TONTON MACAM VIP DI TONTON.COM.MY

/
5 Comments
Pernah tak, korang follow drama di TV3, dan ada masanya korang terlepas untuk menonton dek kerna komitmen lain seperti kerja, travel, ataupun outstation? Lepas tu, terpinga-pinga tak tau nak tengok kat mana sebab dah terlepas beberapa episod. Masa tu, perasaan dah tak senang duduk. Ye lah, dah follow drama kat TV dari episod awal sampailah satu masa, terpaksa skip. Meronta jiwa beb. Nak cari kat youtube tak ada, nak tengok siaran ulangan, TV3 bukan macam ASTRO. So, apa nak buat? Haaa, kat sini mungkin korang akan jumpa jawapannya.


Untuk korang peminat fanatik drama-drama Melayu especially di TV3, tak kira la drama untuk slot Akasia ke, slot Zehra ke, lepas ni tak payah gundah-gulana lagi. Sebab apa? Sebab lepas ni, korang dah boleh menonton macam VIP. Kalau biasa, korang kena terlompong depan TV tunggu drama favorite disiarkan, kali ni tak payah dah semua tu. Drama yang akan tunggu korang untuk ditonton. Alaaa, macam VIP. Selagi VIP tak datang, selagi tu majlis tak start. Hah, gitulah kekdahnya dengan tonton.com.my. Korang boleh menonton bila-bila masa dan di mana jua korang berada. Anytime, anywhere. Easy! Pendek kata, tonton telah mencipta era baharu dunia hiburan dengan menyajikan pelbagai filem dan drama tempatan mahupun antarabangsa secara online. Superb. Thank you tonton sebab memahami jiwa-jiwa kami yang tak tentu masa balik kerja untuk tengok TV ni.


Saharul Ridzwan

Mia Ahmad

tonton.my iaitu portal video Nombor 1 di Malaysia yang mencatat lebih 5.9 juta pelanggan. Baru-baru ni, pihak tonton ada mengadakan Majlis Pelancaran Duta baru tonton bertempat di Desa Balqis, Melaka. Siapa lagi kalau bukan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad iaitu 2 pelakon yang saban hari semakin meningkat naik dek penangan drama hits di slot Akasia TV3 menerusi Drama Hati Perempuan. Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dilantaik sebagai duta tonton untuk program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016. tonton juga mengambil pendekatan melantik Soo Wincci dan Henley Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina.


Patulah tonton dikenali sebagai portal "Raja" Drama Tempatan dengan menyajikan pelbagai drama hebat yang berdefinasi tinggi (HD). Bukan tu je,  lagi best bila kita dapat jadi antara penonton terawal drama terbaru yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca TV. Amacam, best tak? Korang dah tengok dulu kat tonton, mak cik leha, kak tipah, pak mail, sebelah rumah baru nak tengok kat TV, hehehehe. Selain tu juga, tonton tampil dengan program eksklusif seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis.


Sempena perlantikan duta tonton di Desa Balqis, macam-macam acara diadakan untuk memeriahkan event #BerkampungMacamVIP bersama barisan artis dan media. Nak tengok kemeriahan dorang di Melaka? Jom, layan!!!



  Team Mia Ahmad dalam acara tarik tali


 Team Saharul Ridzwan dalam acara tarik tali


 Mia Ahmad tunjuk skill main galah panjang

 #BerkampungMacamVIP di Desa Balqis, Melaka

tonton Macam VIP di Desa Balqis, Melaka

Korang semua yang duk baca ni, dah register akaun tonton belum? Hah, kalau belum pi laju-laju register sekarang kerana pendaftaran adalah PERCUMA! Yang dah ada akaun tonton, just seat back and relax. Cuma sekarang, kalau korang nak tahu, tonton.com memperkenalkan tonton VIP dengan kandungan yang lebih padat dan canggih. Apa beza Pakej VIP dengan yang sedia ada?


  1. Pakej VIP terbaharu serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video
  2. Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun)
  3. Pengguna tonton yang bukan VIP masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma seperti kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi serta dua episod pertama setiap drama bersiri lama dan baharu tanpa sebarang bayaran. 

Hah, so kalau nak tonton macam VIP tanpa sebarang limitasi, semuanya di hujung jari, bolehlah daftar pakej VIP. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang tonton ataupun tentang pakej tonton VIP, boleh follow rapat-rapat duta tonton kat bawah ni haaa. Ok dah, sampai kat sini je perkongsian info pasal tonton untuk kali ni. Nak pi tengok drama yang terlepas petang tadi di TV3 kat tonton jap. Bye :)

Mrnjadi tonton VIP bersama Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad

“Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka ikut keselesaaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada. tonton turut menawarkan portal video sehenti untuk orang ramai, di mana mereka dapat menikmati pelbagai jenis pilihan program-program tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan,”
Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & tonton.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial tonton:


Facebook: 

Twitter: 

Instagram: 

Hashtag:
#tontonMY #tontonMacamVIP

Website:

LIVE chat service atau talian: 
03-2717 2020


You may also like

5 comments:

  1. Pernah , dulu mmg sllu tgk kat tonton kalau trlepas drama .. Time free haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. time bujang ke? hahaha.. kaki drama la ni, hehe.
      Sekarang drama dengan rayyan dah ler

      Delete
  2. Tak pernah cuba lagi ni..Nanti boleh sihat kat sana

    ReplyDelete
  3. Tonton upload drama tv3 tiap hari apa ye??tgh melayan drama cucu tauke beras,tpi smpai episod 6 je ad..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...