travel ke destinasi-destinasi tersebut, ramai yang bertanya, "Macam mana boleh travel ke banyak tempat dalam masa satu tahun?", "Macam mana simpan duit sampai boleh travel ke banyak destinasi?", "Ada tak tips jimat untuk travel?" dan macam-macam lagi. 


Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba sedikit tentang pengalaman aku sekaligus cuba menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan-rakan di sosial media. To be honest, I'm not a rich person! Kalau ikutkan duit gaji bulanan, memang tak mampu untuk travel keliling dunia. Macam orang selalu cakap, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Memandangkan aku suka travel, maka aku cari jalan macam mana nak travel dalam bajet yang terhad. Dan salah satu caranya, #Tips1 aku join contest especially contest berkaitan travel ataupun contest yang menawarkan hadiah-hadiah pakej percutian, tiket flight dan sebagainya. Alhamdulillah, untuk tahun 2017 aku menang fully sponsored trip ke Melbourne, tiket flight ke Luang Prabang dan fully sponsored trip ke Macau untuk buat bungey jump. Get it? Dengan hanya mencuba nasib join contest, aku dapat save bajet untuk travel ke 3 destinasi idaman. Percayalah, rezeki tak pernah salah alamat. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu!"


Traveloka Fly & Win CNY Challenge


Time aku scroll facebook, aku nampak sekarang ni ada satu contest baru yang sedang berlangsung iaitu Fly & Win CNY Challenge yang dianjurkan oleh Traveloka. First thing first, aku tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Walaweh! Sangat menarik perhatian. Nak tahu apa hadiah dia? Tiket flight dan tempat penginapan ke Seoul, Phuket dan Langkawi. Selain itu, 2 pemenang bertuah juga akan menerima travel voucher dari Traveloka bernilai RM1000. Fuh!


So guys, especially korang yang first time nak join contest ataupun korang yang kaki contest, apa kata korang pakat join contest ni. Aku dah baca syarat-syaratnya. Memang mudah je! Korang tak perlu perah idea, tak perlukan kreativiti, tak perlukan modal wang ringgit pun. Just spend your time playing game on facebook. Ya, betul. Hanya perlua main game di facebook dan kumpul point paling tinggi untuk menang. Mudah kan?




Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Cepat-cepat join untuk rebut peluang menang hadiah percutian dari Traveloka dengan hanya menyertai CNY 2018 contest.


Jujurnya, ini antara contest paling mudah yang aku pernah jumpa dan menawarkan hadiah paling lumayan. Memang rugi kalau siapa yang tak join. Korang hanya perlu follow langkah-langkah berikut:


  1. Buka laman web Traveloka CNY 2018 contest
  2. Baca arahan permainan dan mula bermain
  3. Tekan anak panah untuk bermula
  4. Sentuh skrin telefon dan pastikan kapal terbang sentiasa terbang untuk kekal dalam permainan dengan mengelakkan daripada terlanggar sebarang halangan
  5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points


TIPS:

  • 1 point untuk setiap kali kapal terbang berjaya melepasi halangan
  • 10 point untuk satu Traveloka Ang Pow
  • Hati-hati dengan halangan layang-layang dan belon udara - sangat tricky
  • Pastikan kapal terbang berada di tengah untuk memudahkan pergerakan mengutip Traveloka Ang Pow dan mengelakkan diri dari terkena halangan dari bahagian atas atau bawah
  • Stay focus and consistent. Enjoy the game :)


Tiga (3) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY dan akan diumumkan sebagai pemenang CNY 2018 Contest! 

Pemenang Hadiah Utama
Percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea (penerbangan & penginapan) untuk 2 orang

1st Runner Up
Percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket (penerbangan & penginapana) untuk 2 orang

2nd Runner Up
Percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi (penerbangan & penginapan) untuk 2 orang.

Kategori Share di Facebook Cabaran Traveloka Fly & Win CNY
Dua (2) baucer Traveloka bernilai RM1000 untuk setiap pemenang


So guys, apa tunggu lagi. Jom join! Aku pun dah start main game ni. So far, skor tertinggi rekod peribadi 155. Jom, sama-sama kita tingkatkan personal score. Mudah-mudahan ada antara kita yang bakal diumumkan sebagai pemenang. All the best!


Okay, sambung lagi pasal tips macam mana nak travel banyak tempat dengan bajet yang terhad. Selain join contest, #Tips2 aku juga selalu hunting tiket flight murah. Salah satu website yang aku guna untuk dapatkan harga tiket flight paling murah untuk destinasi yang nak dituju adalah Traveloka. Selain tiket flight, Traveloka juga ada menyediakan perbandingan harga untuk hotel. Korang pun boleh cuba, klik je website https://www.traveloka.com/en-my/ ataupun boleh install aplikasi Traveloka di Google Play atau Apple Store.



See the world together

Tips seterusnya, #Tips3 travel secara berkumpulan. Berkumpulan maksud aku bukanlah satu bas (30 orang). Kalau ada 2-4 orang pun dah cukup. At least, kos untuk penginapan (2 orang/bilik) dan kos untuk pengangkutan (4 orang/kereta) boleh dikongsi. So, jimatlah kos kat situ. Betul tak? Tapi kena ingat, pastikan gang travel korang sekepala. Jangan pula sorang nak naik feri, sorang nak naik kapal selam. Nanya nanti!


Antara Bali, Phuket, Siem Reap dan Bagan, mana satu yang korang rasa paling best?


Last tips, #Tips4 plan your trip! Macam aku, selalu tengok kalendar dan gunakan cuti weekend yang  jatuh sekali dengan public holiday (long weekend). Book tiket flight awal-awal, dan plan trip sebaiknya. InshaAllah, cuti Thaipusam dan Federal minggu depan, aku akan ke Bali buat kali ke-2. Tapi, kali ni aku pergi berdua dengan rakan blogger. I can't wait for my long holiday! Ambil cuti 3 hari je, tapi I got my long holiday (8 hari). Actually, aku pernah ke Phuket dan Siem Reap bertiga dengan gang travel. Sama juga, time tu aku apply cuti yang ada weekend dan public holiday, hehe. Cuma, so far tak berkesempatan lagi nak pergi ke Bagan. One of my dream destination! Maybe, next time.




My next plan is for CNY public holiday. Korang dah ada plan belum? Kalau belum, boleh check apps atau website Traveloka. Sekarang ni, Traveloka ada buat promosi sempena Chinese New Year. Dengar kata, ada diskaun untuk tiket flight dalam negara mahupun ke luar negara. Kalau korang nak info lebih lanjut, boleh refer kat bawah!


Coupon codes to get 15% OFF!
GONGXIDOM for domestic flights
GONGXIINT for international flights

Domestic: 
15% OFF, up to RM35 (min. spend RM120)

International: 
15% OFF, up to RM50 (round-trip only)



Rasanya, itu saja tips macam mana nak travel dalam bajet yang terhad. Mungkin, lain orang lain caranya. Apa yang aku share ni adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Kalau korang rasa berguna, bolehlah cuba buat ye. Semoga untuk tahun 2018, kita semua berpeluang untuk travel ke lebih banyak destinasi. So guys, where is your next destination?





Nah, untuk korang yang belum ada idea nak ke mana untuk holiday. Ni antara beberapa destinasi pilihan untuk korang pilih sempena cuti Chinese New Year nanti. I've been to Luang Prabang, Laos. It's amazing! Dan aku sarankan korang ke sini at least once. Nature and culture at its best! 


Selamat merancang percutian dan happy travelling!