PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

/
6 Comments
Masihkah korang ingat, zaman-zaman kita sekolah dulu? Kalau ada jualan buku di sekolah pada tarikh sekian-sekian, cikgu akan bagi satu borang yang ada judul-judul buku yang akan dijual untuk dibawa pulang ke rumah dan tunjuk kepada mak ayah. Time tu, perasaan terkial-kial. Nak beli ke tak? Harga sebuah buku bukanlah murah, ada RM5 sebiji, ada RM10 sebiji, dan ada yang harganya lebih mahal. Kadang-kadang je beli, selebihnya peram kertas tu dalam bag. Nak baca buku, pergi library dan pinjam. Program NILAM kan rancak time tu. Fuh, kenangan betul.


Zaman sekarang berbeza. Kalau dulu, Pesta Buku sekali-setahun je. Tapi sekarang macam-macam Pesta Buku, Ekspo Buku, Jualan Lelong Buku, semua ada. It's up to us untuk pergi atau tidak je. Lagipun, harga buku sekarang mostly agak murah dan lebih banyak pilihan yang hebat-hebat dan jauh lagi berkualiti. Terbaru, satu Pesta Lelong Buku akan diadakan di Putrajaya dengan menawarkan harga kaw-kaw murah. Memang rugi kalau tak pergi. Ni lah peluang untuk borong buku banyak-banyak untuk anak-anak, family atau diri sendiri.


Memandangkan kita bercakap soal buku dan membaca, aku nak share tentang 10 Fakta Tersembunyi Untuk Orang Yang Suka Membaca. Buku pun macam fesyen, gajet dan lain-lain juga. Ada peminat tersendiri. Bila dah jatuh dalam kategori hobi, sudah tentu orang akan berhabis untuk membeli koleksi bacaan terkini, cuma hobi membaca ni tak memakan belanja yang besar. Jom tengok kelebihan orang yang suka membaca:

  1. Meningkatkan kapasiti memori otak
  2. Membantu kemampuan pemikiran secara kritis dan analisis
  3. Menambah pengetahuan
  4. Memperluas pemikiran dan berpandangan jauh
  5. Mencegah alzheimer
  6. Mengatasi stress
  7. Meningkatkan peluang kerjaya
  8. Memperluas kosa kata
  9. Meningkatkan konsentrasi
  10. Hiburan percuma dan hobi yang tidak memerlukan kos yang tinggi


Hah, no wonder kalau kita tengok ramai orang yang duk baca buku dalam train, di stesen bus, airport dan taman-taman tak kira di negara kita mahupun di luar negara. Cumanya, bila teknologi makin berkembang pesat, budaya membaca kian terhakis. Dan orang ramai mula berkira untuk berbelanja beli buku dan lebih prefer bacaan alternatif seperti ebook, website dan sebagainya. Tahukah anda? Baca buku hard copy, yang kita boleh pegang dan sentuh itu berbeza fell nya berbanding ebook dan sebagainya? Yes, I prefer to buy a book and keep it as my collection.


SIAPA KATA NILAI DUIT RM100.00 TU KECIK UNTUK BORONG BUKU? Hah, tidak sama sekali kalau korang pergi ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. RM100 tu korang boleh borong banyak buku nanti. Mesti korang nak tahu kan, bila dan kat mana dorang nak lelong buku-buku ni semua? Don't worry, semua buku-buku baru. Bukannya buku reusue ataupun buku lama zaman tok nenek kita. Meh nak share info terperinci untuk memudahkan korang membuat perancangan rapi untuk pergi shopping buku. Pssst! Beli buku boleh claim tax tau, hehehehe. Apa lagi, cepatlah serbu jualan lelong buku ni. Hah, kalau nak beli banyak sila bawak troli atau kotak siap-siap. Mudah nak angkut. 

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016


Buat julung-julung kalinya Pesta Lelong Buku Putrajaya diadakan dan merupakan pesta lelong buku Bahasa Malaysia yang terbesar di Malaysia. Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 akan diadakan dari 21 sehingga 30 Oktober 2016 di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.


50 Penerbit Buku


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini bakal menampilkan 50 penerbit buku terkenal tanah air seperti PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Penerbit Jakim dan ramai lagi. Yang lagi best, mereka akan menawarkan harga runtuh serendah RM2 dan RM5 bagi sebuah buku dan RM1 untuk majalah.


Harga Serendah RM1


Macam mana? Menarik tak? Dah lah banyak pilihan, harga pulak jauh lagi murah berbanding di kedai-kedai buku. Rasanya, kita semua dah tiada alasan lagi untuk tidak datang dan dapatkan sendiri buku yang bermutu pada harga yang murah. Untuk pengetahuan korang semua, terdapat pelbagai jenis genre buku yang dijual dan paling penting sesuai untuk semua lapisan umur seperti kanak-kanak, dewasa, Novel, buku motivasi dan buku agama. Dengar cerita, lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%. Wow! Rambang mata ni nanti mau pilih. Lagi best, masuk adalah PERCUMA yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari. Pendek kata, sesuai sangatlah jualan murah macam ni untuk semua golongan yang mahu berjimat-cermat dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang. Lagi-lagi buku ilmiah yang pastinya takkan basi dimamah usia.



100 Booth Jualan & Aktiviti Menarik


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 bakal menjanjikan satu fenomena baru dalam memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menampilkan sebanyak 100 buah booth jualan. Selain itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, dan pertandingan mewarna.




Pesta 10 Hari & Penampilan Selebriti


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 yang akan dianjurkan selama 10 hari ini semestinya akan memudahkan pengunjung untuk merancang kunjungan bersama anak-anak dan keluarga terutamanya di hujung minggu. Kalau korang nak tahu, sempena Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, ada juga sesi bersama artis terkenal seperti  Yatt Hamzah dan Heliza Helmi turut diadakan. Fuh, mesti meriah ni.




Fasiliti Cukup Lengkap


Jangan risau pasal parking. Untuk semua pengunjung Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, parking yang luas disediakan. Ruang pameran pun selesa, kemudahan mesin ATM disediakan, tempat makan dan minum pun ada untuk memudahkan urusan pengunjung. 


#PESTALELONGBUKU


Kalau korang semua berminat untuk datang ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, boleh lah start plan dari sekarang. Ajak family, ajak kawan-kawan dan ajak sesiapa saja yang suka tambah koleksi bahan bacaan untuk sama-sama memeriahkan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman facebook, twitter dan instagram @pestalelongbuku atau @sinergiilmu atau hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah) untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.


Checklist!


✔ Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
✔ Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
✔ Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia. 
✔ Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
✔ Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
✔ Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.


Laman Facebook : 

Hashtag : 
#pestalelongbuku 
#dahtakdealasandah


You may also like

6 comments:

  1. Start dari pukul brp hingga pkl brp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start dari 10 pagi sehingga 9 malam setiap hari

      Delete
  2. jom kita sama2 memeriahkan. dh lama dh tunggu pesta buku camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak shopping buku travel, jom! Jualan murah gini boleh jimat :-)

      Delete
  3. Tiba tiba teringat zaman masa kecil dulu. Excited bila ada expo jualan buku murah. Kat situ la duduk berjam sambil belek belek buku.

    Yup! Pesta Lelong Buku ni confirm tempat best untuk bawa diri dan anak anak pergi ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...