BAUCAR PERCUMA WOWSHOP KHAS UNTUK AHLI TONTON VIP

/
0 Comments


Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2016 baru-baru ini, pihak tonton menawarkan baucar membeli-belah WowShop berjumlah RM30 secara percuma untuk semua ahli yang berdaftar sebagai ahli tonton VIP bermula 16 September 2016 sehingga 30 September 2016. So, cepat-cepat daftar dan menjadi antara 1000 orang pertama. Info lanjut untuk pelanggan yang bertuah akan dihantar melalui emel yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan. 


Portal video nombor satu Malaysia, tonton, yang kini mempunyai lebih dari 5.9 juta pengguna meneruskan satu lagi usahasama bersama rangkaian membeli-belah inovatif, CJ WOW Shop untuk memberi sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16 September 2016. Nak tahu apa kelebihan menjadi ahli tonton VIP? Boleh baca perkongsian dalam artikel sebelum ini di sini!


Selain keistimewaan yang dikongsikan dalam artikel sebelum ini, ahli tonton VIP juga akan menikmati keistimewaan seperti berikut:

  1. Pas Eksklusif ke konsert dan majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skirn
  2. Diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh
  3. Akses penuh ke arkib tonton yang menyajikan lebih dari 23,000 jam drama, filem dan rancangan hiburan tempatan
  4. Episod terbaru drama dan paling best boleh tonton beberapa bulan lebih awal sebelum ditayangkan di kaca televisyen
  5. Boleh muat turun rancangan kegemaran ke telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet


Pendek kata, macam-macam faedah akan kita dapat bila menjadi ahli tonton VIP. Bukan setakat dapat tonton drama dan filem macam vip, malah dapat menikmati baucar membeli-belah CJ WOW Shop untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan.


Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.


Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle. 


So guys, jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP sempena Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, bolehlah layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.


Mengenai CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cjwowshop.com.my


Psssst! Kalau nak tahu, aku pun penggemar dan penonton drama-drama dan filem di TV3. Bila dapat tahu sebenarnya kita boleh tengok semua episod drama di tonton tanpa had masa, malah boleh tonton lebih awal dari orang lain, jadi better daftar untuk jadi ahli tonton VIP. Baru lah syiok nak tengok drama dan filem bila-bila masa dan di mana jua kita berada. Yeazzza! 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...