D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT, SHAH ALAM

/
0 Comments
Mencari tempat makan yang best di Shah Alam? Untuk penggemar makanan berasaskan grill dan barbeque ataupun steamboat, boleh consider satu restoran yang terkenal di Shah Alam iaitu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Kalau korang mencari tempat makan steamboat yang murah dan best, inilah jawapannya. Datang ramai-ramai bersama family atau kawan-kawan, lepak santai makan kat sini. Best! Kalau nak take away atau plan nak makan steamboat kat rumah pula, boleh pergi AK Noodles Express. Dan kalau nak try ABC Special di Shah Alam, boleh terjah Frado ABC.




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share pengalaman makan steamboat di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat, Shah Alam. Ini first time aku makan-makan sini. Actually, kami ada photoshoot Bloggers Malaysia 2017 di Kaio Studio. So, settle semua sesi photoshoot, kitorang ramai-ramai pergi terjah D'Kayangan untuk dinner. Apa yang best kat sini?




Dari segi harga dan pilihan, memang berbaloi makan di D'Kayangan. Cuma, kalau korang plan nak datang ramai-ramai, better call dan make reservation untuk pastikan ada seat. Ye lah, kalau pergi time weekend misalnya, takut tak ada seat pulak. Nak selamat, better book awal-awal.




Antara juadah yang dihidangkan di D'Kayangan adalah aneka jenis bebola dan seafood. Sotong, ikan, udang, ketam, semua ada. Macam-macam bentuk, macam-macam colour ada. Just name it! Selain daripada aneka jenis bebola untuk steamboat, D'Kayangan juga ada menyajikan ikan, udang, sotong, daging yang diperap, ikan yang diperap dan ayam yang diperap untuk grill & barbeque.




Jujurnya, aku suka makan steamboat. Dan benda paling best bila dapat ambil macam-macam jenis bebola ikan, sotong, udang, ayam, ketam dan macam-macam jenis lagi. Lepas tu, letak dalam kuah tomyam atau kuah sup. Makan pula dengan sos BBQ atau sambal yang pastinya umphhhhh!




Bukan setakatr kuah tomyam dan kuah sup yang ada, nak bakar-bakar pun boleh. Ambil ikan, sotong, udang, kerang, ketam, lepastu grill & barbeque sekejap. Lepas tu cicah dengan sambal kicap atau air asam. Perghhh, padu!




Jangan bimbang pasal makanan kalau datang ke D'Kayangan. Selain steamboat, grill & barbeque, mereka juga ada menyediakan juadah lain seperti mee goreng, kambing golek, nasi goreng dan macam-macma lagi.



Untuk peminat maggi atau aneka jenis mee, dont worry. Ada pelbagai seleksi untuk dipilih mengikut selera masing-masing. Nak rebus telur pun boleh. Just take as much as you want. Tapi, kena ingat! Jangan sampai membazir. Setiap gram makanan yang korang ambil tapi tak habis, nanti kena bayar extra. Hah, jangan tamak sangat ok! Ambil setakat kemampuan korang boleh telan.




Salad dan sayur yang ada kat sini pun memang fresh. Biasanya, kalau makan yong tau fu, kita letak kangkung je. Tapi, bila dapat makan steamboat kat sini, amekaw! Macam-macam jenis salad dan sayur ada. Terbaik!




Tarikan utama di D'Kayangan berbanding tempat lain adalah kambing golek. Biasanya, kalau pergi makan time buffet Ramadan je boleh jumpa kambing golek macam ni, Tapi tidak kalau datang bertandang ke D'Kayangan. Mereka ada menyajikan kambing golek kepada semua pelanggan. Amacam, berbaloi ke tidak? 




Overall experience aku makan kat sini, memang berpuas hati. Dari segi seleksi makanan yang ada, dari segi service dan hidangan yang disediakan, memang berbaloi-baloi. So, kalau korang mencari lokasi makan yang best, especially penggemar steamboat, bolehlah letak D'Kayangan dalam senarai pilihan. Kat bawah ni, aku share beberapa info berkaitan harga, waktu operasi dan alamat D'Kayangan untuk rujukan semua. Selamat mencuba!


Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM33.00
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM18.00


Setiap Isnin - Khamis (Tidak Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM28.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM12.00


'Sunday Family Day' - Setiap Ahad 11.00 Pagi - 3.00 Petang
DEWASA - RM22.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM9.90



Waktu Operasi D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Isnin - Sabtu : 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Ahad : 12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam



Alamat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam




Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook Page Rasmi:

Instagram



Untuk pertanyaan atau tempahan, bolehlah hubungi: 
012-2971091
017-5076274
03-55234979

Email:
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...