TEMPAT MAKAN TERBAIK JJCM MAKAN AWARDS 2017

/
17 Comments
Sedar tak sedar, rancangan Jalan Jalan Cari Makan telah pun bersiaran lebih 16 tahun. Kini, program JJCM dikendalikan oleh Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Naz. Antara nama personaliti yang pernah menjadi pengacara rancangan JJCM adalah Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali. Dalam ramai-ramai host, siapakah yang menjadi favorite korang?




Terbaru, Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan memperkenalkan “JJCM Makan Awards” buat julung-julung kalinya. Penganjuran anugerah ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti "foodie" dan "food hunter" untuk mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang. 


Sebanyak 7 kategori dipertandingkan yang merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Pencalonan awal menyaksikan beberapa lokasi disenarai pendek hasil daripada cadangan pengguna aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. 7 kategori tersebut adalah Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular. Jom, kita tengok senarai finalist untuk JJCM Makan Awards untuk tahun 2017. Cekidout!


Senarai Pencalonan 

JJCM Makan Awards 2017


NASI LEMAK POPULAR


1. Nasi Lemak Bumbung

Lokasi: Jalan 21/11B, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

2. Village Park

Lokasi: No. 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

3. Nasi Lemak Tanglin

Lokasi: Gerai No 6, Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari, 50480 Kuala Lumpur

4. Nasi Lemak Antarabangsa

Lokasi: No. 4 Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

5. Nasi Lemak Royale ‘Kedah’

Lokasi: Lot 8500, Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur


BURGER KAKI LIMA POPULAR


1. Brader John Burger

Lokasi: Depan RHB Damansara Uptown, Jalan SS21/58, 47400 Petaling Jaya, Selangor

2. Om Burger

Lokasi: Depan 7-11, Lorong Kolam Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

3. Yazid Burger

Lokasi: Lot 4, Medan Selera Anjung, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

4. Tajima Burger Bangi

Lokasi: Lot Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43000 Bangi, Selangor

5. The Burger Shop

Lokasi: Jalan SS 15/8, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor


IKAN BAKAR POPULAR


1. Sambal Hijau

Lokasi: Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

2. Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy

Lokasi: Lorong Bellamy, Bukit Petaling, 50460 Brickfields, Kuala Lumpur

3. Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin

Lokasi: Bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin, Medan Selera Tanglin, 50646 Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

4. Restoran Ikan Bakar FEND

Lokasi: Lot H-G-05, Jalan SS6/16A Dataran Glomac Kelana Jaya, SS 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor

5. Restoran Arang Ikan Bakar

Lokasi: Jalan Keluli Ak7/Ak, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor


NASI KANDAR POPULAR


1. Zainul Nasi Kandar

Lokasi: Gerai No. 90, Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

2. Mohd Yaseem Nasi Kandar

Lokasi: No. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

3. Restoran Kudu Bin Abdul

Lokasi: No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

4. Suberi Nasi Kandar

Lokasi: No. 50, Bengkel IKS, Keramat AU3/1, 54200 Kuala Lumpur

5. Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Lokasi: No. 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur


KUEY TEOW BASAH POPULAR


1. Mali's Corner

Lokasi: No. 9-1, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

2. Mamu Penang Char Kuey Teow

Lokasi: Perkarangan Masjid Al-Mustaqim, Persiaran Putra, Laman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

3. Mie Cord Char Kway Teow

Lokasi: Lot 2995, Kg Sungai Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

4. Sany Char Kuey Teow

Lokasi: Gerai 1A, Jalan Berserah, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur


Satay Popular


1. Sate Kajang Hj Samuri

Lokasi: Lot 1, 2 & 3, Ground Floor & 2nd Floor, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor

2. Willy Satay

Lokasi: Ramal Food Junction, Jalan Sungai Ramal, 43000 Kajang, Selangor

3. Satay Zainah Ismail

Lokasi: Lot 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

4. Hj Senen Satay

Lokasi: Restoran O Mulia, 300-1 Jalan Tun Razak, 54200 Kuala Lumpur

5. Zaini Satay

Lokasi: Jalan Kolam Air Lama, 68000 Ampang Jaya, Kuala Lumpur


Rojak & Cendol Popular


1. Rojak & Cendol Din

Lokasi: Depan stesen petrol Petronas, Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

2. Rojak SS 15

Lokasi: Jalan SS 15/3B, 47500 Subang Jaya, Selangor

3. Rojak Bellamy

Lokasi: Pernama PN 090, Jalan Bellamy, 50450 Kuala Lumpur

4. Sulaiman’s Famous Cendol & Rojak

Lokasi: Sebelah MSS Maju Restaurant (belakang Market Hall), Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

5. Rojak & Cendol Shah Alam

Lokasi: Medan Selera Delima Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor


So guys, apa tunggu lagi? Undian JJCM Makan Awards Kini Bermula!


Keputusan pemenang akan ditentukan dengan format pemarkahan 50% undian rakyat Malaysia manakala 50 % lagi dari juri profesional. Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi ekslusif JJCM Makan Awards dan juga wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak bulan Disember nanti. Tak sabar nak tunggu keputusan! Nanti mudah nak terjah kedai-kedai makan yang dinobatkan sebagai kedai makan terbaik di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor.


Untuk mengundi, korang boleh layari laman web www.jalanjalancarimakan.com.my dan klik undi. Tempoh untuk mengundi adalah bermula dari 1 November 2017 sehingga 24 November 2017. Bagi yang belum menggunakan aplikasi JJCM pula, korang boleh download dari Google Play Store atau Apple Store. Kalau nak tau lebih lanjut tentang apps JJCM, korang boleh baca perkongsian aku sebelum ni kat sini : Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan


Pssst! Bagus juga ada JJCM Makan Awards macam ni. At least, kita dapat tahu kedai makan yang best untuk kita terjah. Betul tak? So, next plan nak terjah kedai mana ni? hahahaha. Jom, follow #PenaBersantap untuk terjah tempat-tempat makan best! 


Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan


Aplikasi JJCM tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. 


Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu April lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.


Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.


You may also like

17 comments:

  1. Saya suka Serina masa jadi pengacara. Tapi Naz menyebabkan Rawlins rasa tercabar - dia makan banyak tapi still slim.

    ReplyDelete
  2. senang betul bila dah ada apps JJCM ni ...tak pening nak cari tempat makan lepas ni ..jom..jom..

    ReplyDelete
  3. dammit... I cannot decide... all also just as yummy.... huhuhu....

    ReplyDelete
  4. wow, macam semak pula nak letak aplikasi jjcm tengok kat tv3 je la, hehehhehehehe

    ReplyDelete
  5. Untung la ada award begini mereka at leaat mrk bole menambah baik makanan yg ada... suka juga makan ikan bakar belakang istana tu..

    ReplyDelete
  6. Bila ada orang awam yang undi baru boleh caya. Kekadang yang masuk TV ni berbayar so kena lah cakap baik baik pasal kedai tu kan

    ReplyDelete
  7. Allahu... kalau dah tercalon ni mesti yang terbaik antara yang terbaik. Banyak belum pergi lagi ni bang! Kena serbu!

    ReplyDelete
  8. Wait, JJCM ada app? Okay, kena download.

    ReplyDelete
  9. wa I just tried a few from the lists. Can't wait to try the rest

    ReplyDelete
  10. Naz ni dia makan banyak tp kurus je kan..kalau akak jd pengacara memang cepat la gemuk..well banyak betul tempat makan best..dh pernah makan kat sesetengah list tu..rasa nak cuba makan kat tempat lain plak

    ReplyDelete
  11. JJCM pun ada app..senang, kalau nak makan cari je kat app tu kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. banyak-banyak pengacara JJCM sy suka Maria Tengku Sabri... suka tengok di makan berselera sekali. Banyak list nak kena JJCM lepas ni...kasi terjah... terima kasih share

    ReplyDelete
  13. Banyak betul list kedai makan best best ni. Lagi lah rasa nak try semua sekali. Naz ni memang makan badan maintain je kan. Metabolisma tinggi ni.

    ReplyDelete
  14. wah.. siap ada trofi eksklusif utnuk pemenang tu.. tahniah lah kepada yang menanng trofi tu nanti.. TB pun nak download app JJCM tu nanti.. lepas ni senanglah nak tahu tempat2 makan yang best dan sedap!

    ReplyDelete
  15. Bagus ada apps ni..kalau x tau nk cr makan kat mana leh le bukak apps ni

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak tengok rancangan ni. Paling suka dengan Maria dan Qi Razali. Review deorang nampak lagi real.

    ReplyDelete
  17. Rancangan makan2 fav yaya! Haha wow okay boleh download apps ni nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...