TRAVEL KIT DARIPADA HIMALAYA HERBALS HEALTHCARE

Pernah tak, time nak travel korang beria bawa deadorant spray, pencuci muka, body shower foam, syampu dan lain-lain kelengkapan diri. Malangnya, bila sampai di kaunter pemeriksaan bag, satu per satu barang kena rampas. Sebabnya? Tidak mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak lapangan terbang dan tidak memenuhi peraturan syarikat penerbangan. Maka, berputih mata lah kita kat situ. Memang tak boleh buat apa. Redha je lah. Siapa suruh tak ikut peraturan kan? I've been there, done that!


Actually, bukan tak boleh bawa langsung barang-barang keperluan diri (toiletaries) yang disebutkan tadi. Cuma, kita kena tahu tricks dan tips. Antaranya, korang boleh muatkan semua barang-barang tadi dalam luggage dan check-in. Kalau tak ada luggage untuk check-in dah hanya bawa hand-carry bag macam mana? Boleh je, yang penting korang isikan dalam botol yang lebih kecil dan pastikan tidak melebihi 100ml. Lagi satu, jangan sesekali bawa deadorant spray, memang tak akan lepas sebab kandungan dalam spray boleh menyebabkan letupan. Jadi, kalau nak travel dengan flight, bawa deadorant roll-on pun dah cukup. Moral of the story, kalau nak travel, pastikan korang siap-sedia dengan set travel kit yang boleh dibawa dalam hand-carry bag dan pastikan tiada botol cecair melebihi 100ml. Okay? I have my personal travel kit. How about you?


Kuang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos


Baru-baru ini, aku dan rakan-rakan travel ke Laos. Untuk trip kali ini, kami explore Luang Prabang dan Vang Vieng. Perjalanan yang sangat mengujakan. Namun, sebelum pergi lagi kami dah siap-sedia dengan persediaan mental dan fizikal. Sebab memang dah plan perjalanan dari Luang Prabang dan Vang Vieng akan mengambil masa 6-8 jam dengan menaiki bus atau van. Dengan cuaca yang tak menentu di Laos, sekejap panas dan sekejap hujan, memang kena kental.


Satu perkara yang paling perlu dielakkan time travel adalah sakit, demam atau selesama. Walaupun kesihatan tak dapat dijangka, tapi kita tetap ada cara untuk pastikan kita sentiasa bersedia. Sebab itu, bila nak travel jauh ke negara orang, jangan lupa bawa bekalan ubat-ubatan untuk demam atau selesema siap-siap sebagai back-up. Letakkan sekali dalam travel kit. Alhamdulillah, trip kami ke Laos sepanjang 5 hari 4 malam berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa mengalami masalah kesihatan. Kelengkapan diri dan kesihatan dimuatkan dalam satu travel kit daripada Himalaya Herbals. Nak tahu apa yang ada dalam travel kit daripada Himalaya Herbals yang kami bawa ke Laos? Jom, cekidout!


Vang Vieng Garden Bungalows, Vang Vieng


Antara 6 produk dari Himalaya Herbal Healthcare yang ada dalam travel kit  yang dibawa bersama sepanjang trip ke bumi Laos adalah merangkumi produk kesihatan dan penjagaan diri.  Apa yang aku suka tentang produk Himalaya Herbals Healthcare ini adalah kerana 100% kandungannya terdiri daripada tumbuhan dan herba semulajadi. Semua produk ini adalah bebas daripada parabens. Produk Himalaya bukan baru di pasaran, malah sudah lama menjadi pilihan setia para pengguna di luar sana. Kalau korang tanya orang sekeliling pun, ramai yang tahu tentang Himalaya dan kebaikan produk-produk ini. Yang penting, Himalaya Herbals ada menyediakan produk-produk bersaiz kecil untuk dibawa semasa travel dan boleh dimuatkan dalam travel kit. Sangat user-friendly.


My travel kit to Laos


Sebenarnya, banyak lagi produk Himalaya yang ada di pasaran. Kita perlu mix & match je untuk kegunaan peribadi. Macam aku hari tu, aku pilih 6 produk yang penting untuk dibawa ke Laos. Antaranya adalah Neem Face Wash (pencuci muka), Protein Shampoo Gentle Daily Care (syampu), Nourishing Skin Care (krim muka), Septilin Cap (Kapsul), Koflet Lozenges (ubat sakit tekak/batuk) dan Complete Care Toothpaste (ubat gigi). Jadi, boleh dikatakan dalam satu travel kit tu cukup-lengkap dengan set penjagaan diri dan juga kesihatan. Jom, aku kongsikan satu per satu produk yang aku gunakan sepanjang trip ke Laos tempoh hari. Kalau korang berminat nak try nanti, boleh dapatkan di store Himalaya Herbal Malaysia berdekatan ataupun farmasi-farmasi terpilih.


1. Neem Face Wash (50ml)

Neem Face Wash


Kalau travel, kulit muka memang akan terdedah kepada debu dan kotoran. Mana taknya, kalau dari pagi sampai lewat petang asyik berjalan ke sana ke sini. So, memang perlu ada pencuci muka. Best bila cuci muka guna Neem Face Wash ni sebabnya ia amat menyegarkan. Jangan pelik kalau pencuci muka ni kurang berbuih berbanding jenama-jenama pencuci muka lain yang ada di pasaran. Sebabnya ia tidak mengandungi sabun. Paling penting, ia tidak mengandungi parabens, SLS/SLES dan Phthalates. Produk ni bagus untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.


Produk ini dijual dalam pelbagai saiz iaitu 15ml, 50ml, 100ml, 150ml, 200ml dan 300ml. Untuk travel, korang disyorkan beli produk dengan saiz kandungan yang kurang 100ml.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


2. Protein Shampoo Gentle Daily Care (100ml)

Protein Shampoo Gentle Daily Care


Dalam banyak-banyak produk syampu yang ada di pasaran, aku pilih Protein Shampoo Gentle Daily Care sebabnya ia sesuai untuk digunakan setiap hari. Dari pagi rambut disapu dengan gel, berpanas dan berhujan, semestinya memerlukan syampu untuk cuci rambut dan kulit kepala. Kelebihan syampu dari Himalaya adalah kerana ia diformulasikan khas daripada bahan semulajadi. Untuk travel, korang boleh dapatkan syampu ini dalam botol yang yang kecil.

Saiz pek dicadangkan untuk travel : 100ml



3. Nourishing Skin Care (50ml)

Nourishing Skin Care


Takut kulit muka terdedah kepada sinaran cahaya matahari? Jangan risau, selepas selesai cuci muka dengan Neem Face Wash, dan sebelum keluar meneruskan perjalanan ke mana-mana, jangan lupa untuk sapu Nourishing Skin Cream kat muka. Cream ini mampu memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit.


Nourishing Skin Care adalah produk pilihan ramai. Ia dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India yang dapat melindungi kulit kita daripada sebarang pencemaran dan perlindungan daripada terdedah kepada cuaca kering. Nourishing Skin Cream bukan sahaja boleh disapu pada muka, malah ia juga boleh disapu pada kulit badan seperti losyen. So, jimat space tak perlu bawa body lotion. Cukup dengan NSC dari Himalaya. Dari segi bau, jangan risau. Memang wangi dan menyegarkan.


Cream ini sesuai untuk kegunaan harian bagi kulit. Kalau korang perlukan produk untuk memberikan khasiat dan kelembapan pada kulit, aku recommend untuk guna produk ni. NSC dijual dalam pelbagai saiz iaitu 50ml, 100ml and 200ml. Nak bawa pergi travel, beli size yang paling kecil dah mencukupi.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


4. Septilin Cap

Septilin Cap


Septilin Cap ni pulak sangat sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bila travel, for sure kita akan banyak berjalan ke sana ke sini dan melakukan aktiviti luar yang sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk, selesema, pening kepala atau demam. Jadi, untuk mengelakkan kesihatan kita terjejas, disyorkan untuk makan Septilin yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menguatkan antibodi.


Mekong River, Luang Prabang, Laos


Hanya perlu ambil 2 biji, 2 kali sehari, Septilin akan bertindak sebagai supplement dengan ciri antipiretik untuk mengurangkan demam dan mengurangkan risiko dari jangkitan saluran pernafasan, termasuk batuk, tonsilitis kronik, faringitis, bronkitis kronik, nasal catarrh (keradangan membran mukus saluran pernafasan) dan laringitis. Aku ni alah sikit dengan perubahan cuaca, cepat terkena batuk dan selesama. Jadi, produk Septilin ini amat diperlukan time travel.


5. Koflet Lozenges

Koflet Lozenges


Memandangkan selalu juga batuk-batuk dan sakit tekak, aku selitkan juga Koflet Lozenges dalam travel kit. Ini memang wajib dibawa ke mana-mana. Bukan hanya time travel, malah di office pun ada satu kotak untuk melegakan batuk dan sakit tekak. Rasa dia sedap macam gula-gula lozenges yang lain. Berangin dan sedikit pedas memang sangat membantu untuk tekak terasa nyaman. Bezanya, Koflet Lozenges adalah daripada bahan semulajadi dan bebas bahan Kimia.


Sungai Mekong, Luang Prabang, Laos


6. Complete Care Toothpaste

Complete Care Toothpaste


Walaupun kebanyakan hotel menyediakan berus gigi dan ubat gigi, tapi bila travel secara backpacker dan stay di guesthouse dan hotel murah, don't expect untuk dapat berus gigi dan ubat gigi. So, kena standby bawa siap-siap. Aku bawa berus gigi yang boleh dilipat dan ubat gigi dari Himalaya. Ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah kesihatan oral seperti nafas berbau, gusi tidak sihat, gigi kekuningan dan lain-lain hal berkaitan masalah oral. So, ubat gigi Himalaya adalah pilihan terbaik untuk melengkapkan travel kit.


Rasanya, cukup 6 produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia yang telah menjadi keperluan aku untuk melengkapkan travel kit ke Laos. Semoga dengan perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua membuat pilihan yang bijak dalam menentukan produk apa yang perlu dibawa dalam travel kit semasa travel ke luar negara. Kalau berminat untuk dapatkan produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia atau mendapatkan travel kit seperti yang aku kongsikan kali ini, boleh dapatkan info lanjut di laman media sosial mereka seperti berikut:


Facebook :


Instagram :


Selamat mencuba!

Post a Comment

16 Comments

  1. Woah didn't know they have so many sizes! So convenient for traveling with.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna produk ni..tapi pernah dgr syampoo dia bagus

    ReplyDelete
  3. bagusnya. complete set untuk travel dah ni. senang nak travel nanti.

    ReplyDelete
  4. yaa ... dulu pernah travel ke bandung bawa anak kecil .. kena pula demam .. gigil cari ubat ..dah la bahasa tak sama ..tk tahu status halal ke cam mana ... klinik pun jauh2 belaka .. lain kali kena beringat lah spare siap2 ..

    ReplyDelete
  5. kak no pernah try shampoo dia jer.. not bad.. senang bawa travel sbb ada small bottle.. mayb blh try produk yg lain.. tq

    ReplyDelete
  6. Patut lah abang kita ni sentiasa sihat dan hensem setiap hari ini rupanya rahsia dia yer ok kita akan cuba...

    ReplyDelete
  7. Hi bro, saya tak pernah guna lagi produk himalaya, tapi boleh try benda ni, set pun complete. by the way good info bro

    ReplyDelete
  8. lengkapnya set travel dia! kagum betul

    ReplyDelete
  9. Bagusnya ada travel kit macam ni. Disamping jaga kesihatan, penjagaan diri pun ada. Segar la travel kan. Takda la muka sememeh berminyak-minyak. hahaha.

    ReplyDelete
  10. banyak jugak produk himalaya eh, takpernah cuba lagi tapi teringin nak try nourishing cream tu

    ReplyDelete
  11. Dengan travel kit dari himalaya ini, lagi mudah untuk kaki travel untuk usung ke hulu ke hilir... paling menarik, ianya ringan dan jimat ruang

    ReplyDelete
  12. Wah best gila dah ada travel kit himalaya mcm niiii...senang nk travel pasni

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada travel kit ni. Tak payah nak asing2 produk letak dalam botol kecil. Produk himalaya memang best oo

    ReplyDelete
  14. Onie memang hantu produk ni...takley lupa bila saya makan septilin tu. rasa dia seperti gula-gula m&m yang sedap lagi manis itu. Suka la kita ubat macam tu...

    ReplyDelete
  15. Bestnya. Produl himalaya memang best. Suka nourishing cream tu. Wangi sangat ☺

    ReplyDelete