MENANG TEFAL DEEP FRYER FR4950 DARI CONTEST LAZADA MALAYSIA

Macam dah lama pulak tak join contest. Macam lama juga tak merasa menang contest yang best-best. Seingat aku, contest last yang aku menang adalah contest Coca-Cola. So, dapatlah pakej percutian 2 hari 1 malam di ESCAPE Penang untuk 5 orang. Haaa, agak-agak bila nak pergi ni? Adoyai. Jom, plan pi ronda-ronda Penang!

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas dapat notification di Instagram daripada +Lazada Malaysia cakap aku menang Tefal Deep Fryer FR4950 untuk contest instagram Lazada Malaysia dan hadiah merupakan tajaan Tefal. Jenuh jugak lah duk fikir, contest apa yang aku masuk ni? Lepas scroll balik feed instagram Lazada Malaysia, baru aku ingat. Rupa-rupanya, aku ada join contest teka nama menu juadah hari raya di instagram dan kena tag 3 orang. Ya Allah. Dalam beratus-ratus orang yang join, aku salah seorang daripada 5 orang pemenang yang dipilih? Terkejut jugak. Alhamdulillah untuk rezeki yang tak disangka-sangka ni. Speechless! 






Betullah orang kata, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu". Excited kemain bila dapat tahu menang produk Tefal. Aku ni dah la jenis yang suka masak-masak. Dapat pulak produk untuk masak macam ni, seolah-olah macam "orang mengantuk disorongkan bantal" la. Hahahahaha. Thank you banyak-banyak Lazada Malaysia dan Tefal. I love it!





Memandangkan hari Jumaat, balik kerja pun awal sikit daripada hari-hari biasa. So, dapatlah terjah office Lazada Malaysia di Menara Worldwide, Bukit Bintang. Gigih pergi untuk ambil hadiah Tefal Deep Fryer FR4950. Fuh, lawa kemain office dorang ni. Santai je tengok. Nak kerja kat sini boleh? hahahaha. Apapun, terima kasih pihak Lazada Malaysia untuk hadiah yang cukup bermakna ni. Lepas guna produk ni nanti untuk masak, aku share pulak ye apa yang best pasal produk ni.


Psssst! Korang jangan lupa join contest di Instagram Lazada Malaysia. Banyak contest yang dianjurkan dengan hadiah yang menarik. Harap lepas-lepas ni, rezeki korang pulak ye untuk menang. Belum cuba, belum tahu kan? All the best!

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah. Tahniah tahniah! Rezeki tu :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah.. semoga rezeki bertambah..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :) Hujung minggu

    ReplyDelete