JOM KE HARI NBOS 2016 DI PICC PADA 14-20 OGOS 2016


Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diilhamkan oleh prinsip-prinsip Blue Ocean Strategy (BOS) yang dicipta oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne. Ia memberikan pendekatan yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan nilai yang tinggi pada kos yang rendah. Untuk maklumat lanjut mengenai Blue Ocean Strategy, sila layari www.blueoceanstrategy.com.

Pendekatan baru ini telah diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia bagi melancarkan NBOS. Dilancarkan pada tahun 2009, NBOS telah merangka dan melaksanakan lebih 90 inisiatif dan melibatkan lebih 80 kementerian dan agensi untuk menangani pelbagai isu-isu sosial dan ekonomi. Inisiatif NBOS dirangka menggunakan bahan dan rangka kerja Strategi Lautan Biru yang berkesan; serta dirangka berdasarkan prinsip-prinsip impak yang tinggi, kemampanan, pelaksanaan yang pantas dan kos rendah. Untuk maklumat lanjut mengenai NBOS, sila layari http://nbos.gov.my dan https://www.blueoceanstrategy.com/malaysia-nbos/

Bersempena dengan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan, satu program Hari NBOS 2016 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14-20 Ogos 2016. Pelbagai aktiviti dirangka dalam mengoptimumkan impak Strategi Lautan Biru Kebangsaan kepada golongan sasar terutamanya dalam bidang pembangunan sosial dan ekonomi.

Antara aktiviti utama yang dirancang sempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 adalah pameran daripada agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta. Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari NBOS 2016 nanti adalah seperti berikut:
  1. NSU
  2. CODING
  3. VIP
  4. UTC
  5. BR1M
  6. MINDEF
  7. MOHA
  8. KPDNKK
  9. MDEC
  10. MOHR
  11. MAGIC
  12. KPKT
  13. 1M4U
  14. KPWKM
  15. BIOTECH
  16. KPM
  17. JPA
  18. PP1M
  19. PR1MA
  20. KPT
  21. MOTAC
  22. MOH
  23. MOA

Selain pameran, terdapat pelbagai pengisian menarik yang turut dilaksanakan. Antaranya adalah CODING bootcamp iaitu program khas untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.

Kem Keusahawanan 1MEt pula terbuka kepada orang awam. Jadi, inilah platform terbaik untuk orang awam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Untuk penggemar aktiviti sukan seperti berbasikal dan larian, bolehlah turut serta dalam NBOS Run & Ride.

Paling penting, semu pengunjung akan diberi pendedahan tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara meluas dan terperinci melalui Pameran inisiatif-inisiatif NBOS. 

Tidak ketinggalan, Booth Perbadanan PR1MA turut akan dibuka khas untuk menyampaikan maklumat berkaitan rumah PR1MA kepada umum. Begitu juga dengan Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. So, untuk sesiapa yang merancang untuk memiliki rumah pertama, bolehlah datang ke Hari NBOS 2016 di PICC.

Dalam menyemarakkan lagi kemeriahan Hari NBOS 22016, F1 Simulator by Petronas, aktiviti menarik oleh 1M4U dan  aktiviti menarik oleh FIT Malaysia juga akan diadakan sepanjang seminggu sempena Hari NBOS 2016.

Rasanya, kalau pergi ke Hari NBOS 2016 di PICC kali ini, memang sangat berbaloi. Di satu lokasi, kita boleh dapat pelbagai input. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke PICC bermula 14 Ogos sehingga 20 Ogos 2016. Kalau nak tahu, penaberkala dan team Projek Travel juga akan berada di sana untuk melancarkan produk terbaru kami. Nak tahu apa? Stay tuned and see you there!

Post a Comment

1 Comments